Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 26, 2015

Katedral St Mary Sandakan Merayakan Rali Rosario dan Pesta Hari Raya Santa Perawan Maria Diangkat Ke Syurga

Artikel oleh Airene dan
foto oleh George Bell
Sandakan – Katedral St. Mary sekali lagi mengadakan Rali Rosario untuk kali ke-3 pada 15 Ogos 2015. Program ini merupakan salah satu acara Pesta Hari Paroki yang ke-132, penaungnya ialah Bonda Maria, ibu kepada Yesus, Juruselamat kita.
Misa pembukaan Rali Rosario ke-3 telah dirayakan oleh Fr. Thomas Makajil dan dibantu oleh Fr. Sunny Chung dan Diakon Stanley William Matakim. Selesai Misa Kudus, perkumpulan yang sudah dibahagi-bahagikan mengikut masa, meneruskan acara berdoa rosario selama 12 jam tanpa henti.
Selain berdoa Rosario di Katedral, aktiviti sama turut diadakan di Koridor Rosario, Bukit Maria di mana perkumpulan di paroki mendoakan doa Rosario mengikut giliran masing-masing.
Selesai berdoa rosari, semua umat berkumpul di Dewan SMPC bagi upacara pemahkotaan Bonda Maria sempena Hari Kenaikan Bonda Maria ke Syurga. Selesai upacara peringatan ini, perarakan dijalankan mengikut susun atur yang telah disediakan.
Hampir 2,000 umat telah hadir ke perayaan tersebut. Pada tahun ini, sedikit kelainan kerana setiap kumpulan pelayanan di Paroki membawa ‘streamer’ masing-masing, termasuklah KKD-KKD di Paroki.


Misa Hari Bonda Maria diangkat ke syurga telah diupacarakan oleh Rt Rev Julius Dusin Gitom, Uskup Keuskupan Sandakan dibantu oleh Fr Thomas Makajil, rektor Katedral St Mary, Fr Philip Muji dan Fr Sunny Chung, pembantu rektor serta Diakon Stanley Matakim.
Dalam homili, Uskup Julius mengajak umat merenung akan pengertian masing-masing tentang Tuhan. Kita harus mencontohi Bonda Maria yang sentiasa berfokus kepada Tuhan dan bukan kepada dirinya sendiri. seperti dikatakan Maria, 'Jiwaku memuliakan Tuhan dan hatiku bergembira kerana Dia, Juruselamatku.'
Beliau memperingatkan semua umat untuk selalu menjaga hubungan antara sesama terutamanya dalam hidup berkomuniti, berhati-hati dalam bertutur dengan tidak mengata akan orang lain serta bergosip kerana perbuatan ini boleh menjatuhkan sesebuah komuniti bahkan gereja.
Peringatan penting ini adalah bersesuaian dengan perayaan yang dirayakan iaitu memperingati Kenaikan Bonda Maria Ke Syurga. Dalam kehidupan Santo Yosef, dia juga menghadapi delima sama ada ingin mengambil Maria sebagai isterinya kerana ramai orang telah memperkatakan Maria yang telah mengandung sebelum berkahwin.
Kesemua ini berlaku kerana segelintir manusia yang melemparkan tuduhan terhadap Maria tanpa usul periksa. Maria adalah mangsa fitnah, mangsa gosip. Namun dengan berkat dan rahmat Tuhan, Santo Yosef menerima Maria dan mengambil dia sebagai isteri. Maria adalah model bagi Gereja dan teladan bagi kita masing-masing dalam hal kekudusan dan iman.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent