Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 25, 2014

Rekoleksi Singkat untuk Para Pembimbing PMG, PMK, IKD dan IKK

Disediakan oleh:
Mary Clare Teneros
LAHAD DATU : Komiti Kateketikal Pusat, Gereja St. Dominic, Lahad Datu telah memulakan tahun baru dengan menganjurkan rekoleksi singkat untuk para pembimbing PMG, PMK, IKD dan IKK pada 15hb Februari 2014 sebagai persiapan diri dalam pelayanan membimbing terutamanya dalam aspek kerohanian. Rekoleksi tersebut telah dipimpin oleh Sr. Evelyn Tivit, fsic yang baru juga ditugaskan ke Paroki Lahad Datu. Seramai 22 orang pembimbing iaitu 2 orang dari PMG, 2 orang dari IKK, 7 orang dari IKD dan 11 orang dari PMK telah menghadiri rekoleksi tersebut. 
Sr. Evelyn telah mengambil petikan dari Injil Lukas 24:13-35 mengenai kisah Yesus menampakkan diri di jalan ke Emaus untuk renungan dan perkongsian sesama pembimbing. Beliau juga mengatakan bahawa petikan tersebut berkaitan dengan kerohanian dan liturgi. Susulan dari itu, Sr. Evelyn membentangkan soalan bengkel iaitu, "Apakah cabaran sebagai pembimbing dan mengapakah saudara dan saudari masih ingin membimbing?" 
Walaupun masa rekoleksi tersebut singkat, namun para pembimbing yang hadir sangat berpuas hati dan gembira kerana Sr. Evelyn telah memberi input yang sangat mendalam dan membina. Mereka berharap agar rekoleksi sedemikian akan diteruskan kelak untuk membantu mereka dalam pelayanan kateketikal.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent