Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 29, 2013

Testimoni Kursus Alpha Pusingan Enam Bahagian 1

 MELISSA MICHAEL TIVIT
(Taman Rimba Youth Choir)

Praise the Lord! The Alpha Course in Catholic Context 2013 was carried out successfully! I’m so glad to return for the second time and to help out in the Decoration and Dance team for the first time. 
Being a helper and participant at the same time was actually fun. Overall, all of the topics presented were relevant, understandable and to the point

The Holy Spirit Weekend Away was the highlight of the whole course because that was when I began to feel the Holy Spirit in me like I never did before. I felt as if the Holy Spirit touched the deepest part of my heart and made me cry uncontrollably during the Praise and Worship and "Surrender" session. Words can never describe how amazing that feeling was. I used to feel so separated from God whenever I disobeyed Him because I felt guilty and not worthy. I had come to realize that the evil spirit was actually trying to push me away from God by feeding me with negative thoughts and feelings.

Now, I feel like I've experienced a spiritual renewal because I'm more aware of the presence of the Holy Spirit in me. Prayer is a powerful tool in helping me resist evils and I know I could not do it without being driven by the Holy Spirit. 

Having said that, my journey of faith is still a long way to go. Looking forward to more goodness to come with Alpha Course. 


In God's love, 
Melissa. 





 Michelle Cornelius
(Pelajar Tingkatan 6)

Kursus Alpha? Mmm.... dari dulu lagi saya sudah menjangkakan program ini pasti antara program yang seronok untuk diikuti. Tapi disebabkan oleh gangguan-gangguan normal sebagai seorang remaja, saya seringkali memberi alasan kepada diri saya untuk tidak menghiraukan kewujudan program ini. Sehinggalah pada tahun ini, saya mempunyai kekuatan dan keberanian untuk turut serta dalam kursus ini. 
Hari pertama program ini dijalankan, tidak dinafikan saya mengharapkan sesuatu yang hebat untuk dialami tetapi realitinya sehingga selesainya sesi yang pertama, saya tidak mampu merasakan apa-apa. Jelasnya pada sesi pertama program ini, kami dibawa untuk mengenali siapa Yesus itu dalam bahasa yang sangat mudah. Tumpuan saya hilang sebab saya merasakan bahawa semua pekara ini sudah saya ketahui sejak saya berada di “Sunday School” lagi.

Tidak saya sedari yang saya mula menjadi ego dan sombong sehingga suatu saatnya, saudari Arlene tujukan soalan yang mudah kepada saya. "Jadi apa yang telah kau perolehi selepas mengikuti beberapa sesi yang telah dijalankan?" Saya terdiam. Tidak mampu saya katakan apa-apa dan saya cuba merenung kembali apa yang telah saya terima dan pelajari dalam beberapa sesi yang telah saya ikuti. Saya terkaku dan kemudian saya sedar yang saya terlalu ego sehinggakan saya melepaskan begitu sahaja peluang untuk mengenali Yesus dalam perspektif lain

Saya dapat rasakan yang saya sama seperti ahli-ahli Taurat dan ahli-ahli Farisi yang terlalu mengharapkan kedatangan Mesias itu dalam suasana yang gilang-gemilang sehingga menyebabkan mereka tidak mengenali peribadi Yesus yang sebenarnya simple dan penuh dengan kasih sayang, malah telah membenci Dia. Walaupun mereka antara peribadi yang hebat dalam hal-hal kitab taurat serta ajaran-ajaran agama namun kerana kehebatan inilah mereka menjadi orang buta yang pura-pura mengetahui jalan yang ditujuinya. 

Sama seperti mereka, saya menjadi buta untuk melihat segala-galanya dalam perspektif yang Tuhan mahu kita lihat. Sejak dari saat itu, saya mulai faham yang Tuhan tidak memerlukan kita untuk memahami segala-galanya. Yang pastinya dapat saya katakan, rencana Dia sangat lah indah. Walaupun saya tidak berpeluang untuk menghabiskan program ini sehingga ke sesi yang terakhir tapi saya sangat bersyukur dengan peluang untuk saya disentuh oleh Bapa di Syurga.

Terima kasih Arlene Abel dan teman-teman kerana tidak berhenti membawa saya untuk turut serta dalam Kursus Alpha.


 Lydiana Kantiu
(Liturgi Sabda Kanak-kanak) 

Semasa saya mengikuti program ini, saya sangat gembira kerana bukan sahaja pembimbingnya yang baik malah semua yang diajarkan sangat jelas dan mudah difahami oleh kami. 

Saya sangat terharu dan memanjatkan syukur kepada Tuhan kerana telah menjadikan saya sebagai salah satu anakNya di dalam jutaan manusia yang ada di dalam bumi ini. Tuhan sangat baik kerana sanggup mati di kayu salib untuk menebus dosa umatNya, walaupun manusia selalu berbuat dosa dan selalu kita membuatNya sedih. Tapi Tuhan tidak pernah meninggalkan dan membiarkan kita dibelenggu oleh kegelapan. Sesungguhnya hidup tanpa Yesus itu seperti tubuh yang kosong dan tanpa ada hala tuju. Kerana Yesus lah yang membuatkan kita tahu apa itu sebenarnya cinta kasih dan damai. Tanpa itu, semua hidup ini akan terasa kosong. 
Melalui program ini juga saya dapat merasakan iman saya telah disegarkan kembali dengan pengetahuan yang diajarkan sama ada yang pernah saya pelajari dahulu mahupun yang baru diajarkan oleh mereka. 

Saya juga bersyukur kerana Tuhan telah mengutus mereka untuk membimbing kami yang sebenarnya masih mencuba untuk bertumbuh dalam iman.

Syukur, syukur, syukur atas segala yang diberikan oleh Tuhan kepada kita. Alleluia! Tuhan tahu segala yang baik, tiada yang mustahil bagi Tuhan. Amen! 


 CHIA PUI FUNG MARTHA
(Guru Sekolah Menengah)

Saya telah menerima Sakramen Pembaptisan dan Penguatan pada tahun 2009. Saya menyedari bahawa pengetahuan saya tentang agama Kristian dan ajaran-ajarannya adalah masih banyak yang perlu didalami.


Penanggung saya juga menggalakkan saya untuk mengikuti seminar, kursus atau apa-apa yang dianjurkan oleh gereja. Atas dorongan beliau, kami telah mengikuti Kursus Alpha (Classic Mode) bersama-sama pada tahun 2010. Pada tahun berikutnya, saya masih lagi meneruskan penyertaan saya dan kali ini tanpa ditemani penanggung saya. Namun demikian, di dalam kedua-dua kursus ini saya tidak dapat menyertai Retret Hujung Minggu (Holy Spirit Weekend Away). 

Pada tahun ini, sekali lagi saya menyertai Kursus Alpha atas jemputan tim pelaksana kursus. Penyertaan kali ini pula lebih kepada menjalankan tugas pelaksanaan kerana membantu penganjur dalam bahagian sekretariat. 

Sememangnya pengalaman yang diperoleh daripada setiap penyertaan adalah tidak sama, namun seperkara yang tetap ialah Tuhan sentiasa menyertai. Penyertaan Tuhan hanya boleh dialami sekiranya kita percaya. Kepercayaan ini pula hanya datang kepada seseorang sekiranya seseorang itu menyedari imannya. Kursus Alpha telah membantu saya untuk lebih memahami agama Kristian dan ajaran-ajarannyaAdalah penting bagi umat Kristian mengetahui imannya dan berusaha untuk memperkukuhkannya agar tidak mudah terpengaruh dan goyah. Iman kita juga menjadi benteng kekuatan kita ketika kita lemah dan digoda. 
Pengalaman manis telah saya alami semasa menyertai Retret Hujung Minggu kerana saya dapat mengalami kehadiran Roh Kudus. Saya menyedari bahawa segala yang dilakukan oleh Bapa di syurga dan Tuhan adalah misteri dan untuk membantu umatnya. 


Ceramah dan perkongsian yang disampaikan dalam kursus Alpha ini membuka hati saya bersikap lebih terbuka terhadap cabaran dan dugaan yang dihadapi terutamanya yang menguji kesabaran dan iman saya. Seperti dalam perjalanan kursus Insiasi Kristian Dewasa, perjalanan dalam kursus Alpha juga penuh dengan cabaran dan dugaan. Namun apabila kita percaya, segala percubaan dan godaan terutamanya daripada iblis boleh dan dapat diatasi kerana segala rencana Tuhan adalah untuk kebaikan kita. Justeru, pemberian daripada Tuhan perlu kita jaga dan hargai dengan baik. 



Alleluia! Puji Tuhan! 

Tuhan memberkati!



  Alice Aban
(Guru PMG St. Mark)

Banyak pengalaman berharga yang saya tidak dapat lupakan sepanjang mengikuti Kursus Alpha bagi tahun ini. Oleh kerana tidak berpeluang untuk mengikuti program ini dengan sepenuhnya pada tahun lalu, penyertaan untuk kali kedua ini telah membawa saya untuk lebih dekat dengan Kristus.

Pengalaman yang paling manis adalah semasa mengikuti Retret Hujung Minggu. Pada waktu itulah kami semua, para peserta dan penganjur telah menjalin hubungan yang akrab di dalam cinta kasih Tuhan

Sesi yang tidak dapat saya lupakan adalah sesi ‘Penyerahan Diri’ di mana kami diminta untuk menulis segala apa yang tersirat di hati kami seperti masalah atau pergumulan yang sedang dihadapi kemudian dilekatkan pada kayu salib sebagai tanda menyerahkan segalanya kepada Yesus. Setelah itu, kami berdoa di hadapan kayu salib. Pada ketika itu, hati saya merasa sangat tenang dan ringan. Melihat pada kayu salib Yesus, hati saya berasa sangat tersentuh dan mengingatkan saya kembali akan betapa besarnya cinta kasih Tuhan

Secara keseluruhannya, dari topik pertama iaitu ‘Siapakah Yesus?’, Mengapa Yesus mati?’ dan sampailah ke topik ‘Siapakah itu Roh Kudus?’, saya percaya iman saya sedikit demi sedikit bertumbuh dan akan terus diperkuatkan.
Harapan saya agar lebih ramai umat terbuka hati untuk mengikuti Kursus Alpha ini kerana kursus ini mempunyai topik-topik ceramah yang sangat menarik, perkongsian yang membina, nyanyian lagu-lagu pujian dan penyembahan, serta persahabatan yang terjalin antara sesama.

Semoga Kursus Alpha dapat terus menjangkau umat-umat Kristian di luar sana.

Amen.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent