Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 28, 2014

LAWATAN PEMBIMBING PMG KE TAMAN DIDIKAN SRI STELLA, TAWAU.

Oleh Arjean, PMG BM
Gereja St Dominic, L. Datu
LAHAD DATU : Sempena musim prapaska ini, seramai 13 orang pembimbing Pertemuan Minggu Gembira Bahasa Malaysia Gereja St.Dominic telah melakukan kunjungan ke Taman Didikan Sri Stella, pusat kanak-kanak istimewa (OKU) di Tawau pada 24 Mac yang lalu. Turut serta ialah Brother Stanley dari Gereja Holy Trinity, Tawau. Tujuan lawatan ini adalah sahutan kita untuk lebih peka terhadap sikap kita terhadap sesama yang kurang bernasib baik.
Sebaik sahaja tibanya di Taman Didikan Sri Stella pada 10 pagi, para pembimbing disambut oleh beberapa orang kanak-kanak OKU di depan pintu besar. Kami amat tersentuh kerana tidak menyangka akan sambutan seperti itu.  Tanggapan ramai akan kanak-kanak itu adalah mereka bersikap agresif, namun sebenarnya mereka sangat peramah, malah ada yang memeluk pembimbing. Ini membuktikan bahawa mereka amat memerlukan perhatian dan sentuhan kasih sayang.
Aktiviti dimulakan dengan membahagi-bahagikan buah tangan kepada setiap kanak-kanak. Para pembimbing turut diberi maklumat mengenai rumah didikan tersebut dan kisah-kisah kanak-kanak yang berada disitu oleh penguasa rumah didikan iaitu Sdra Hussein. Taman didikan ini dibina pada tahun 1989 dan dirasmikan pada tahun 1990. Taman Didikan Sri Stella mempunyai nama yang berbeza dengan Taman Didikan yangg lain, ini kerana mereka mengambil nama Stella yang bermaksud dalam bahasa Latin iaitu “Bintang” – “Stars are very nice to see but unfortunately impossible to touch. Sama seperti kanak-kanak ini, mereka sangat istimewa namun sukar untuk kita memahami dan mengenali diri mereka. Manakala Sri bermaksud “penyeri”. Misi rumah didikan ini adalah untuk memberi penjagaan, latihan dan perlindungan kepada kanak-kanak istimewa di bawah umur 14 tahun. 
Setiap kanak-kanak yang dihantar ke sini akan dinilai sebelum diterima dan diberi latihan mengikut jenis kecacatan mereka. Antara kecacatan tersebut ialah seperti cerebral palsy, autism, terencat akal dan hyperactive, slow learner dan down syndrome. Taman Didikan ini mempunyai seramai 16 orang kanak-kanak istimewa. 4 daripada mereka merupakan penginap tetap yang mana 2 daripada mereka berasal dari Lahad Datu. Manakala kanak-kanak yang selebihnya merupakan penginap harian, dihantar oleh keluarga pada waktu pagi dan diambil semula pada waktu petang. 
Antara latihan yang diberikan kepada mereka ialah terapi dalam air ( Hidroterapi ) seminggu sekali, diajar basic English, diberi latihan asas pengurusan diri dan asas kemahiran hidup. Mereka juga diberi fisioterapi mengikut kecacatan masing-masing. Mereka juga mempunyai aktiviti lawatan luar untuk melatih aspek pandang/dengar agar mereka tidak merasa terasing dari kehidupan orang yang normal.
Para pembimbing dengan jelas dapat melihat kegembiraan di raut wajah mereka apabila mereka didatangi oleh pelawat. Kanak-kanak tersebut merasa dihargai dan diterima. Antara pesanan penguasa Taman Didikan ini ( Mr.Hussein) ialah masyarakat harus mengubah cara pemikiran negatif terhadap kanak-kanak OKU. Sebenarnya kanak-kanak ini juga mempunyai impian seperti kita yang normal. Mereka sangat memerlukan sokongan, perhatian, sentuhan kasih sayang, pelukan dan semangat dari kita semua khasnya generasi muda.
Sebastian Francis (kiri), ketua rombongan menyampaikan cenderakenangan kpd Sdra Hussien
Generasi muda patut mempunyai kesedaran diri dan rasa bersyukur kerana dilahirkan sempurna dan dapat menjalani hidup secara normal. Dalam tempoh masa prapaska, umat Katolik hendaklah tekun berpuasa dan berpantang, berdoa serta beramal kasih.. Kunjungan sedemikian adalah selari dengan seruan gereja. Seperti kata salah seorang pembimbing ‘tak kenal maka tak cinta’,di mana pada mulanya para pembimbing juga tidak mengenali dan memahami sifat mereka namun pada akhirnya perasaan cinta dan sayang itu bertumbuh malah merancang untuk datang di masa akan datang. Cinta kasih adalah inti utama yang diperlukan oleh kanak-kanak istimewa bahkan oleh semua insan, seperti dalam Matius 22 : 39, 'dan hukum yang kedua, yang sama dengan itu, ialah Kasihilah sesamamu manusia sepertii dirimu sendiri.'

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent