Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 31, 2015

Malaysian Catholic Campus Students' Day (MCCSD) 2015 - Hari Kelima

Veronica Tai dan Mandy Patrick
Dikumpul/susun oleh Maxwell Elity Sulaiman
Gambar oleh Adrian John Sebastian
KUCHING : Pada hari kelima, 18hb Julai, program dimulakan dengan Misa Kudus yang dirayakan oleh Fr. Sunny. Beliau mengundang para peserta MCCSD untuk memiliki semangat seperti Yesus, pembawa harapan bagi sahabat dan keluarga serta sesama seperti dalam bacaan Injil, "Buluh yang patah terkulai tidak akan diputuskan-Nya. Sumbu yang pudar nyalanya tidak akan dipadamkannya." (Matius 12: 14-21) 
Selepas sarapan pagi, para peserta MCCSD diberi taklimat ringkas oleh pihak penganjur mengenai misi yang akan dilakukan sepanjang pagi. Para peserta telah dibahagikan kepada enam kumpulan besar berdasarkan kawasan-kawasan misi yang telah ditentukan.

1) Home of Peace - Rumah orang-orang tua.
2) Kampung Serantau
3) Sekolah St. Andrew
4) Hospital Sentosa
5) Cheshire Home
Home of Peace
Seramai 16 peserta MCCSD yang memilih Home of Peace sebagai pusat misi. Home of Peace adalah sebuah kediaman orang-orang tua. Setibanya, para perserta melakukan kerja-kerja amal seperti membersihkan kawasan longkang dan tingkap-tingkap bangunan. Setelah itu, mereka mengambil kesempatan yang ada untuk beramah mesra dengan penghuni Home of Peace. Orang-orang tua di kediaman tersebut terdiri daripada pelbagai bangsa; Cina, Bidayuh, Iban dan sebagainya. Para peserta juga berpeluang untuk berdialog dengan penjaga kediaman orang-orang tua. Sumber kewangan Home of Peace disumbangkan oleh individu-individu dan dermawan di sekitar bandar Kuching. Tambahan lagi, aktiviti seperti Pemujian dan Penyembahan juga diadakan bagi tujuan mengembirakan dan menghiburkan orang-orang tua di kediaman tersebut.
Kampung Serantau
Perjalanan ke Kg. Serantau mengambil masa selama 40 minit. Kampung tersebut merupakan kawasaan yang mempunyai penduduk berbangsa Bidayuh. Ketibaan para peserta MCCSD disambut meriah sekali dengan tarian-tarian tempatan dan palungan gong. Pengenalan dan serba sedikit maklumat mengenai Kg. Serantai disampaikan oleh Ketua Kampung. Pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh penduduk kampung untuk mengeratkan hubungan antara para peserta dan masyarakat setempat seperti permainan-permainan dan Pemujian dan Penyembahan. Menurut para peserta, penduduk kampung juga menyediakan juadah tengah hari dengan hidangan makanan tempatan bagi memberi peluang kepada para peserta merasai makanan kampung bangsa Bidayuh. Secara ringkasnya, lawatan ke Kg. Serantau merupakan pengalaman yang bermakna kepada para peserta MCCSD.
Hospital Umum
Para peserta MCCSD yang memilih Hospital Umum sebagai tempat melakukan misi berpeluang untuk melawat pesakit-pesakit cancer. Mereka melaksanakan misi dengan berdialog dan berdoa bersama bagi pesakit-pesakit yang dilawati. Pengalaman tersebut telah menyentuh hati para peserta untuk senantiasa peka dan prihatin terhadap orang-orang yang memerlukan seperti pesakit-pesakit cancer.
SK. St Andrew
Sekolah kebangsaan Saint Andrew merupakan salah satu kawasan misi bagi program pendedahan. Seramai 40 orang telah memilih untuk menjalankan misi mereka di sekolah tersebut. Tugasan yang telah dikhaskan bagi peserta yang memilih sekolah ini ialah mengecat kawasan-kawasan sekolah. Sebelum memulakan tugas, para peserta telah dibahagikan kepala tiga kumpulan. Kumpulan yang pertama bertugas untuk mengecat kawasan tempat letak kereta manakala kumpulan kedua dan ketiga bertugas untuk mengecat banteng yang digunakan sebagai tempat menanam bunga di dua kawasan yang berlainan. 

Proses mengecat tersebut mengambil masa selama dua jam setengah. Meskipun matahari amat terik, para peserta bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan tugasan kerana cuaca tersebut amat sesuai dengan tugasan yang dijalankan. Di antara para peserta MCCSD ada yang pernah menuntut ilmu di sekolah tersebut. Mereka mengongsikan tentang infrastruktur yang ada di sekolah tersebut. Hal ini menimbulkan sedikit kebimbangan kerana infrastruktur tersebut mungkin tidak selamat lagi untuk digunakan

Tugasan mengecat berakhir pada 12.30 tengahari. Para peserta berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Sekurang-kurangnya mereka telah menyumbangkan tenaga untuk mempertingkatkan keceriaan sekolah tersebut. Tambahan lagi, para peserta sempat menulis akronim MCCSD sebagai tanda kenangan bahawa mereka pernah berada di sekolah tersebut.
Cheshire Home
Pengalaman saya mengunjungi Cheshire Home amat menyeronokkan dan telah mengajar saya erti kehidupan sebagai makhluk ciptaan Tuhan yang sempurna. Chesire Home merupakan sebuah pusat yang menempatkan golongan orang kurang upaya yang terpinggir. Menurut penjaga tempat tersebut, kebanyakan golongan orang kurang upaya tersebut telah diserahkan oleh keluarga masing-masing kerana keluarga mereka tidak mampu lagi menjaga mereka. Setibanya kami di sana, kami disambut baik, yang membuat saya tersentuh apabila melihat mereka tersenyum dan berasa gembira melihat kedatangan kami. Kami dibawa meninjau sekitar kawasan tersebut dan apa yang membuat kami rasa terharu apabila kami melihat hasil kerja tangan mereka sendiri yang begitu unik. Tidak tersangka mereka mampu membuat kerja kraf tangan yang indah dengan ketidaksempurnaan anggota badan mereka. 
Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan, bagi kumpulan saya, kami ditugaskan untuk membersihkan wad asrama lelaki. Kami membersihkan tingkap, menyapu lantai dan mengemas persekitaran wad. Setelah itu, kami berkumpul di dewan bersama dengan golongan orang kurang upaya di mana kami bernyanyi bersama-sama demi menghiburkan hati mereka. Walaupun kami berasa penat, namun segala penat lelah kami hilang setelah melihat senyuman yang terukir di setiap wajah mereka. Setelah itu, kami menemani mereka ke dewan makan untuk makan tengahari. Di sana, saya amat bersyukur telah diberi peluang untuk meluangkan masa bersama mereka walaupun hanya sekejap. Saya mulai sedar kita yang diciptakan dengan sempurna haruslah bersyukur dengan apa yang ada dan jangan pernah sia-siakannya sebelum Tuhan mengambilnya semula.
Sekembalinya para peserta ke ACCPC, para peserta telah diminta untuk membuat refleksi kendiri selama 15 minit. Soalan-soalan yang digunakan semasa refleksi ialah (i). Apa yang sedang berlaku? (ii). Mengapa perkara tersebut berlaku? (iii). apakah maksud perkara tersebut? 
Setelah membuat refleksi selama 15 minit, peserta diminta untuk mengongsikan pengalaman mereka dalam kumpulan seramai 3 orang. Ternyata program seumpama ini merupakan program yang mendapat sambutan kerana para peserta dapat merasai sendiri pengalaman diutus oleh Tuhan. Program seumpama ini juga membantu dalam menyediakan peserta untuk menghadapi pelbagai situasi yang akan datang sekaligus memimpin peserta untuk menjadi salah satu pengerusi program pada satu hari kelak. 

Fr Terry Burke
Pada sebelah malam, sesi keenam, "Federal Constitution, Related Challenges and Christian Social Responsibility" telah di sampaikan oleh peguam-peguam Katolik dan Fr. Terry Burke. Pada malam itu juga, kaunter untuk mendaftar mengundi juga telah dibuka. Sesi ini bukan sahaja untuk peserta, tetapi umat Gereja St. Joseph juga dijemput hadir. Ia menerangkan tentang hak sebagai seorang manusia, isu-isu semasa dan kesan-kesan terhadap seseorang apabila mereka bertukar ke agama yang lain. Sesi ini sangat berguna dan sangat informatif kepada semua yang hadir pada malam itu

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent