Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 18, 2015

Retreat Tahunan OFS ~ Hari Kedua (1hb Ogos 2015)

Oleh Helen John
Sandakan - Pada hari kedua Retret Tahunan OFS, 1hb Ogos 2015 dimulakan dengan doa pagi yang dipimpin oleh Fraterniti Holy Rosary, Limbahau.

Dalam sesi pertama yang dimulakan oleh Fr . Michael Teng, beliau mengulas bagaimana sesebuah fraterniti dimulakan dan apakah yang harus dilakukan sebelum memilih ahli ke dalam sesebuah fraterniti.


Semasa zaman Yesus, kedua belas rasul merupakan anggota dalam fraternitinya. Dinyatakan dalam Alkitab bahawa Yesus berdoa sepanjang malam sebelum memilih kedua belas rasulnya. Kita juga harus melakukan hal yang sama sebelum mengambil ahli baru dalam keluarga Fransiskan agar panggilan mereka akan lebih sungguh dan teguh.
Sebagai seorang Fransiskan, kita juga harus setia untuk mengikuti ajaran Yesus Kristus melalui teladan Santo Fransiskus dari Assisi. Pada akhir sesi pertama perbincangan diadakan dalam beberapa kumpulan kecil untuk membincangkan, "ciri-ciri untuk menjadi seorang Fransiskan."
Sesi kedua dimulakan dengan penerangan oleh Fr. Micheal Teng berhubung dengan ciri-ciri seorang yang tidak boleh mengikuti Order Fransiskan Sekular (OFS ) :

1.  bukan Katolik

2.  seorang yang tidak mau hidup berkomuniti dan berkumpulan

3.  seorang yang bermasalah contoh orang yang suka bergaduh, pemarah dll.

4.  seorang yang ada tujuan yang tidak baik contoh untuk mengelak dari masalah keluarga , kewangan dll

5.  seorang yang suka bergosip menyebarkan fitnah

6.  seorang yang tidak mau terima bantuan orang lain dari segi iman

7.  seorang yang suka akan pangkat

Berbeza pula, sekiranya ada ahli keluarga yang bermasaalah, kita sebagai anggota keluarga di dalam fraterniti haruslah mengambil langkah yang wajar dalam semangat persaudaraan Order Fransiskan Sekular ( OFS ) untuk membantu mereka.


Pada jam 2.00 pm aktiviti diteruskan dengan berdoa rosari secara berkumpulan di atas Bukit Maria sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
Selesai turun dari bukit semua peserta retret bersiap-siap untuk menghadiri misa petang yang diupacarakan oleh Bapa Uskup Julius Gitom dibantu oleh Fr Michael Teng dan Deakon Stanley M. bersama- sama umat di Katedral St. Mary, Sandakan.
Pada waktu malam hari, selepas sahaja makan malam acara "Franciscan Joy" dimulakan. Setiap fraterniti dapat menunjukkan bakat dan kebolehan masing-masing dalam tarian maupun nyanyian. Aktiviti ini sangat menghiburkan semua peserta. 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent