Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 6, 2015

REUNION YOUTHPREPLINK 2015 DI KASALAGAN PARK TELIPOK

Laporan: Fiona Degulacion dan Angelic Del Rosario
Gambar: Lydiana Kantiu
TELIPOK: YouthPrepCentre Alamesra Kota Kinabalu telah menganjurkan program reunion YouthPrepLink (YPL) Kali ke-2 bagi mengumpulkan para graduan YPL dari Sandakan, Beluran Tawau, Kota Marudu, Ranau dan Kota Kinabalu pada 19-21 Jun 2015 di Kasalagan Park, Telipok. Seramai 50 graduan YPL turut serta dalam acara tersebut.
Dalam perjalanan menuju Telipok, 18 orang graduan YPL dari Keuskupan Sandakan mengambil kesempatan untuk menyampaikan sumbangan hasil kutipan Komisi Pembangunan Insan Keuskupan Sandakan kepada mangsa-mangsa gempa bumi yang berlaku pada 5 Jun 2015. Kami juga berkesempatan bertemu dan berbual dengan Fr. Nicholas Stephen, rektor Gereja St Peter Claver, Ranau serta Fr. Jack Johimi pada masa itu.
Acara di Telipok dimulakan dengan makan malam bersama pada jam 7:30pm, diikuti dengan sesi pengenalan mengenai sejarah Good Shepherd Sister. Kami juga amat bersukacita kerana Sr. Jossie Sili rgs yang merupakan pengasas YPL turut serta mengikuti reunion ini. Seterusnya, kami di bahagikan mengikut kumpulan untuk perkongsian berdasarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan apa yang kami telah perolehi selepas YPL. Program diakhiri dengan doa malam dan pengumuman untuk program hari esok.

Hari kedua, 20hb Jun dimulakan dengan doa pagi yang dipimpin oleh saudari Donna Minsun, diikuti dengan senaman pagi. Pengendalian time of life/energizer telah dibahagikan kepada kumpulan graduan YPL Kota Marudu pada waktu pagi, graduan YPL Ranau pada waktu petang dan sebelah malam pula dikendalikan oleh graduan YPL Keuskupan Sandakan. 
“KENAPA YOUTHPREPLINK” merupakan sesi pertama pada hari itu yang disampaikan oleh saudari Evelyn Dolkin. Dalam sesi ini saudari Evelyn mengongsikan peranan program ini dalam membantu para belia mengenali diri, membina keyakinan diri serta membentuk belia dalam kepimpinan. Graduan YPL seterusnya diajak untuk mengimbas kembali kenapa mereka mengikuti program YPL ini. 
Sesi kedua, bertajuk “Berbahagialah orang yang murah hatinya, kerana mereka akan beroleh kemurahan.”(Mat.5:7) disampaikan oleh Sr. Jossie Sili rgs.
Sesi ketiga diteruskan bertajuk “Supporting Each Other” yang disampaikan oleh saudari Anna Teresa Peter Amandus. Beliau memulakan sesi dengan membuat satu aktiviti “Trust me.” Para graduan dibahagikan dalam kumpulan yang bercampur. Aktiviti ini menunjukkan bahawa perlunya ada kerjasama dan kepercayaan antara satu sama lain. Dalam sesi ini juga ditekankan kepentingan “Support System,” lebih - lebih lagi apabila melanjutkan pelajaran di tempat yang jauh dari rumah.
Pada sebelah petang kami telah merayakan Sunset Mass yang diselebrankan oleh Fr. Rayner Blasius. Misa petang itu dirayakan di tepi sungai.
Pada sebelah malam, aktiviti diteruskan dengan acara Talent Night. Setiap kumpulan graduan yang dibahagikan akan menyampaikan mesej - mesej yang diberikan oleh pihak penganjur berdasarkan kreativiti masing-masing. Malam kedua berakhiri dengan doa yang dipimpin oleh Sr. Jossie Sili rgs.
Graduan YPL Kota Kinabalu
Graduan YPL Kota Marudu
Walaupun hujan turun ianya tidak menghalang program pada hari terakhir diteruskan. Selepas doa pagi dan sarapan pagi semua graduan diajak dalam Mesyuarat YPL. Dalam mesyuarat ini semua penganjur YPL dari Ranau, Kota Marudu, Kota Kinabalu dan Keuskupan Sandakan diberi kesempatan untuk mengongsikan pengalaman-pengalaman dalam penganjuran YPL. 

Graduan YPL Keuskupan Sandakan
Disini semua penganjur YPL dapat belajar dan mengongsikan idea-idea dari antara satu dengan yang lain. Selepas perkongsian, kumpulan YPL diberi masa untuk bermesyuarat bagi membincangkan apa yang diperlukan dari YPC. Antara perkara-perkara yang diperlukan adalah sumber penyampai sesi, support system bagi graduan-graduan YPL yang melanjutkan pelajaran di Kota Kinabalu dan sokongan persahabatan diteruskan.
Sebagai menutup tirai program, Sr. Jossie Sili rgs membawa semua yang hadir dalam sesi Closing Ritual. Sr. Jossie rgs mengajak semua orang untuk menulis berkat yang mereka telah perolehi sepanjang tiga hari bersama-sama. Berkat ini kemudiannya dipersembahkan di hadapan Yesus secara simbolik tanda kesyukuran diatas berkat-berkat yang diterima. Sesi tersebut diakhiri dengan doa penutup dan doa makan tengahari. Sebelum berangkat balik ke tempat masing-masing, kami telah mengabdikan kenangan kami dengan bergambar beramai-ramai.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent