Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 25, 2014

SESI PENERANGAN TENTANG PELAYANAN ALTAR

Oleh John Mu,
Pelayan Altar
Penerangan tugas-tugas pelayan altar oleh Fr Johnny Raju
GEREJA HOLY TRINITY TAWAU: 23hb Mac 2014. Sesi penerangan singkat tentang pelayanan altar telah diadakan khas bagi Pelayan Altar. Seramai 29 ahli telah menghadiri taklimat tersebut yang telah disampaikan oleh paderi Rev. Fr. Johnny Raju.
Sesi ini bertujuan untuk memberi pengetahuan khusus tentang tugas-tugas utama di dalam perayaan Ekaristi. Fr. Johnny Raju telah menunjukkan cara-cara pelayanan altar menurut Liturgi Gereja. Beliau juga mengingatkan supaya para pelayan altar sentiasa berdisiplin dan berdoa sebagai persiapan peribadi sebelum Misa Kudus.  
Sesi pertemuan ini sedikit sebanyak telah membantu mereka mendalami pengetahuan mereka tentang peranan dan tanggungjawab sebagai seorang pelayan altar. Tugas pelayan altar adalah merupakan suatu tugas yang khusus dan penting kerana mereka dikhaskan untuk membantu paderi dalam perayaan-perayaan liturgi terutamanya perayaan Ekariti. Sesi soal jawab telah diadakan selepas penerangan tersebut. Taklimat ini berlangsung selama 40 minit dan diakhiri dengan doa oleh Fr. Johnny Raju. Peserta berharap agar penerangan seperti ini dapat diadakan lagi pada masa hadapan. Fr. Johnny dan peserta kemudiannya dijemput menikmati jamuan ringan di ruang legar Gereja.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent