Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 21, 2009

Majlis Makan Malam TRBR







SANDAKAN. 20 Dis 2009 – ‘ Dan orang-orang bijaksana akan bercahaya seperti cahaya cakarawala, dan yang telah menuntun banyak orang kepada kebenaran seperti bintang, tetap selama-lamanya ‘ ( Daniel 12: 3 )

“ SHINE LIKE STARS “ merupakan tema bagi majlis makan malam tahunan Team Rakan Belia Remaja ( TRBR ) pada ulang tahun yang ketiga ini. Perkumpulan belia ini dihadiri ibubapa dan belia sekalian yang diadakan di dewan Paroki St.Mary.

Acara ini dimulakan dengan Pentahtaan Injil diiringi empat orang kanak-kanak yang membawa empat batang lilin adven untuk menyambut adven minggu ke - 4 pada hari tersebut. Doa pembukaan dilakukan oleh Sr.M.Lilian Unsoh fsic dan acara perasmian disempurnakan oleh. John Baptis, Pengerusi MPP.

.

Dalam ucapannya, John merenung kembali tema pertemuan pada tahun lalu, iaitu ” The Jewels of the Night ” , tema-tema ini berkaitan dengan cahaya dan berharap belia remaja Katolik dapat bersinar seperti bintang kerana belia adalah hadiah serta anugerah Tuhan kapada gerejaNya.

Seterusnya, slideshow tentang aktiviti sepanjang tahun ditayangkan sementara ibubapa dan belia menikmati makan malam. Tidak dilupakan juga , acara permainan dirancakkan oleh beberapa ahli keluarga agar dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.


Tambahan pula, persembahan bakat daripada ahli-ahli TRBR seperti menyanyi , menari , dan koir caroling ditonjolkan diiringi dengan live band. Acara memotong kek dilancarkan dengan menyambut hari jadi remaja yang hari jadi mereka jatuh pada bulan Disember, Adven , kesyukuran , Krismas dan ulang tahun ke-3 TRBR.

Perkumpulan malam tersebut diakhiri dengan nyanyian lagu tema TRBR , 'Jangan Pernah Berhenti MencintaiMu' dan doa penutup dipimpin oleh Airene Anne. Sementara itu, temu bual juga dijalankan ke atas Sr.M.Lilian ( Spiritual director TRBR) , Mark N. Michael Lai ( Pengerusi TRBR ), Hildi Poili dan Gloria ( ibubapa).

Saya berasa sangat gembira kerana segalanya berjalan lancar. Saya berharap semua ahli TRBR yang hadir akan memastikan perkumpulan ini diteruskan dan dimantapkan lagi. Saya juga berharap aktiviti seperti ini dikekalkan dan dijadikan acara tahunan kerana aktiviti seumpama ini dijadikan landasan bagi remaja bertemu dalam suasana penuh dengan keriangan' kata Sr.Lilian.

Mark memanjatkan syukur kepada Tuhan kerana majlis makan malam selesai dengan sempurna. Saya amat bangga terhadap perkumpulan ini dan berharap TRBR dapat terus berkembang dan bersatu. Akhir kata agar kita semua menyinar seperti bintang selaras dengan pembacaan Daniel 12 : 3.

' Sebagai ibubapa, saya berasa gembira atas penganjuran TRBR pada tahun ini. Ini kerana Parioki sangat mengharapkan belia di gereja kita menonjol dalam aspek kepimpinan. Namun, harapan saya adalah semua ibubapa dapat menyokong perkumpulan ini dan ahli TRBR bekerjasama antara satu sama lain' kata Hildi Poili.

' Saya berasa senang hati kerana dapat menghadiri aktiviti seperti ini yang mempunyai perubahan berbanding tahun lalu. Saya bersyukur atas penyertaan anak-anak saya dalam TRBR ini dan pergaulan mereka amat digalakkan dalam konteks Kristian dan bukannya terpengaruh dengan gejala sosial,' kata Gloria.

Teks : Miriam Lee & Gambar : Bell

1 comment:

  1. such a "WOW" dinner, I guess...:D
    congrats to all who were involved...
    keep it up, belia2 semua!

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent