Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 9, 2013

Bengkel AsIPA 3 Antarabangsa

Leonnie Degullacion

Thailand (7hb October 2013) : Seramai 78 peserta dari 11 buah negara telah menyertai Bengkel AsIPA-3 Antarabangsa  yang berpusat di Camillian Pastoral Care Centre, Lat Prabang, Bangkok, Thailand. Peserta-peserta terdiri daripada Uskup, Paderi, Religius sister dan pemimpin KKD. Negara negara yang menyertai adalah Indonesia, Myammar, India, Vietnam, Sri Lanka, Bangladesh, Taiwan, Pakistan, Korea, Malaysia dan tuan rumah Thailand. Tema pada tahun ini adalah 'Sustaining BECs ~ Deepening of Experince of Mission'.
Tiga peserta dari Keuskupan Sandakan iaitu Sr Appollonia Gumpu FSIC, Leonnie Degullacion dan Hildi Poili telah menyertai bengkel selama 6 hari ini dikendalikan oleh 'AsIPA (BEC) Desk dengan kerjasama Tim BEC Nasional, Thailand, bermula dari 7hb - 12hb Oktober 2013.
Tujuan Bengkel ini adalah;
  • Berjalan bersama sebagai tim AsIPA (BEC) ke arah membentuk Gereja berpasipatif
  • Mendalami fahaman dan memantapkan kemahiran dalam aspek
    • Reka bentuk Program Kesedaran
    • Reka bentuk Program Amos
    • Mengendalikan respon kumpulan
    • Kemahiran penyelesaian masalah
    • Kemahiran pemudah cara / pendengaran
  • Memahami Ajaran Sosial Gereja
  • Pembentukan rohani bagi pemimpin BEC perlu untuk promosikan BEC

Hari pertama dimulai dengan Pengtakhtaan Alkitab dan doa permohonan dari setiap negara yang menyertai acara tersebut.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent