Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, August 1, 2015

NILAI CINTAKASIH WUJUD DI MISI PAITAN

Gambar dan berita oleh Omik Daniel Zullian

MISI PAITAN. 225KM dari Sandakan. Rev. Fr. Thomas Makajil selaku Rektor Paroki Katedral St. Mary Sandakan kini kerap melakukan lawatan pastoral ke Daerah Kecil Paitan, memandangkan bilangan stasiluar di kawasan ini semakin bertambah dan memerlukan perhatian. Kunjungan pastoral kali ini dari 24hb - 30hb Julai meliputi St. Clare Dalamas, St. Simon Timpus , St. Francis Assisi Sukang, IJM, Kg. Sokoon dan Kg. Pinangkau.

ST. CLARE DALAMAS, PAITAN.

Pewartaan Injil dalam Misa Kudus telah menyentuh tentang peristiwa mukjizat Yesus memberi makan kepada 5000 orang yang berkumpul dan membahagi-bahagikan makanan tersebut dari 5 roti dan 2 ikan. 
Perkembangan dari renungan dari Injil ini, homili Fr. Thomas telah mengaitkan perkongsian makanan antara sesama manusia buat ketika ini. Katanya suatu ketika dahulu, di kampung ini tidak perlu bimbang tentang kekurangan makanan kerana kaya dengan sumber alam, ditambah lagi sikap penduduk itu sendiri yang bermurah hati dan ingin berkongsi-kongsi makanan antara jiran. Semangat perkongsian makanan dan kerjasama yang erat merupakan nilai-nilai budaya murni yang perlu dikekalkan.
Beliau telah menyentuh tindakan yang sangat praktikal adalah peristiwa 5 Jun lalu di mana terjadinya gempa bumi di Ranau, Sabah.  Paderi paroki di sana telah meminta sumbangan air dari seluruh umat Katolik melalui text mesejnya. Dengan spontannya, beberapa buah lori yang berisi penuh bekalan air mineral telah tiba untuk menyampaikan sumbangan. Ini menunjukkan bahawa semangat keprihatinan dan kepedulian antara sesama tanpa mengira bangsa dan agama masih dan tetap diamalkan. 
Akhir sekali,  Fr. Thomas menyeru umat sentiasa saling membantu antara satu sama yang lain agar nilai cinta kasih terus wujud di kalangan kita. Beliau juga memohon agar umat berdoa buat mereka yang kurang bernasib baik.

Untuk makluman pembaca bahawa terdapat beberapa tempat di Paitan kini menghadapi masalah kekurangan bekalan air akibat kemarau panjang. Fr. Thomas mengajak umat untuk berdoa dan bersama bertindak mengatasi masalah kekurangan air tersebut. 

Sehubungan dengan itu, Komiti Misi Paitan dengan rendah hati memohon jasa baik umat membantu dalam aspek kewangan, material dan tenaga. Sekiranya ada pertanyaan silalah hubungi Fr. Thomas melalui telefon +089 ~212623, 271331 Faks: 089 272 025 (Pejabat Paroki Katedral St. Mary, Sandakan).
Umat Katolik Kg. Dalamas sedang menerima komuni
ST. SIMON TIMPUS, PAITAN.

Fr. Thomas  bergambar bersama para belia dari 
Keuskupan Melaka-Johor selepas merayakan Misa Kudus 
di Chapel St. Simon Timpus, Paitan.

Rev. Fr. Thomas menyampaikan cenderahati 
kepada ketua Komiti Umat Katolik Misi Paitan



ST. FRANCIS ASISSI PAITAN.


Acara gotong-royong selepas Misa Kudus oleh umat setempat 
di kawasan Kampung Sukang Paitan


Dr. Henry Ong dan Dr. Francis Chung serta pembantu mereka  
berada di 'Mission House' St. Francis Assisi Kg. Sukang Paitan.


Pemeriksaan tekanan darah oleh Dr. Henry Ong 

Pemeriksaan dan rawatan gigi oleh Dr. Francis Chung 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent