Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, August 6, 2015

PEMBENTUKAN IMAN BELIA KOMUNITI INDONESIA GEREJA HOLY TRINITY TAWAU

Oleh Selvia Edyson - Kordinator Belia IPC
Tawau : Komuniti Indonesia merupakan antara komuniti yang mempunyai jumlah yang ramai di Gereja Holy Trinity Tawau. Pada dasarnya komuniti ini terdiri daripada para migran yang sudah bermastautin di daerah ini sejak lama dahulu. Atas keadaan ini komuniti Indonesia telah sebati dengan umat tempatan dan migran lain di Paroki ini.
Kehadiran komuniti Inodesia sama ada dikalangan para dewasa mahupun para belia banyak menyumbang kepada pertumbuhan iman di Paroki ini.
Sebagai langkah untuk mengekalkan kesinambungan pertumbuhan dan pembangunan iman dikalangan komuniti ini maka pihak ahli tertinggi dalam komuniti ini telah menganjurkan satu aktiviti yang julung kali diadakan iaitu “program GERAK” ( MOVE Program ).
Objektif program ini adalah untuk memberikan motivasi dan panduan serta mendedahkan para belia Indonesia yang baru dan lama akan peranan dan peluang untuk melayani Gereja dan sesama.
Dianggarkan lebih 150 peserta  belia  telah menyertai program ini. Turut serta dalam acara ini ialah Sister Mary Liza Augustine dan Sister Mary Anita Philip dari Kongregasi Franciscan Sister of the Immaculate Conception, ahli-ahli Legio Maria dan ahli tertinggi Komuniti Indonesia.
Program ini telah diadakan pada 2 Ogos 2015 bermula pada jam 12.30 tengah hari di Dewan Paroki Holy Trinity. Ia dimulai  dengan pendaftaran peserta, doa dan lagu-lagu pujian disusuli dengan acara “pengenalan diri“ ( ice breaking )
Antara aktiviti yang dijalankan pada masa itu adalah seperti :
  • Pengenalan secara umum tentang komuniti Indonesia di Holy Trinity yang disampaikan oleh Sdra. Gabriel Muda Pengerusi KPI
  • Tayangan Video yang berkisar kepada pelayanan Belia Indonesia di Paroki ini – Sdri.Sylvia Nona
  • Promosi dan pengenalan tentang program belia peringkat Paroki seperti YMG dan SYD yang dikendalikan oleh Kerasulan Belia Paroki
  • Pengisian Borang Kajiselidik , yang mana antara lain diperlukan dalam maklumbalas ini adalah keinginan belia untuk melayani mana-mana pelayanan yang boleh mereka sertai.

Secara keseluruhannya program ini berjaya menarik ramai belia Indonesia yang baru dan yang sedia ada untuk bersama-sama bersatu dalam pelayanan dalam komuniti dan di Gereja. Penyertaan mereka sepanjang aktiviti ini menunjukkan adanya persefahaman dan kerjasama dikalangan para belia ini.
Keperluan untuk menganjurkan program seperti ini amat memberi manfaat dari segi pertumbuhan iman dan menguatkan tali persaudaraan dalam Kristus. 
Walaupun masih terdapat ruang dan aktiviti yang boleh ditambah baik dalam usaha untuk mengekalkan kesatuan dalam komuniti ini, ia adalah satu langkah yang cukup menggalakkan. Kepercayaan dan usahasama yang ada dikalangan para ahli tertinggi mampu meneruskan budaya kesatuan dalam komuniti ini.

Program berakhir pada jam 4.00 petang dengan sesi bergambar dan doa penutup.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent