Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 4, 2009

Ulangtahun ke - 4 pentahbisan Fr Lo sebagai paderi



SANDAKAN - Satu Misa Kesyukuran dan majils makan malam telah diadakan khusus untuk Fr Paul Lo, Pembantu Paderi Paroki Katedral St Mary, Sandakan yang merayakan ulangtahun ke - 4 pentahbisannya sebagai paderi pada 1hb Disember 2009. Tarikh sebenar pentahbisan beliau ialah pada 10hb Disember. Namun demikian, disebabkan pengakuan adven maka perayaan terpaksa dijalankan lebih awal.

Dalam khotbah beliau berkata “Menjadi seorang paderi bukanlah mudah. 5 tahun pertama menjadi paderi merupakan tahun-tahun yang amat mencabar sekali. Paderi juga adalah seorang manusia yang amat memerlukan doa-doa kalian”.

Seramai 400 umat telah menghadiri Misa Kesyukuran yang telah diadakan di Katedral St. Mary, Sandakan. Lo juga mengongsikan rasa syukur dan terima kasih beliau kepada semua yang hadir dalam misa tersebut kerana kehadiran mereka amat bermakna sekali berbanding dengan menghadiri majlis makan malam yang bakal diadakan sejurus selepas Misa Kudus.

Di kesempatan itu juga Lo memohon bantuan doa daripada semua umat yang hadir untuk selalu mendoakan beliau, Fr Thomas dan semua paderi agar mereka selalu bersemangat dan tetap setia dalam pelayanan mereka sebagai paderi.

Sejurus selepas Misa selesai, acara diteruskan dengan Makan Malam bersama umat bertempat di sebuah restoran tempatan. Mereka yang hadir terdiri daripada Yang Mulia, Bapa Uskup Julius Dusin Gitom, Fr Thomas Makajil, Paderi Paroki, MPP, MKP dan ramai lagi.

Di akhir majlis tersebut, Lo berkata “Saya amat bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan saya panggilan ini. Panggilan ini amat istimewa sekali. Kepada muda-mudi, pergilah, sahuti panggilan Tuhan dan "dare to be different" kata beliau ketika ditemuramah oleh Airene, perwakilan Soccom. - DSSC


Teks: Airene. Gambar: Bell &Sandra

2 comments:

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent