Gambar oleh Adrian John Sebastian-P.Pinang
KUCHING : Malaysian Catholic Campus Students' Day (MCCSD) yang pertama berlangsung di Archdiocesan Curia And Cathedral Parish Centre (ACCPC), Keuskupan Agung Kuching, Sarawak. Program ini bermula pada 14hb hingga 20hb Julai 2015.
Pada hari ketiga, 16hb Julai, Malaysian Catholic Campus Students' Day (MCCSD), sesi pertama telah disampaikan oleh tim "Theology of the Body" (TOB) dari Keuskupan Agung Kuala Lumpur. Dalam sesi yang disampaikan bersama oleh saudara John Pinto, Jeremy Wong dan saudari Kristen Fernandez, menyedarkan para peserta tentang betapa istimewanya mereka kerana telah dicipta oleh Tuhan. Lelaki dan perempuan telah diciptakan untuk satu sama lain.
Sesi selama tiga setengah jam pada sebelah petang, "Teguh dalam Iman" telah disampaikan oleh Fr. Larry Tan. Semasa sesi ini, beliau telah mendedahkan realiti yang berlaku di seluruh dunia dan telah membantu para peserta untuk mengetahui keadaan sebenar yang berlaku pada masa kini. Dalam sesi ini juga, peserta diberi peluang untuk membincangkan apa yang mereka akan dan boleh lakukan untuk terus teguh dalam iman mereka.
Perkongsian...............
"TOB gave me clear advises about how to honor our body because it is created in such ways to show us the mystery of our God. Man and woman were created for each other and through understanding how man’s and woman’s body work together to glorify God. We are to understand our mission to protect and preserve what God has given us, accepting what God has plan for us. Our bodies are created with love. To be able to accept what God has plan for us, we must accept that we are special and we are to use our body to reveal God’s mystery. Human have sexual desires because God created that desire between man and woman, so that it will be directed towards Him. Women’s body are so special that it is called the Holy of Holies. Man should know how to respect a woman as her body is the temple of God. She should be treated with respect and honor. A woman must also know that she is special, that is why women must dress in modesty. Such as the Holy of Holies is set apart, woman’s body must not be revealed to any man except for her husband. I learnt to honor woman’s body and to treat them with respect. I should set examples because I have been through TOB and get clear advises about how important it is to know how to use our body to glorify God." - Nes Sandra
Sesi yang pertama pada hari keempat, 17hb Julai adalah "Youcat and Apologetics" disampaikan oleh Fr. Gregory Chan. Ia adalah tentang pengetahuan agama dan cinta kasih Yesus. Antara aktiviti dalam program tersebut ialah mengenai tentang seorang ahli saintis tidak mempercayai Tuhan TETAPI hanya mempercayai sains sahaja. Ini amat menakutkan kerana perasaan daripda kuasa jahat boleh memujuk diri seseorang untuk tidak mempercayai Tuhan Yesus.
Seterusnya, kami juga mempelajari tentang apa itu kesyukuran cinta kasih kepada sesebuah ciptaan dan anugerah daripada Tuhan. Walaupun dalam peristiwa di mana bayi yang tidak dapat hidup lama, kita seharusnya bersyukur buat waktu dia berada di dunia ini sungguhpun hanya tempoh yang singkat. Saya tersentuh mengenai cerita ini. Saya dapat mempelajari tentang penghargaan, kesyukuran, dan cinta kasih.
Di sebelah petang, aktiviti diteruskan dengan "Praise and Worship" yang dikendalikan oleh kumpulan pelajar dari Keuskupan Sandakan dan Keningau. Sesi diteruskan dengan 'We Catholics and other Religions/Denominations' yang disampaikan bersama Fr Gregory Chan dan Bro Martinian Lee yang merupakan seorang seminarian di St Peter's College, Kuching. Dalam sesi ajaran tersebut, para peserta didedahkan tentang perbezaan agama Katolik dengan agama lain atau denominasi gereja lain.
Aktiviti di sebelah malam diteruskan dengan sesi 'Mission : Mission Brief' yang disampaikan oleh sdra Charles Bertille. Para peserta didedahkan dengan cara-cara untuk melakukan refleksi diri dan tindakan sebagai belia gereja dalam membantu golongan yang lemah dan terpinggir di luar sana. Sesi ini amat berguna untuk peserta bagi aktiviti kerja amal yang akan dijalankan keesokan harinya. Setelah itu, para peserta dibawa melakukan doa malam bersama kumpulan masing-masing mengikut kreativiti masing-masing. Tepat 8.00 malam, para peserta bertolak pulang ke St Lucas Centre untuk berehat.
No comments:
Post a Comment