Tawau : St. Paul Balung – antara stasi luar utama Paroki Holy Trinity Tawau menjadi pusat pertemuan bagi pelatih-pelatih baru UiTM , IPG dan juga pelatih dari Kolej Jururawat Kemasyarakatan Tawau sempena program menyambut kedatangan mereka ke Institusi Pengajian Tinggi di Tawau.
Program yang berjaya menyatukan para pelatih dari Institut Perguruan Tawau ( IPG) Kolej Jururawat Masyarakat Tawau (KJMT) dan Kampus UiTM, telah diadakan pada 23 Februari 2014, bermula pada jam 2 petang .
Program yang berjaya menyatukan para pelatih dari Institut Perguruan Tawau ( IPG) Kolej Jururawat Masyarakat Tawau (KJMT) dan Kampus UiTM, telah diadakan pada 23 Februari 2014, bermula pada jam 2 petang .
Melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi berjauhan dari keluarga dan tempat sendiri menimbulkan pelbagai cabaran dalam aspek sosial, emosi juga rohani. Situasi sedemikian banyak mempengaruhi hidup iman mereka. Sebagai respon terhadap isu tersebut, Kerasulan Belia Paroki Tawau telah menjadikan program 'menjangkau pelatih / pelajar baru' sebagai program tahunan.
Walaupun terdapat masalah dari segi masa, namun program serta objektif aktiviti ini berjaya dicapai. Semua pelatih / pelajar yang beragama Kristian dapat berhimpun agar perjalanan mereka dari segi iman dapat diperkuatkan sebagai satu pasukan. Semoga mereka akan terus berjalan seiringan dan menghadapi cabaran secara berkumpulan.
Dianggarkan seramai 40 orang telah terlibat dalam aktiviti ini ; 14 orang adalah pelatih dari IPG, 5 pelatih dari KJMT, 14 dari UiTM dan 7 ahli dari KBP Tawau. Sesi ini telah dikendalikan oleh wakil Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan, saudara Herry Francis dan pasukan yang terdiri dari pelatih senior IPG. Turut serta dalam program ini ialah Seminarian Stanley William yang kini sedang menjalani tugasan pastoral di Gereja Holy Trinity Tawau mewakili Paderi Paroki dan saudara Peter Tolok yang mewakili Stasi St. Paul, Balung.
Program dimulakan dengan doa kesyukuran yang dipimpin oleh Maxwell Elity Sulaiman dari IPG dan diteruskan dengan pemotongan kek sebagai tanda kesyukuran dan kesatuan dikalangan para pelatih baru.
Lagu-lagu pujian dan syukur diadakan pada tengharinya disusuli dengan beberapa permainan sebagai aktiviti mengenali antara satu dengan yang lain dengan lebih rapat.
Sem Stanley menyampaikan Alkitab sebagai cenderahati dari Gereja Holy Trinity kepada semua pelatih baru. Program disusuli dengan dua perkongsian daripada pelatih, iaitu saudara Maxwell dan Beatrice Anthony dan diakhiri dengan doa penutup sekitar jam 4.30 petang.
No comments:
Post a Comment