Disediakan oleh : BEATRICE ANTHONY
Setiausaha Program Welcoming Juniors,
BASIC St. Paul Balung, Tawau
Tawau : Bagi meraikan kehadiran ahli-ahli baru perkumpulan BASIC (Brothers and Sisters in Christ) Balung, satu program 'Welcoming Juniors' telah diadakan di gereja Katolik St. Paul Balung, Tawau, pada 5 Julai 2015 yang lalu. Program ini dikendalikan oleh para pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau, Sabah sempena mengalu-alukan kehadiran ahli baru yang terdiri daripada pelajar-pelajar baru di IPG dan UiTM Kampus Tawau. Program ini disertai oleh lebih kurang 60 orang pelajar dari kedua-dua Kampus tersebut serta beberapa orang wakil Kerasulan Belia Paroki Holy Trinity Tawau.
BASIC Balung bergambar di luar gereja.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini ialah slot-slot pengenalan bagi Campus Ministry Keuskupan Sandakan, program Keep In Touch Always (KITA), dan pengenalan kepada perkumpulan BASIC Balung. Melalui program ini, para pelajar baru diberi pendedahan mengenai sejarah, organisasi dan peranan Campus Ministry Keuskupan Sandakan.
Slot Keep in Touch Always yang disampaikan oleh saudari Esther Albert
Di sini, wakil Kerasulan Belia Paroki, saudari Esther Albert
berkongsi mengenai peranan Campus Ministry Keuskupan Sandakan serta mendedahkan
para pelajar baru mengenai program-program belia yang dianjurkan di peringkat
paroki dan keuskupan seterusnya memberi galakan kepada para pelajar baru untuk
melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Di samping
itu juga, para pelajar baru turut diberikan pendedahan mengenai realiti
kehidupan kampus di dalam slot Keep in Touch Always (KITA). Slot ini membuka
ruang kepada para pelajar baru untuk menyelami dengan lebih mendalam realiti
cabaran kehidupan sebagai pelajar Kristian Katolik di kampus dan sekaligus
memikirkan langkah-langkah yang sesuai diambil bagi memelihara iman peribadi
dan sesama sekiranya berhadapan dengan isu-isu berkenaan hak dan tanggungjawab
seorang pelajar Kristian.
Sesi perkongsian bersama pelajar baru.
Selain itu, satu lagi slot yang disampaikan di dalam program ini ialah slot pengenalan BASIC Balung yang mana para pelajar baru didedahkan mengenai sejarah pembentukan perkumpulan BASIC. Melalui slot ini, para pelajar baru didedahkan kepada peranan perkumpulan ini serta aktiviti-aktiviti yang sering dijalankan.
Slot B.A.S.I.C Balung yang disampaikan oleh
saudara Maxwell Elity Sulaiman
Disamping memberikan pendedahan awal mengenai agenda-agenda penting di paroki dan keuskupan melalui slot-slot yang disampaikan, program Welcoming Juniors ini juga dijalankan bagi menjalinkan hubungan yang baik dalam kalangan komuniti BASIC Balung melalui aktiviti-aktiviti dan sesi pujian dan penyembahan.
Aktiviti
“Toothless” dikendalikan oleh AJK pelaksanan.
Aktiviti “In and Out”.
Aktiviti “Table of Trust”.
Aktiviti “Caterpillar”.
Beberapa aktiviti menarik seperti permainan telah dijalankan bagi membentuk jalinan kasih yang mesra di antara ahli. Antara permainan yang dijalankan ialah Table of Trust, Caterpillar, Penguins dan beberapa permainan yang lain. Kesemua permainan yang dijalankan membantu mengeratkan hubungan antara ahli serta menyentuh setiap peribadi yang terlibat dengan cara yang berbeza kerana setiap permainan tersebut mempunyai simboliknya yang tersendiri terutamanya di dalam perjalanan iman masing-masing.
Para pelajar baru
di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
Antara pelajar UiTM yang hadir.
Selesai sahaja
aktiviti, semua yang terlibat bersama-sama membuat persiapan bagi misa kudus
iaitu kemuncak kepada program Welcoming Juniors.
Sesi bergambar
bersama Rev. Fr. Johnny Raju
Di dalam misa kudus tersebut,
Rev. Fr. Johnny Raju secara langsung menyentuh mengenai semangat pelayanan
melalui homilinya. Beliau juga turut memberikan kata-kata peransang kepada para
pelajar baru untuk tetap teguh dalam iman dan setia di dalam pelayanan
sehari-hari. “Carilah Kristus”, satu ungkapan yang menyentuh para pelajar yang
hadir di mana beliau mengaitkan realiti kehidupan masa kini dengan konteks
kehidupan pelajar kampus. Sesi bergambar dijalankan selepas sahaja misa kudus
selesai dan diikuti dengan jamuan ringan bersama warga gereja St. Paul Balung,
Tawau. Program tersebut berakhir sekitar jam 6.00 petang.
Selamat datang
kepada ahli- ahli BASIC yang baru!
Program Welcoming Juniors ini membuahkan hasil yang positif bukan sahaja kepada pelajar baru tetapi juga kepada pelajar yang sedia ada kerana program ini membantu untuk memperbaharui semangat pelayanan dan menambahkan sukacita Kristus di dalam peribadi setiap yang terlibat. Program ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment