Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, October 30, 2013

Testimoni Kursus Alpha Pusingan Enam Bahagian 2

 JUSTINE MARCUS
(Junior Catholic Choir)
Shalom..
Syukur kepada Tuhan kita, Yesus Kristus kerana masih memberikan kita peluang untuk mengongsikan khabar gembira kepada semua. Testimoni ini adalah hasil daripada penyertaan saya sepanjang Kursus Alpha 2013 yang lalu. Semoga ia menjadi satu tanda penghargaan kepada semua yang terlibat menjayakannya.



Penyertaan saya dalam Kursus Alpha ini bermula atas jemputan Bro. Crispus, Rodney dan Sis. Arlene. Secara jujur, saya tertarik dengan penerangan ringkas tetapi padat terutama daripada Bro. Crispus dan Rodney. Walaupun begitu, saya hanya dapat menyertai Kursus Alpha ini bermula pada minggu yang ke-3, setelah menghadapi masalah yang tidak dapat dielakkan pada minggu pertama dan kedua. Ternyata penyertaan kali pertama ini tidak menghampakan dan saya bertekad untuk tidak melepaskan setiap peluang yang ada untuk menyertainya lagi.

Sepanjang menyertai kursus ini, sudah tentu ia meninggalkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Bagi saya, kursus pada minggu ke-3 yang bertemakan “My Faith and How to Pray” adalah antara pengalaman yang sukar dilupakan kerana ia adalah penyertaan pertama saya dalam kursus ini dan pengalaman berdoa bagi sesama di dalam kumpulan menjadi pengalaman yang agak sentimental kerana saya dapat merasai kekuatan doa itu bila kita benar-benar memberikan tempat bagi Roh Kudus di hati kita. Minggu-minggu seterusnya, pengalaman baru saya terima dan setiap minggu itu adalah pengalaman yang berharga.
Melalui kursus ini, saya telah memperolehi sedikit sebanyak pengetahuan yang sebelum ini menjadi tanda tanya dan persoalan di dalam hidup saya. Penerangan secara ringkas tentang apa itu Kursus Alpha cukup menarik memandangkan ia sesuatu yang masih baru bagi saya. Sebelum ini, saya tidak mengambil berat tentang apa itu Buah-buah Roh Kudus, sejarah Alkitab kita dan pengetahuan iman yang lain

Ternyata melalui kursus ini, saya mula melihat betapa perkara yang saya anggap kecil boleh menjadi terpenting bukan saja untuk pembangunan rohani sendiri tetapi juga bagi pelayanan saya seterusnya. Aktiviti berkumpulan juga berhasil membentuk keyakinan diri dan secara tidak langsung mengajar saya menjadi pendengar yang lebih baik.
Saya percaya, kursus ini telah sedikit sebanyak membawa perubahan di dalam diri semua peserta termasuk saya sendiri. Bagi saya, saya mula merasai satu PENGHARAPAN di saat semuanya kelihatan begitu sukar. Sebagai contoh, kursus pada minggu ke-5 yang bertemakan ‘Resist Evil and God Heals’. Di situ saya melihat kehidupan seharian saya, bagaimana saya disibukkan dengan hal-hal duniawi yang sukar sekali untuk dibiarkan begitu saja dan tidak memberikan walau sedikit masa untuk Tuhan. Penayangan slide show pada masa itu benar-benar menyentuh dan menyedarkan saya akan adanya PENGHARAPAN-sekiranya kita mengizinkan Tuhan Yesus bekerja di dalam kita.

Dengan apa yang saya perolehi sepanjang krusus ini, sudah tentu saya tergerak untuk membawa kawan-kawan untuk menyertai kursus ini pada masa akan datang kerana saya sendiri sudah merasakan keberkesanannya, terutama dalam mendalami iman Kristian kita. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan dapat melahirkan umat Kristian yang memiliki iman yang teguh pada masa-masa akan datang.

Tuhan Memberkati.

AMEN. 




 Tatiana Eddy Tabak
(Taman Rimba Youth Choir)
Shalom! 

Saya pernah mengikuti kursus ini pada dua tahun yang lalu tetapi tidak menghadiri kursus sepenuhnya kerana ketika itu saya masih menuntut di universiti, justeru, percanggahan masa sering menghalang saya untuk hadir. 
Saya dapat merasa perbezaan yang ketara apabila melibatkan diri sepenuhnya (menghadiri kursus ini dari minggu ke minggu), terutama sekali ketika dalam perbincangan kumpulan, ahli-ahli dari kumpulan saya menceritakan bagaimana mereka merasakan Yesus, dari situ saya lebih diyakinkan bahawa Yesus bekerja (keajaiban) di dalam setiap manusia, tidak kira siapa

Saya merupakan AJK yg membantu menjayakan kursus ini (bahagian decoration dan dance team). Menurut saya, ini seperti melayaniNya. Saya bersyukur, saya dapat membantu, secara langsung atau tidak langsung.





Saya percaya, sepanjang perjalanan kursus ini, saya lebih didekatkan dengan Tuhan dan mempunyai satu misi; ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya. Saya mempunyai harapan setinggi Gunung Kinabalu agar lebih ramai penyertaan belia supaya Kursus Alpha ini mampu dikekalkan untuk generasi yang semakin alpa tentang Yesus

 Judith Liow
(Liturgi Sabda Kanak-Kanak)
Saya berasa sangat gembira dan bersyukur kerana telah mengikuti Kursus Alpha ini terutama sekali pada Retret Hujung Minggu ini. Sebelum saya mengikuti kursus ini, saya mempunyai perasaan ragu-ragu tentang siapakah itu Tuhan Yesus dan Roh Kudus. Saya berasa hidup saya kosong


Dan selepas mengikuti kursus ini, saya menjadi lebih yakin dan mengenali siapa itu Yesus, penyelamat kita, dengan lebih mendalam
 BEVERLY DEQUILO
(Pelajar Tingkatan 5)
Shalom… 
“Why did Jesus die?” was the slide displayed when I entered the room where Youth Alpha was held. It was my first time joining and it was the second session. I wasn’t even curious even a little ‘because to me, such title had been discussed so many times already as far as I can remember. So I thought, “duhh… it’s just the same thing all over again.” Plus, I was so hungry that time and tired! Anyway, everything started as usual where we have praise and worship then eat, yay! 

Then the session began. In the middle of the session, they showed a video of a boy who died. Then, the boy’s spirit saw his body, lifeless but there’s something that looked like an infinite hole on his chest. He tried to fill the hole with everything that he could find. First, he puts his money, but the hole engulfed it all without even showing signs that it will be filled soon. Puzzled, he tried to fill it with a basketball but the hole engulfed it too. He didn’t give up, he kept on throwing things inside ie, alcohol, medals, heart, just everything that he think could make the heart full until finally, at the point of giving up, he throws the rosary and the hole was closed immediately and he was raised to life!
It reminds me of my old self. I was exactly like that boy. Even until now, that old me still surface. For example, it was shown by my ego even during the moment I stepped into the room. Yes, “Why Jesus died?” was discussed countless times. Every seminar, there must be a session involving that same theme. Why not? That’s the whole point wasn’t it? Jesus’ death on the cross was the point of salvation. But yet, it doesn’t mean that I can’t learn something new every time right? I was rather embarrassed with myself. 

As I reflected deeper on that video, these words came to my mind:

I believe everyone was like that boy. We didn’t realize how the world had shaped our mind to become so narrow and shallow. We always thought that owning everything may it be riches, successes, lovers and many other things can satisfy our heart.

For students like me, we are brainwashed almost every day that we must get straight A’s to win a bright future. For those who are working, they are motivated to get the best position and highest salary. But yet, we didn’t realize that the effort that we are putting in achieving what we thought could make life to be deeply meaningful in this world is just an empty never ending chase. In fact, when we achieve something, we become more motivated to achieve more and soon, it grows turning into greed. 
Jesus taught us how to really liveHe teaches us how to achieve life to the fullest in a simple manner and a simple heart. He taught that in order to live, we must, avoid from doing anything that came from selfish ambition or from cheap desire to boast, but be humble towards one another, and always considering others better than ourselves (Philipians 2:3-4). But yet, we must be reminded to be careful for we always thought that what we do is good in our own eyes. If we do good just to receive praise, then it will mean nothing to God. God is always pleased to give us what we want if we live our life in obedience to Him. Sometimes He wants us learn to trust Him and to wait for His answer.

Thank you Alpha Course! 
Amen.

 Fradely Brandon Amigo
(Tim Rakan Belia Remaja)

Kursus Alpha pada tahun ini merupakan penyertaan kali kedua untuk saya. Saya memutuskan untuk mengikuti Kursus Alpha tahun ini kerana saya mahu belajar lebih banyak lagi tentang biodata Yesus dan agama Kristian Katolik
Pengalaman saya yang terbaik di dalam Kursus Alpha ini ialah di mana saya diberi peluang untuk bermain muzik dan menjadi sebahagian daripada AJK dalam Kursus ini. Saya juga dapat merasai kuasa Roh Kudus apabila kami bernyanyi memuji Tuhan dan berdoa.



Saya juga berpeluang melihat video yang menyentuh hati saya, terutama sekali video orang-orang Kristian pada masa dahulu yang ditindas, diseksa dan disalib, namun mereka tetap setia dengan Yesus.



Perkara yang paling bererti bagi saya dalam program ini adalah sesi-sesi mingguan yang saya dapat belajar seperti “Bagaimana Yesus mati?”, “Kenapa Yesus mati?”, apa yang terkandung di dalam buku alkitab, tentang Roh Kudus, dosa-dosa manusia dan beberapa sesi yang selanjutnya.
Penglibatan saya dalam Kursus Alpha ini serba sedikit telah menambah pengetahuan saya tentang Yesus dan agama Kristian Katolik. Pengalaman ini tanpa disedari membawa perubahan dalam diri saya.



Saya mahu pertahankan lagi iman saya dan agama saya dan bersedia untuk menerima cabaran dari Tuhan untuk menyebarkan lagi ajarannya serta mujizatnya. Saya ingin sekali melihat dan membawa rakan-rakan saya mengikuti program ini, kerana saya tidak mahu mereka terlepas untuk merasakan keseronokan dalam mengenali Yesus dan agama Kristian Katolik dengan cara “Alpha”!
Tuhan Memberkati! Alleluia!

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent