Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 28, 2013

Bersyukur atas Kejayaan Kursus Alpha Pusingan Enam

SANDAKAN: Kursus Alpha Pusingan Enam yang dianjurkan oleh The Forerunners Ministry (TFM) dari Katedral St Mary, Sandakan telahpun berakhir pada 28-29 September 2013. Minggu tersebut yang dinamakan Retret Hujung Minggu merupakan minggu terakhir kursus. Acara kemuncak dan penutupan kursus itu telah mengambil tempat di Pusat Retret Keuskupan Sandakan, Batu 28, Sandakan.



Bermula pada setiap Ahad / hujung minggu pertama, 18 September 2013 sehingga berakhir pada minggu ke-7, lebih kurang 70 umat dari pelbagai komuniti di sebahagian Paroki Katedral Sandakan telah menyertai kursus. Peserta termuda berumur 11 tahun dan tertua adalah 52 tahun. Walaupun ada di antara mereka yang tidak dapat hadir sepenuhnya kerana halangan-halangan yang tidak dapat dielakkan, Tim Pelaksana berharap dan mendoakan agar mereka mendapat peluang untuk hadir secara tetap setiap minggu pada pusingan yang seterusnya.



Tim Pelaksana juga ingin menjelaskan bahawa walaupun input bagi setiap pusingan kursus kelihatan sama dan berulang, namun para penceramah sentiasa mengambil inisiatif untuk memberi ceramah dengan gaya persembahan yang diperbaharui dan dipertingkatkan. Tetapi, apa yang lebih bermakna dan lebih penting adalah buah fikiran, pendapat dan pengetahuan yang diperkongsikan semasa perbincangan kumpulan sentiasa berbeza-beza. Hasil dan pengalaman juga sentiasa ada yang baru untuk memberi inspirasi kepada sesama yang hadir. Inilah yang memberi kekuatan dan semangat kepada para Tim Pelaksana untuk meneruskan kursus ini pusingan demi pusingan. Hal ini juga membuatkan para peserta dari pusingan lalu untuk terus hadir, selain dapat menjalin hubungan persahabatan dalam Kristus yang semakin lama semakin berkembang dan menjadi lebih erat.



Berikut merupakan sorotan semula dalam bentuk kompilasi gambar bagi sesi-sesi dan juga soalan-soalan perbincangan kumpulan yang telah dijalankan sepanjang 7 minggu tersebut:



MINGGU PERTAMA:
1) "AGAMA KRISTIAN: MEMBOSANKAN, TIDAK BENAR, TIDAK RELEVAN?"
2) "SIAPAKAH YESUS?"

Penceramah: Saudari Caroline Tai



MINGGU KE-2:
1) "MENGAPAKAH YESUS MATI?"
Penceramah: Saudari Aronika Paulus

1) Pada pendapat anda, apa itu dosa? 
2) Setujukah anda… “Kerana dosa, kita (manusia) berjauhan/berpisah daripada Tuhan”?

MINGGU KE-3:
1) "IMAN SAYA DAN BAGAIMANA BERDOA."
Penceramah: Saudari Clare Tivit

1) Apakah itu iman dan adakah mempunyai iman sudah memadai bagi kita?

2) Apakah itu Tritunggal?

3) Kenapa kita berdoa?



MINGGU KE-4:
1) "BIMBINGAN TUHAN DAN BAGAIMANA MEMBACA ALKITAB."
Penceramah: Saudara Crispus Mosinoh


1) Apakah pandangan anda terhadap alkitab? Bosan? Tidak relevan/kisah/penting?
2) Pernahkah anda membaca atau mendengar Firman Tuhan dengan sepenuh hati di gereja pada hujung minggu?
3) Adakah alkitab penting untuk hidup kita?

MINGGU KE-5:
1) "MENOLAK KEJAHATAN DAN TUHAN MENYEMBUH."

Penceramah: Saudari Arlene Abel


1) Adakah iblis berjaya dalam hidup anda?


MINGGU KE-6:
1) "SIAPAKAH ROH KUDUS DAN APAKAH YANG DIKERJAKANNYA?"
Penceramah: Saudara Rodney Sining


1) Bagi anda, apakah maksud Roh Kudus?

2) Bagi anda, apakah maksudnya menjadi anak Tuhan?
3) Pada pendapat anda, adakah anda memerlukan bantuan untuk mengenal Tuhan dengan lebih dalam?

Ceramah menyebut bahawa Roh Kudus membantu kita untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Tuhan:
4) Bagi anda apakah maksud kenyataan di atas?
5) Apakah perasaan anda?
6) Pada pendapat anda, adakah ia sesuatu yang baik?






MINGGU KE-7 / RETRET HUJUNG MINGGU:


HARI PERTAMA, 28 SEPTEMBER 2013 (SABTU)


1. A) "BAGAIMANA DIPENUHI ROH KUDUS?"
    B) "BAGAIMANA MEMAKSIMAKAN KEHIDUPAN." 
Penceramah 1: Saudari Aronika Paulus

1. Percayakah kamu bahawa Roh Kudus itu sesuatu yang baik?
2. Adakah kamu mahu Roh Kudus hidup selamanya dalam diri kamu? Mengapa?














HARI KEDUA, 29 SEPTEMBER 2013 (AHAD)



2. "GEREJA DAN BAGAIMANA MEMBERITAHU ORANG LAIN."

Penceramah 2: Saudari Caroline Tai






Selain memberi peluang kepada para peserta untuk meluahkan apa yang mereka rasa dan fikirkan dalam perbincangan kumpulan itu, mereka juga berpeluang untuk menuliskan apa sahaja soalan yang berkaitan yang dimasukkan ke dalam kotak soalan yang telah disediakan. Ini membuka ruang kepada mereka yang mempunyai tanda tanya yang sekian lama tersimpan atau terbuku di hati mereka kerana malu atau segan untuk bertanya secara bersemuka.

The Forerunners Ministry telah menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan pada 16 Oktober 2013 lalu. Kursus Alpha Pusingan Ke-tujuh telah dirancang untuk dijalankan bermula dalam Bulan Mac 2014, jika tiada sebarang halangan. Mereka amat berharap agar para peserta terutamanya yang baru dan belum pernah mengalami Kursus ini, dapat hadir sepenuhnya nanti.

Dengan penuh rasa syukur, Kordinator kepada The Forerunners Ministry mengambil peluang untuk mengongsikan sendiri pengalaman beliau dalam Kursus Alpha Pusingan Enam ini:

 Caroline Tai (Coordinator, The Forerunners Ministry)

The 6th round of Alpha Course (Catholic Context) for St. Mary’s Cathedral, Sandakan was officially closed on the 29th September, 2013. As the Coordinator of the ministry, I was not physically there for the weekly meetings. The Main Committee and Task Force members for the upcoming “Youth Alpha” weekend preparation, attended to the weekly meetings.
And hereby, from the bottom of my heart I would like to express my gratitude to all the committees and task force members, “You all have presented a deep commitment and you guys did a wonderful job”.

In this round of Alpha, our main target participants were initially from the Main church (St. Mary’s) and St. Joseph English speaking parishioners. 
However, God has another plan for us. He sends more parishioners from St. Mark. Some of them took public transportation and came on their own. We acknowledge their sacrifice. We were touched and pleased with their effort and determination to know Christ.
Because of this unique situation, we have to adjust and fine tune our resources which we had already prepared from English to BM. Due to my poor command in BM, it was a big challenge for me. Nevertheless, God never leave me and to my surprise, I managed to present my talk in ‘rojak and pasar’ BM. It was a new experience for me. Praise the Lord.


Throughout the Holy Spirit Weekend Away, I was focused on the progress of the whole programme rather than preparing myself to be filled with the Holy Spirit. Nevertheless, during the ‘Surrender’ session, we were given opportunity to write in a piece of paper of anything that we like to surrender to God. I took part on that and brought the paper to the Crucifix and pray. Upon kneeling down and as I prayed, I immediately broke into tears, followed by a gentle voice whispering to me in answer to my prayer. After I have acknowledged all of my promises, a cool sensation ran through my body and my breathing. Up to this moment, I am extremely delighted, feeling so glad, grateful, and joyful. Jesus has again assured me that He will never leave me

In my younger years, I was not someone who was close to God. I don’t even know what is Holy Spirit, why do we need to attend mass and what is the meaning of Good Friday and Easter. Most of all, though as a Roman Catholic by name, I did not practice and live it

Jesus never leave me, He brought me back to Him during my worst and depressed moment of my life. He let me know Him better through the Alpha Course, a course with simple concept and relaxed way to discuss and share on what we believe. There is no right or wrong answer during the discussion but slowly we learn the truth as the weekly course goes by
I am thankful to Jesus that He didn’t stop reaching me after my conversion. He has given me the courage to spread the Alpha Course with a team of young adults to carry the same vision that is to serve and to glorify Him. I humbly urge all parishioners to join us in the coming round of Alpha. Give God a chance to fill your life and give yourself a chance to know Him better in Alpha style. Alleluia!!


Testimoni atau perkongsian lain akan disiarkan kemudian. Jangan ketinggalan untuk membacanya! :)




Salam damai Kristus,

-Shirley Joseph-

Pentadbir   


"DIA HARUS SEMAKIN BESAR DAN KITA HARUS SEMAKIN KECIL" - YOHANES 3:30

Gambar oleh: Crispus Mosinoh / Aronika Paulus / Mark Benedict

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent