Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 11, 2015

KPIP SANDAKAN JALANI LATIHAN FASILITASI PERTAMA

Oleh DS/sj  
Duduk (kiri ke kanan): Mirasol Cordero, Stella Sinit, Beatrice Jautin, Venessa Julian, Syra Mokunjil dan Shirley Joseph
Berdiri (kiri ke kanan): Francis Tan, Joe Mariano, Clemens Duli Kewuren dan Hildi Poili

SANDAKAN: Komiti Pembangunan Insan Paroki (KPIP) Katedral St. Mary, Sandakan telah menjalani Latihan Fasilitasi Peringkat Pertama pada Ahad, 26hb Julai 2015 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia Keuskupan Sandakan.

Tujuh daripada 12 orang ahli KPIP dapat hadir ke latihan ini. Fasilitator utama adalah Francis Tan selaku Ex-Officio kepada Komisi Pembangunan Insan Keuskupan (KPIK) Sandakan dan dibantu oleh Shirley Joseph iaitu Setiausaha bagi KPIK. 
Sesi latihan tersebut telah dimulakan dengan Topik Pengenalan iaitu 'Apa itu Fasilitasi Kumpulan?' yang telah dikongsikan oleh Shirley. Antara input yang telah diketengahkan ialah:-
  • Maksud Fasilitator
  • Peranan Seorang Fasilitator
  • 3 Prinsip Fasilitasi
  • 7 Jenis Matlamat Pertemuan
  • Apa yang dilakukan oleh Fasilitator
Sesi mendalami latihan ini disampaikan oleh Francis dengan Topik 'Peranan Seorang Fasilitator'. Topik ini membawa para ahli KPIP untuk mengetahui tentang:-
  • Mengaitkan elemen: Paradigma Pembelajaran
  • Bagaimana Kanak-kanak Belajar
  • Cara Orang Dewasa Belajar
  • Prinsip-prinsip Pembelajaran Orang Dewasa
  • Fokus kepada Fasilitasi Kumpulan
  • Tahap-tahap Perkembangan Kumpulan
  • 'Lihat, Renung dan Bertindak': Modal kepada Perancangan dan Tindakan Pastoral
Pada akhir latihan tersebut Hildi Poili sebagai Pengerusi KPIP berterima kasih atas sesi latihan yang telah disampaikan oleh Francis dan Shirley. Beliau berharap agar semua ahli KPIP dapat mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam pelayanan mereka di mana-mana kumpulan di gereja dan dalam pekerjaan sehari-hari. KPIP Sandakan membuat rancangan bertemu demi membincangkan persediaan Sambutan Hari Migran Peringkat Keuskupan Sandakan yang akan berpusat di Paroki Katedral St. Mary, Sandakan pada tahun ini. Sesi Latihan telah ditutup dengan doa yang telah dipimpin oleh Francis.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent