Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 23, 2009

'Carol by Candlelight' di St Dominic Lahad Datu


Lahad Datu, 20 Dec - Lagu-lagu Natal berkumandang di persekitaran Gereja St Dominic yang dinyanyikan dengan lantang oleh para penyanyi karol dari setiap KKD Paroki St Dominic pada malam berlangsungnya "Carol By Candlelight" ini.

Dataran gereja St Dominic menjadi lokasi pilihan untuk mengadakan aktiviti ini dan dihadiri oleh lebih 500 umat termasuklah dari outstasi-outstasi.


Sebanyak 24 KKD mengambil bahagian dalam aktiviti ini dan telah mempersembahkan lagu-lagu natal mereka dengan penuh semangat dan menghiburkan.


Lagu "Selamat Hari Jadi Yesus" dinyanyikan dan acara pemotongan kek hari jadi dilakukan oleh Rev Fr Simon Kontou dan Rev Fr Jasery Gabuk.


Sebagai mengakhiri aktiviti tersebut, lilin dinyalakan dan diedarkan kepada semua umat yang hadir pada malam itu sebagai tanda sinarnya cahaya Kristus.


Teks : Shirley Yong

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent