Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, March 20, 2014

Sesi Pembangunan Insan di Paroki Lahad Datu

Oleh DS/sj
LAHAD DATU: Paroki St Dominic, Lahad Datu merupakan kawasan kedua yang dikunjungi oleh perwakilan dari Komisi Pembangunan Insan Keuskupan (KPIK) Sandakan. Kali ini, Sr Maria Dipal, RGS selaku Pengerusi KPIK dan Shirley Joseph, Setiausaha KPIK bersama para ahli Komiti Pembangunan Insan Paroki (KPIP) St Dominic, Lahad Datu dan Paderi Paroki, Rev Fr Simon Kontou telah bekerjasama untuk menjayakan Program Kesedaran mengenai Pembangunan Insan yang Integral selari dengan ajaran sosial gereja di paroki tersebut. Namun, selain sesi tersebut, paroki ini telah menjadi kawasan pertama menerima sesi mengenai Kempen Prapaska 2014.
Sesi Pembangunan Insan telah dijalankan pada 27 Februari hingga 1 Mac 2014 dari 7.30 hingga 10.00 malam. Lebih dari 150 umat telah hadir ke sesi tersebut. Berikut merupakan gambar-gambar bagi sesi yang telah dijalankan di beberapa Komuniti Kristian Dasar (KKD).
HARI PERTAMA: (MALAM) KHAMIS, 27HB FEBRUARI 2014
TEMPAT: KEDIAMAN UMAT, KG. BURUNG
PESERTA: PARA UMAT DARI KKD KG. BURUNG DAN KG. UNTA, KKD KG. WAWASAN DAN KKD JALAN DAM
Kata-kata aluan dan memperkenalkan para ahli KPIP St Dominic, Lahad Datu
Sesi bermula
Penjelasan mengenai kertas yang diedarkan iaitu "Apakah Pembangunan Insan yang Integral" dan "7 Tema Penting Ajaran Sosial Gereja".
Beberapa respon daripada wakil-wakil KKD adalah seperti berikut:

1. KKD Kg. Burung dan Kg. Unta

Slephianus Mitang, Timbalan Pengerusi KKD menanyakan bagaimana sesi susulan khas buat para remaja di KKD ini dapat dijalankan.

Sr Maria menjelaskan bahawa satu program kerjasama antara KPIP dengan Kerasulan Belia Paroki (KBP) boleh diusahakan demi mencapai tujuan ini agar para remaja dapat mempelajari dan lebih memahami akan pembangunan insan yang integral.



2. KKD Kg. Wawasan

Lily Koten, seorang belia dari KKD ini, rasa bersyukur kerana mendapat peluang menghadiri sesi ini kerana dapat mempelajarai tentang pembangunan insan yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Salah satu adalah mengenai "Tahap Perkembangan Iman Manusia".


3. KKD Jalan Dam

Thomas Nilan, Pengerusi KKD berterima kasih kerana berpeluang didedahkan kepada sesi sebegini yang dapat membentuk iman. Berharap agar ada sesi susulan yang memfokuskan kepada kehidupan keluarga dan komuniti demi membantu mereka yang belum begitu teguh dalam imannya terutamanya bagi para muda-mudi.

Sr Maria menjawab bahawa KPIP boleh bekerjasama dengan Komiti Keluarga Kristian (KKK) Paroki di Lahad Datu untuk usaha tersebut.

Yakobus Palea dari Majlis Pastoral Paroki (MPP) menambah bahawa akan ada lawatan-lawatan pastoral dari KKK, Komiti Katekatikal dan MPP sendiri untuk memberikan input-input yang bekaitan ke setiap KKD di paroki ini.

Sr Maria menjelaskan bahawa KPIP akan berjalan bersama dengan komiti-komiti pelayanan sedia ada di paroki dan dalam mesyuarat KPIP yang bakal diadakan pula, akan ditetapkan fokus utama pelayanan KPIP di Paroki St Dominic, Lahad Datu.

Petrus Dalu mencadangkan agar KPIP fokus kepada penerangan tentang tahap perkembangan manusia agar umat seawal usia kanak-kanak dapat memahaminya dengan lebih mendalam. 

Yakobus Palea menambah bahawa sesi seperti ini sangat penting dan beliau menyatakan rasa gembiranya atas penglibatan dan kerjasama yang baik daripada para umat dan juga pemimpin-pemimpin KKD.





Sr Maria bergambar bersama para umat yang hadir, para pemimpin KKD dan para ahli KPIP Lahad Datu.
HARI KEDUA: (MALAM) JUMAAT, 28HB FEBRUARI 2014
TEMPAT: KAPELA, KKD FERDECO
PESERTA: PARA UMAT DARI KKD FERDECO 
Doa Makan dan Pembukaan.
Sesi bermula.
Gambar kenangan.
HARI KETIGA: (MALAM) SABTU, 1HB MAC 2014
TEMPAT: GEREJA OUR LADY OF PILLAR, SILAM
PESERTA: PARA UMAT DARI KAWASAN BERDEKATAN GEREJA
Doa Pembukaan, Kata-kata Aluan dan memperkenalkan KPIP, Lahad Datu
Menyampaikan hasil perkongsian kumpulan mengenai 7 Tema Ajaran Sosial Gereja.
Gambar kenangan.
Pada hari keempat iaitu Ahad, 2hb Mac 2014, satu meyuarat khas antara perwakilan KPIK dengan KPIP St Dominic, Lahad Datu telah dijalankan selepas Misa Kudus Bahasa Malaysia. Tujuan utama mesyuarat tersebut adalah bagi membincangkan perkara-perkara seperti: 
  • Imbasan KPIP, Lahad Datu untuk tahun 2012-2013 
  • Pembaharuan Pembentukan / Komitmen KPIP, Lahad Datu 
  • Perancangan Aktiviti KPIP, Lahad Datu untuk tahun 2014
Sesi seterusnya adalah berkenaan renungan Prapaska 2014 yang akan dijalankan pada dua hari berikutnya iaitu pada 3hb dan 4hb Mac 2014.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent