Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 24, 2013

TUKAD TAWAU MERAYAKAN HARI KELUARGA YANG KE 13 TAHUN

Oleh: SOCCOM TUKAD/Julita

TAWAUKomuniti Tinimungan Kadazan Dusun  (TUKAD) Paroki Holy Trinity Tawau mengadakan kegiatan Rohani sempena Hari Keluarga TUKAD yang ke-13 tahun pada 19.10.2013. Aktivti ini diadakan setiap tahun semenjak tahun 2000.


Seramai lebih daripada 100 orang telah hadir yang terdiri daripada para ibubapa dan anak-anak, aktiviti ini telah diadakan di sebuah pusat peranginan dalam Daerah Tawau.

Program keluarga ini telah dijalankan setiap tahun atas tujuan yang utama iaitu mengeratkan perhubungan kekeluargaan di kalangan ahli dan juga memberi peluang kepada ibubapa meluangkan masa bersama dengan anak-anak mereka dalam satu komuniti yang besar.
Program dimulakan dengan Doa Rosari, sempena dengan Bulan Rosari ( Oktober ) dan diikuti dengan input rohani yang disampaikan oleh Sr. Liza Augustine, fsic. Antara lain yang disentuh adalah berkaitan dengan keupayaan manusia yang sedia ada, iaitu yang telah diberikan Tuhan kepada setiap manusia ciptaannya."Dengan keupayaan yang sedia ada dalam diri kita ini, maka kita harus menghidupinya dengan belajar dan bertumbuh dalam iman", katanya.

Beliau juga turut menyampaikan input mengenai dengan beberapa sikap yang boleh membantu dalam petumbuhan iman secara umum iaitu: "Kenalilah diri anda dan kongsikanlah; apa yang anda tahu dalam kepercayaan kamu kepada Tuhan, memberikan diri kamu dalam melayani Tuhan, sentiasa memperbaharui iman serta yang utama adalah percaya kepada Tuhan, pada diri sendiri dan sesama", kata beliau.
Sr. Liza dengan tegasnya menyatakan bahawa, “Setegas manapun kamu mengatakan bahawa kamu tidak mempunyai bakat;  kita semua harus tahu bahawa - terdapat 4 kapasiti yang sememangnya semulajadi wujud dalam diri pada setiap manusia iaitu:

1. Mempertahankan sesuatu yang kita percaya atau tahu ( Sustain ) - contohnya keupayaan untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama kerana kita telah mempelajari sesuatu kesan daripada kesilapan lalu.

2. Kemampuan untuk keluar dari kokongan diri sendiri ( Self Transcendence ) – menjadikan keadaan yang dialami masa lalu sebagai satu pengajaran untuk masa hadapan dan berusaha untuk menjadi yang terbaik.

3. Kesedaran yang tinggi akan keperluan atau kehendak dalam diri sendiri ( Self Consciences ) – iaitu keupayaan untuk mengenalpasti apa yang diingini oleh diri sendiri, siapa saya dan apa yang ingin saya lakukan.

4. Kebebasan – ( Freedom ) – kemampuan kita untuk memilih sesuatu bagi diri sendiri- ertikata lain dari segi iman, Tuhan telah memberikan kita kebebasan untuk mengenalNya, mencintaiNya, mengikutiNya dan mengetahui bahawa Tuhan mencipta kita mengikut gambaranNya."

Input rohani ini diakhiri dengan satu ringkasan; di mana Model Tritunggal dijadikan satu contoh dalam kehidupan keluarga. “Tritunggal merupakan satu contoh bagi kehidupan dalam keluarga di mana adanya bapa, ibu dan anak-anak. 

Untuk menjadi keluarga yang sempurna, kita harus menjadi sempurna dalam peribadi kita sendiri kerana kesempurnaan dalam peribadi mempengaruhi kehidupan orang lain dalam keluarga kita amasing-masing.” 

Tritunggal melambangkan penyatuan semua ahli dalam keluarga yang diikat dengan kasih sayang dan perlindungan.
Kelihatan Rev. Fr. Johnny Raju dalam gambar ini, turut sama dalam aktiviti tersebut.
Aktiviti ini bertambah ceria dengan beberapa aktiviti sukan keluarga. Kehadiran dua Paderi Paroki, Fr. David A. Garaman dan Fr. Johhny Raju memberikan semangat keimanan kepada semua ahli yang mengambil bahagian.
Program ini berakhir pada jam 2.00 petang dengan doa penutup oleh Fr. David. Penutupan hari keluarga TUKAD ini akan berlangsung pada 26.10.2013.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent