Artikel oleh Farnandes dan gambar oleh
Farnandes, Arnoldus dan Dominggus
Lahad Datu : Rev. Father Marcelinus Pongking, pembantu rektor Gereja St Dominic telah merayakan Misa Kudus sempena Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke-70, Ahad 16hb Ogos pukul 9.00 pagi. Hari Kemerdekaan pada
kali ini telah dirayakan serentak dengan Pesta Bonda Maria diangkat ke Syurga.
Pesta ini bukan sahaja dirayakan oleh rakyat Indonesia tetapi bersama semua
umat di paroki ini dari pelbagai bangsa.
“Kepada semua warga
Indonesia saya mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan Indonesia ke-70 yang saya percaya
membuat kita rasa selamat dan sejahtera apalagi dibawah pimpinan Presiden
Indonesia yang baru.”
“Taj Mahal di India
adalah salah satu monument yang tergolong dalam 7 keajaiban dunia yang
disiapkan selama 17 tahun, juga sebagai lambang kebesaran dan keagungan cinta
seorang lelaki terhadap wanita yang dicintainya. Jika dunia ini memiliki banyak
wanita yang pantas dicintai, begitu juga dengan gereja yang juga memiliki
seorang tokoh wanita yang sungguh menakjubkan, Bonda Maria, ibu Yesus.
Bonda Maria bukan sahaja dimuliakan oleh gereja tetapi juga oleh Tuhan, yang digambarkan oleh Yohanes di dalam kitab Wahyu 12:1, 'Maka tampaklah sesuatu tanda besar di langit seorang perempuan berselubungkan matahari dengan bulan di bawah kakinya dan sebuah mahkota dari 12 bintang di atas kepalanya. Pengangkatan tubuh dan jiwa Maria adalah satu moment terindah yang diberikan oleh Tuhan kepada Maria,' begitulah sedikit-sebanyak perkongsian Rev Father Marcelinus di dalam homili beliau.

Selesai sahaja Misa Kudus, acara dimulakan dengan pemotongan reben kemudian Tarian Hedung dan Seleng ditarikan bagi mengiring Rev Father Marcelinus serta rombongan ke pentas
dataran terbuka St. Dominic.
Setibanya mereka di tempat yang disediakan lagu Kemerdekaan Indonesia dimainkan dan semua yang hadir turut berdiri untuk menunjukkan tanda hormat mereka. Bagi memeriahkan lagi sambutan kali ini pelbagai jenis sukaneka juga turut dianjur, antaranya:

·
Lari menjunjung botol
·
Lari dalam karung
·
Sukan memanah dan melastik
·
Pertandingan memarut kelapa dan bermain gasing
Sambutan kali ini bukan sahaja sangat bermakna bagi rakyat Indonesia yang jauh di perantauan namun jelas kelihatan kesatuan yang wujud di mana semua umat dari berbagai kewarganegaraan, bangsa serta keturunan bersatu dan memberi sokongan di dalam perayaan ini.
No comments:
Post a Comment