Artikel oleh DS dan Dalius LL
gambar oleh GBell dan Helda
Sandakan : Seramai 120 peserta dari Sandakan, Telupid, Lahad Datu dan Tawau berkumpul di Pusat Pastoral Keuskupan Sandakan untuk menyertai Seminar Pembentukan Pemimpin-Pemimpin KKD Keuskupan Sandakan bertemakan 'Komuniti - Garam dan Terang Dunia' pada 16hb - 18hb Julai. Turut serta ialah Bapa Uskup Julius, Fr Thomas, Fr Philip, Deacon Stanley dari Sandakan, Fr Marcellinus dari Lahad Datu, Fr Jasery dari Telupid dan sembilan orang religius FSIC dan RGS.Seminar ini merupakan satu landasan untuk peserta sama-sama menerokai cara-cara memulihkan semula dan memperkukuhkan KKD. Masih banyak yang perlu dilakukan demi mencapai matlamat teras pastoral keuskupan, ke arah tuju konsep hidup berkomuniti melalui KKD yang konsisten dan sistematik.
Antara objektif seminar tersebut adalah;
- Menilai - sejauh mana telah kita lakukan, di mana kita berada sekarang dan ke mana harus kita menuju.
- Mengkaji impak KKD terhadap misi gereja dan
- Mencadangkan langkah-langkah misi penginjilan
Dalam ucapan alu-aluan Pengerusi Penganjur, Sr Appollonia fsic mengharap seminar ini dapat membantu para hadirin untuk mengimbas, merenungkan kembali sejauh mana pencapaian kita menggereja melalui KKD. Beliau berharap seminar ini dapat membangkitkan dan meningkatkan semangat untuk berusaha menubuhkan dan mengembangkan KKD di kawasan kita masing-masing. Beliau juga percaya, bahawa para peserta akan belajar sesuatu yang baru melalui perkongsian penceramah-penceramah dan perkongsian dari setiap paroki.
Sdra Francis Tan menyampaikan slot, 'Kronologi Peristiwa' tentang KKD di Keuskupan Sandakan. Sesi ini membolehkan peserta mengimbas kembali pelaksanaan, perjalanan dan perkembangan KKD di Keuskupan Sandakan sejak wujudnya Keuskupan Sandakan pada 2007 hingga kini.
Misa pembukaan dirayakan oleh Fr Thomas Makajil, rektor Katedral St Mary Sandakan bersama dengan Bapa Uskup Julius dan semua paderi yang hadir. Dalam homilinya, Fr Thomas mengingatkan para peserta bahawa aspek penting di dalam seminar ini adalah untuk kita belajar melayani cara baru menggereja melalui KKD. KKD mempunyai misi untuk meneruskan misi Kristus, identiti utama komuniti ini kerana kita dicipta untuk berkomuniti melalui Bapa, Putera dan Roh Kudus.
Melalui pendekatan KKD, kita berharap dapat memberi impak di dalam pelayanan gereja. Kita melayani sebagai garam dan terang dunia di dalam komuniti kita, dan ini merupakan sumber kekuatan pelayanan kita kepada gereja.
Dalam ucaptama Bapa Uskup Julius, beliau mengajak para peserta untuk merenung tentang situasi dan status KKD mereka masing-masing samada ia aktif atau sebaliknya. Jika aktif, apakah kriteria yang menyumbang kepada kemajuannya. Jika tidak, apakah halangannya.
Pertumbuhan dan perkembangan KKD di Keuskupan adalah tanda-tanda harapan. Seperti cahaya, garam dan ragi, KKD
walaupun dalam kelompok kecil mampu menonjolkan perbezaan sama seperti dengan
'kawanan kecil' (Lukas 12: 32). Mereka adalah "minoriti yang kreatif"
hidup berkomuniti sebagai pengikut Kristus.
Menurut beliau, perbincangan peserta tidak mungkin memperolehi satu jawapan
ajaib, cadangan mungkin tidak semua boleh dilaksanakan dan sasaran
dicadangkan mungkin tidak boleh dicapai sepenuhnya. Apa yang jelas dan penting adalah,
bersama-sama para peserta melalui proses yang akan membawa mereka satu langkah lebih
dekat kepada matlamat konsep KKD.
Fr Philip Muji, pembantu rektor Katedral St Mary Sandakan menyampaikan sesi, 'Panggilan Untuk Hidup Berkomuniti' (Evangelii Gaudium #92) Beliau menerangkan konsep KKD juga suka dan duka yang dilalui komuniti tersebut. Sebagai satu komuniti yang utuh harus mengamalkan perhubungan sesama yang baik dan sentiasa mahu berkongsi Berita Gembira, dalam perkataan juga perbuatan. KKD mesti mempunyai peribadi semulajadi, (nature) yang komited untuk datang bersama, komited mendengar sabda Tuhan, komited duduk dekat kaki Yesus. Paroki telah menjadi satu rangkaian KKD, satu
persekutuan komuniti.
KKD harus meneruskan misi Kristus dengan komuniti yang mahu berjalan bersama kerana Gereja adalah untuk semua. Pelayanan kita untuk membawa misi Kristus hendaklah seperti kata Bapa Suci Fransiskus, 'Saya lebih suka sebuah Gereja yang terluka, cedera dan kotor kerana ia berada di jalanan dan bukan sebuah Gereja yang tidak sihat terkurung dan berpaut kepada jaminan hidup sendiri.' Pelayanan Blessed Mother Teresa yang merawat yang terluka adalah satu contoh yang baik. Dia dihina, dia diludahi namun dia teruskan pelayanannya. Apabila ditanya siapakah Tuhan-mu, dia menjawab Tuhan saya adalah Tuhan Pengasih. Sifat pelayanan adalah pengabdian atau pengembalaan seperti dalam Yoh 10:11-15, 'Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik memberikan nyawanya bagi domba-dombanya.'
KKD harus meneruskan misi Kristus dengan komuniti yang mahu berjalan bersama kerana Gereja adalah untuk semua. Pelayanan kita untuk membawa misi Kristus hendaklah seperti kata Bapa Suci Fransiskus, 'Saya lebih suka sebuah Gereja yang terluka, cedera dan kotor kerana ia berada di jalanan dan bukan sebuah Gereja yang tidak sihat terkurung dan berpaut kepada jaminan hidup sendiri.' Pelayanan Blessed Mother Teresa yang merawat yang terluka adalah satu contoh yang baik. Dia dihina, dia diludahi namun dia teruskan pelayanannya. Apabila ditanya siapakah Tuhan-mu, dia menjawab Tuhan saya adalah Tuhan Pengasih. Sifat pelayanan adalah pengabdian atau pengembalaan seperti dalam Yoh 10:11-15, 'Akulah gembala yang baik. Gembala yang baik memberikan nyawanya bagi domba-dombanya.'
No comments:
Post a Comment