Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 1, 2013

AJP Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan 2013 - 2015

Brenda De Guzman
Gambar oleh Bell
SANDAKAN: Seramai 10 orang perwakilan KWK dari keempat-empat paroki yang terdiri daripada penyelaras, setiausaha dan seorang lagi atas lantikan Paderi Paroki telah mengadakan mesyuarat perlantikan Ketua Penyelaras dan pemilihan AJP Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan bagi sesi 2013-2015, bertempat di bilik mesyuarat, tingkat 2, Bangunan Pastoral Keuskupan pada 7 September 2013.
Mesyuarat dimulakan dengan Misa Kudus yang diselebrankan oleh Yang Mulia Bapa Uskup Julius Dusin Gitom. Berdasarkan Injil Lukas 6:1-5 “Anak manusia adalah Tuhan atas hari Sabat”. Apa juga yang diajarkan Yesus, itulah yang harus kita praktikkan.  Dan sebagai KWK, kita diseru untuk sentiasa taat dan teguh dalam pelayanan berdasarkan ajaran Yesus.

Dalam ucapan alu-aluan, Yang Mulia Bapa Uskup melahirkan kesyukuran dan penghargaan beliau kepada komiti kerasulan wanita yang komited dengan pelayanan mereka.  Beliau juga menggesa agar komiti ini akan terus menyumbangkan apa jua bentuk pelayanan yang membuahkan hasil yang baik untuk gereja. Penyelaras Puan Annie Rokneh Jalani dalam sesi Overview of DCWA 2011-2013, telah memaparkan beberapa aktiviti dan program yang telah dilakukan oleh Kerasulan Wanita Keuskupan. Beberapa perkara telah dibangkitkan untuk renungan dan evaluasi bersama.
Selesai saja rumusan, Pemilihan untuk AJP baru sesi 2013-2015 dimulakan, di mana dalam memilih Ketua Penyelaras, setelah perbincangan yang agak panjang, Bapa Uskup sekali lagi melantik Puan Annie Rokneh Jalani sebagai Ketua Penyelaras Keuskupan, Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan. Seterusnya, Ahli Jawatan Pelayan Kerasulan Wanita Katolik Keuskupan Sandakan bagi sesi 2013-2015 yang baru adalah seperti berikut:-

Ketua Penyelaras:
01. Puan Annie Rokneh Jalani
(Paroki Katedral St. Mary, Sandakan)
Penolong Penyelaras:
02. Puan Evelyn Watson
(Paroki St. Dominic, Lahad Datu)
Setiausaha:
03. Puan Brenda De Guzman
(Paroki Katedral St. Mary, Sandakan)
Penolong Setiausaha:
04. Puan Nora Nicholas
(Paroki St. Martin, Telupid)
Bendahari:
05. Puan Cecelia D’Souza
(Paroki Katedral St. Mary, Sandakan)
Penolong Bendahari:
06. Puan Rosalinda M. Praser
(Paroki St. Dominic, Lahad Datu)
AJP:
07. Puan Julie Igoh
(Paroki St. Dominic, Lahad Datu)
08. Puan Teresita Ortiz
09. Puan Alesa S. Bontilao
10. Puan Corazon S. Rosales
(Paroki Holy Trinity, Tawau)
11. Puan Victoria Salati
12. Puan Arina Anggatis
(Paroki St. Martin, Telupid)

Puan Annie mengucapkan terima kasih kepada Bapa Uskup dan kepada semua yang hadir kerana sekali lagi mempercayakan tanggungjawab ini kepada beliau dan berharap akan terus mendapat kerjasama daripada semua ahli. Yang Mulia Bapa Uskup dalam ucapan penutupnya mengucapkan tahniah kepada ahli jawatan pelayan yang baru. Acara berakhir dengan doa penutup dipimpin oleh Bapa Uskup. 

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent