Beluran – Pada tanggal 28 Mac yang lalu, Komisi Kerasulan
Belia Keuskupan Sandakan telah turun padang ke paroki Our Lady Of Fatima, Beluran.
Tujuannya adalah untuk melawat belia di paroki tersebut, sekaligus membantu
belia-belia tersebut untuk mengetahui dan mengenali peranan dan tanggungjawab
seorang tim Kerasulan Belia Paroki. Selain itu, komisi juga memberi pengenalan
mengenai carta organisasi Kerasulan Belia Keuskupan, bermula dari penaung
sehinggalah Kerasulan Belia Katolik. Semuanya diperjelaskan satu persatu.
Pertemuan ini bukan sahaja dihadiri oleh belia dari beluran,
tetapi juga turut dihadiri oleh belia dari luar stasi seperti Jaya Bakti, Ulu
Dusun dan Sekilan Desa. Melalui lawatan ini, belia-belia bukan sahaja mengetahui mengenai carta organisasi, tetapi juga dapat mengetahui dan lebih memahami erti
tenggungjawab untuk menjadi seorang pemimpin belia.
Komisi Kerasulan Belia Keuskupan akan berjalan bersama dengan
belia-belia di paroki beluran sebelum dan semasa pembentukan Tim Kerasulan
Belia Paroki yang baru. Proses ini akan berterusan sehingga Tim Kerasulan Belia
Paroki Beluran sudah kukuh dan boleh berjalan bersama sebagai satu tim.
No comments:
Post a Comment