Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, August 16, 2015

PERTEMUAN BELIA BULANAN

Oleh Sylvia Edyson
Kodinator YMG
Tawau : Kerasulan Belia Paroki Gereja Holy Trinity Tawau telah berjaya menganjurkan Petemuan Belia Paroki (YMG - Youth Monthly Gathering) yang ke-5 tahun ini yang turut merupakan kali yang ke-37 sejak ianya dimulakan pada tahun 2012.
Aktiviti ini telah diadakan pada 9 Ogos 2015 bertempat di Bilik Atas Dewan Paroki yang dihadiri oleh seramai 73 orang belia termasuk tim pelaksana dan penceramah jemputan. Aktiviti yang dijalankan berdasarkan kepada tema-tema tertentu yang dipilih atas bimbingan rohani diselaraskan oleh Sr. Anita Philip.
Objektif pertemuan kali ini adalah untuk mengenali sejarah dan fungsi karismatik Gereja Katolik.
YMG kali ini bertemakan 'Karismatik Dalam Gereja Katolik.' Ceramah ini di sampaikan oleh Saudara Francis Kamuntah di bantu oleh Saudari Magrina Kiob yang merupakan antara umat dan ahli yang bergiat aktif dalam Karismatik di Gereja ini.
Program YMG ini menyediakan beberapa aktiviti yang bermula dari jam 12.30 tengahari hingga jam 3.00 petang termasuklah input–input rohani yang amat berguna kepada belia masa kini.
Antara input yang disampaikan saudara Francis Kamuntah :
·         Ringkasan sejarah, fungsi, kepentingan dan buah-buah Karismatik
·         Pengenalan umum tentang Bahasa Roh, Exorcism, Deliverance,   Penumpangan Tangan dan Penyembuhan
Perkongsian yang diberikan oleh Saudari Magrina Kiob :
·         Input rohani diakhiri dengan tayangan video tentang kesaksian aktiviti Doa Pengusiran yang dilakukan oleh Paderi Katolik.
·         Realiti dan kesedaran dikalangan belia Katolik yang suka atau sudah terpengaruh dengan filem-filem seram/exorcism yang tidak benar
Selain dari program ini, juga diadakan sesi  persediaan dan pembentukan iman bagi para belia  untuk menghadapi Hari Belia Sabah yang akan di adakan di Paroki ini tahun hadapan. Dengan ini tim promosi SYD turut menyumbangkan informasi tentang sambutan program SYD ini.
Pada dasarnya program ini telah banyak menyumbang kepada pembentukan belia secara peribadi dan secara berkomuniti melalui interaksi yang sihat. Ia juga merupakan satu landasan memperdalamkan fahaman belia tentang iman Katolik dan Gereja.
Ramai di antara belia yang pernah bergiat aktif dalam program ini, kini menjadi fasilitator-fasilitator yang berkeyakinan. Mereka mempunyai pengalaman iman yang mampu membuat mereka berani untuk kongsikan pengalaman hidup mereka.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent