Laporan oleh
Javy Jimmy
Gambar oleh
Betram Lansing
TELUPID – Seramai 130 peserta belia telah menyertai
BMK III terdiri daripada para pelajar Catholic Student Ministry (CSM), para
belia stasi luar iaitu dari Kg. Mangkadait, Ranau, Kg. Maringkan, Ranau, Kg.
Kiabau dan belia dari Kg. Entilibon. BMK
III telah dijalankan di St. Patrick, Entilibon tidak jauh dari Pekan Telupid
bermula pada 27hb September 2013 sehingga 29hb September 2013 dan mendapat sambutan
yang amat menggalakkan berbanding dengan sebelumnya. Program ini adalah anjuran
bersama Tim Kerasulan Belia Paroki Telupid dengan belia dari St. Patrick,
Entilibon dan merupakan kemuncak program Belia Masuk Kampung 2013. Tujuan BMK ini
dijalankan adalah untuk melawat belia dari luar stasi yang bertemakan ‘Pergilah ke seluruh dunia,
beritakanlah Injil kepada segala makhluk. – Markus 16:15’ bersesuaian
dengan Tahun Iman.
Objektif
BMK-III:
·
MENGERATKAN perhubungan semangat Tim, dan kerohanian Katolik serta
perkongsian iman di antara Tim Kerasulan Belia Paroki Telupid dengan belia
stasi luar.
· MENGAJAK peserta mendalami iman dan peranan mereka di dalam
pelayanan Gereja Katolik masa kini.
·
MEMBAWA belia dalam merasai dan menerungi perjalanan ke Emaus
bersama Yesus.
·
MENGHAYATI Tema BMK III
Suasana Pendaftaran
|
‘Time of Life’
|
Program ini bermula pada 5.00 petang Jumaat, 27hb September (semasa pendaftaran) dengan
sesi ‘Time of Life’ yang dikendalikan oleh Tim KBP Paroki Telupid. Para peserta
kemudiaanya dibawa dalam sesi ‘Expectation Check’ yang dikendalikan oleh
Saudari Nellysia Nandau dan kemudian, diikuti dengan pembahagian ke keluarga
angkat pada 9.00 malam. Program malam tersebut kemudiannya diakhiri dengan doa
penutup pada 10.00 malam.
‘Expectation Check’ yang
dibawa oleh Saudari Nellysia Nandau
|
Tim KBPT membuat persiapan
untuk hari esok
|
Pada keesokan harinya, Sabtu 28hb September, para
peserta disegarkan dengan doa pagi pada 7.00
pagi. Doa pagi ini dikendalikan oleh Saudara Javy Jimmy. Selesai doa pagi,
para belia disajikan dengan sarapan pagi. Aktiviti 'Time of Life' seterusnya
dijalankan yang dikendalikan oleh belia dari Zon Jln. Tongod untuk menyegarkan
semangat para peserta dan agar sentiasa memberikan tumpuan pada sesi yang
seterusnya. Selepas itu, acara ‘ice breaking’ yang dikendalikan oleh Saudara
Valentine Tony dijalankan bagi memberi peluang para peserta menyesuaikan dan
memperkenalkan diri antara sesama.
Doa Pagi yang dikendalikan oleh Saudara Javy Jimmy
|
‘Time of Life’ dan ‘Ice Breaking’
|
Ceramah pertama disampaikan oleh Saudara Romanus
James dan dibantu oleh Saudari Mizy Mizearly Malek yang bertajuk: "Iman"
dan kemudiannya diikuti dengan bengkel. Dalam sesi ini juga Saudara Romanus
menyelitkan 7 peringkat iman:
1. Iman
Kanak-kanak
2. Iman
Ikut - Ikutan
3. Iman
berdasar pada komuniti
4. Iman
yang mendalam dan personal
5. Iman
para murid
6. Iman
para rasul
7. Iman
para matir
Sesi ceramah ‘Iman’ yang dikendalikan oleh Saudara Romanus James
|
Sesi seterusnya telah disampaikan oleh Saudara Sloane
Styne Joseph yang bertajuk ‘Katekisis Tahun Iman: Gereja Katolik’. Melalui sesi
ini belia menjadi lebih peka kepada peranan belia di dalam Gereja Katolik. Pembentangan
yang dilakukan oleh setiap kumpulan telah menyedarkan para belia bahawa cabaran
iman belia sebagai seorang Katolik ada dimana - mana.
Sesi ‘Katekisis Tahun Iman: Gereja Katolik’ dikendalikan
oleh Sdra Sloane Styne Joseph
|
Pada petangnya, para belia dibahagikan kepada 8
kumpulan dan dibawa ke suatu tempat di mana mereka akan merasai dan menerungi ‘Perjalanan ke Emaus bersama Yesus’
di dalam sesi ‘Pilgrim Walk: Road to Emmaus’. Perjalanan ini lebih
kepada pendalaman iman para belia masuk kampung dimana terbahagi kepada 4
stesen dan setiap stesen tersebut adalah melalui renungan alkitab Lukas 24:
13-35.
Sesi ‘Pilgrim Walk : Road to Emmaus’
|
Selepas makan malam, para belia dibawa masuk dalam
sesi ‘Proses dan Sintesis’ yang dikendalikan oleh Saudara Valentine Tony. Dalam
sesi ini, para belia di beri peluang untuk memberikan sharing berkaitan dengan
perjalanan mereka ke Emaus. Kemudian, sdra. Valentine Ojoe menerangkan secara
mendalam berkaitan dengan perjalanan tersebut. Sesi ini bersesuaian dengan
injil Lukas 24:36 “Dan sementara mereka
bercakap-cakap tentang hal-hal itu, Yesus tiba-tiba berdiri di tengah-tengah
mereka dan berkata kepada mereka: “Damai sejahtera bagi kamu!”.
Sesi ‘Proses & Sintesis’ yang dikendalikan oleh Saudara Valentine Tony
|
Selepas itu, para belia dibawa masuk ke dalam
suasana doa iaitu ‘Taize Prayer’ yang dikendalikan oleh Saudara Sloane Styne
Joseph.
Sesi ‘Taize Prayer’ yang dikendalikan oleh Saudara Sloane Styne Joseph |
Pada hari Ahad, 29hb September program dimulakan
seawal jam 7.00 pagi dengan doa pendek
dan selepas itu para peserta BMK-III dibawa dalam sesi terakhir iaitu ‘I am
Special: Kita Karya Indah Tuhan’ yang dikendalikan oleh Saudari Mizy
Mizearly Malek. Di dalam sesi ini, Tuhan mencipta kita dengan kebolehan dan
kita adalah karya indah-Nya. Tuhan tidak pernah menganggap kita sebagai umat
yang tertindas tetapi menyayangi kita dan memberikan kita sesuatu yang
istimewa.
Sesi ‘I Am Special: Kita Karya Indah Tuhan’ yang dikendalikan oleh
Saudari Mizy Mizearly Malek
|
Selesai sahaja sesi ini, peserta kemudiannya
mempersiapkan diri untuk perayaan Misa Kudus yang diupacarakan oleh Rev. Fr.
Jasery G. Emmanuel. Misa Kudus ini dirayakan pada 10.30 pagi. Dalam khutbahnya,
belia dipersoalkan dengan ‘Apa yang didahulukan, pengalaman atau pengetahuan?’,
dan ‘Ciri-ciri belia yang positif dan negatif’.
Misa Kudus yang diupacarakan oleh Rev. Fr. Jasery G. Emmanuel
|
“Belia hari ini adalah aset bagi
gereja pada zaman ini” merupakan sebahagian daripada perkongsian khutbah oleh
Rev. Fr. Jasery kepada para BMK-III.
1. Ucapan dari Pengerusi Belia St. Patrick, Entilibon Saudara Lesterius J.
2. Ucapan dari Timb. Koordinator KBPT merangkap Pengerusi
Penganjur BMK 2013 Saudara Javy J. |
Bergambar bersama Rakan Belia dan Tim Penganjur BMK-III
|
Seperti biasa di penghujung aturcara perjalanan
program, para peserta BMK-III dibawa dalam aktiviti ‘Do You Have a Sunshine Smile’
dan merupakan aktiviti terakhir sebelum pulang. Akhir sekali, secara rasminya
program BMK III ditutup dengan doa dipimpin oleh Saudari Nellysia Nandau. Sudah
tentu program BMK-III akan memberi kenangan manis juga pahit kepada peserta
BMK-III.
Tim Penganjur dan Fasilitator BMK-III bergambar bersama Rev. Fr. Jasery
G. Emmanuel
|
Write more, thats all I have to say. Literally, it seems as though you relied on the video to make your
ReplyDeletepoint. You clearly know what youre talking about, why waste your intelligence
on just posting videos to your blog when you could be giving us something informative to read?
http://warc.realmind.net/xe/index.php?mid=sub31_sinchung&document_srl=930719
My page Year in review
Praise the Lord....
ReplyDeleteVarangaOfficial - крем варанга отзывы - все, что бы хотели знать об этом препарате. Воспользовавшись нашим порталам, вы получите возможность узнать подробную информацию касательно этого натурального лекарственного комплекса. Лично увидеть данные о проведенных клинических тестированиях, прочитать отзывы реальных покупателей и медицинского персонала. Изучить инструкцию по применению, прочитать об особенностях и методах работы мази, понять, почему крем Варанга настолько эффективен, где можно заказать сертифицированный, оригинальный препарат и, как не нарваться на подделку. Мы скурпулезно проверяем размещаемые данные. Предоставляем посетителям нашего онлайн-ресурса сведения, взятые только из достоверных источников. Если вы нашли у себя признаки появления грибкового заболевани или же долго и безрезультатно стараетесь излечиться от этого досадного недуга, у нас на сайте вы найдете простой и быстрый способ устранения проблемы. Приобщайтесь и живите здоровой полноценной жизнью. Благодаря нам, все ответы на самые волнующие вопросы, теперь собраны в одном месте на удобной в использовании и высоко информационном ресурсе.
ReplyDelete