Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, December 10, 2009

100 ahli Koir dari Katedral St Mary



Persembahan Koir Katedral St Mary, Sandakan


Sandakan – “Damai, Sejahtera, Kasih Kesukaan Besar untuk Semua” merupakan tema bagi Perayaan Karoling Krismas Gabungan Gereja-gereja Sandakan yang telah diadakan baru-baru ini bertempat di Dewan Yu Yuan.

Ahad, 6hb Disember 2009 menyaksikan 1800 umat Kristian pelbagi denominasi di Sandakan memenuhi dewan tempat acara ini diadakan yang dianjurkan sekali setahun.

Kali ini, penyertaan daripada Katedral St. Mary adalah yang terbesar sekali iaitu 100 orang ahli koir terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan bahasa dan mengenakan pakaian tradisi mengikut suku kaum yang terdapat di Malaysia, khususnya di Sandakan. Mereka mendendangkan lagu-lagu Krismas dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Kadazan dan Tagalog.

Penyelaras persembahan ialah Ferdee Mariano dan koir ini telah dipimpin bersama oleh Cristopher Aban (selaku konduktor koir), Michael Lai dan Romeo Cordova.

Fr. Thomas Makajil, Paderi Paroki Sandakan memulakan acara tersebut dengan memimpin doa pembukaan di mana beliau mendoakan para pemimpin gereja dan kesatuan di antara umat-umat Kristian di Sandakan.

Ferdee Mariano dalam temubual sebaik sahaja selesai giliran mereka berkata, 'Saya amat bersyukur kerana atas kurnia dan berkat Tuhan, segala rancangan, persiapan, persediaan serta pelaksanaan persembahan pada malam ini dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.'

Christopher mengongsikan pengalaman beliau menjadi pemimpin koir.“Memandangkan ahli-ahli koir yang terdiri daripada pelbagai bangsa, saya menghadapi sedikit masalah dalam komunikasi. Berdepan dengan 100 orang anggota dalam koir, adalah sukar untuk membuat keputusan, kerana masing-masing ada ideanya sendiri.”

Tambah beliau “Pengalaman peribadi saya ialah dalam menghadapi masalah dan cabaran untuk perayaan ini, iman saya diteguhkan terutama sekali mempercayai kehadiran Yesus dan segalanya diperbolehkan olehNya.”

Komiti Gabungan Gereja-gereja Kristian Sandakan dianggotai oleh 12 gereja. Karoling Krismas ini telah disertai oleh lapan gereja Kristian di mana persembahan pertama dibawa oleh Gereja Basel, diikuti dengan Gereja SIB – Kumpulan Bahasa Malaysia. Persembahan seterusnya dibawa oleh Kalvari Karismatik dengan kostum ‘cowboy’, dan Gereja Methodist diwakili oleh Koir Bahasa Cina.

Acara lain yang diadakan ialah ‘Love Offering’ dimana hasil kutipan akan disalurkan kepada badan-badan amal dan ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan Pastor Dr. Henry Pillai mewakili Gereja ‘Assemblies of God’ dari Kuala Lumpur.

Patrick Seah, Perwakilan Gereja Katolik ke Komiti Gabungan Gereja-gereja Kristian Sandakan ketika ditanya berikut respon yang diberikan “Respon yang diberikan adalah diluar jangkaan saya. Persembahan profesional daripada Kumpulan Koir Katolik kita amat menepati suasana Krismas kerana lagu-lagu yang dibawa adalah mengikut ‘original tune’.”

Semasa giliran Gereja Katolik membuat persembahan, Fr. Thomas Makajil turut bernyanyi bersama-sama dan rasa amat kagum bahawa peserta-peserta pelbagai bangsa dan keturunan dapat beryanyi bersama dalam pelbagai bahasa dengan amat baik.

Teks: Airene

Gambar: Alex Tai & Terrence Ngui


No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent