Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, December 27, 2009

Konsultasi Belia St Martin, Telupid


TELUPID – Tim Pelayanan Belia Paroki (TPBP) telah menganjurkan Konsultasi Belia pada 11 hingga 13 Disember 2009, bertempat di gereja St Martin. Konsultasi ini adalah yang pertama kali dilaksanakan di paroki.


“Jadilah saksiKu” adalah tema yang dipilih telah menghimpunkan seramai 70 belia dan beliawanis yang datang mewakili setiap chapel.

Perayaan ekaristi oleh Paderi Paroki Fr. Marcellinus Pongking merupakan pembuka tirai perhimpunan ini.

“Sebagai Paderi Paroki, beliau sangat berharap agar konsultasi ini dapat mencapai objektifnya disamping dapat menyuntik semangat kepada para belia untuk menerima panggilan sebagai saksi Krisrus dan ‘bekerja diladangNya”, kata Fr Marcellinus.

Obektif utama Konsultasi Belia ini adalah untuk menyegarkan dan mengukuhkan iman belia, selain bertujuan untuk membincangkan isu-isu belia semasa yang berlaku di sekitar paroki.
Dan perhimpunan ini juga merupakan kesinambungan SYD-2 (Post-SYD2) yang telah dilaksanakan di St. Peter Claver, Ranau, tahun lalu”, jelas Hildy Albert selaku koodinator TPBP.

Beliau turut menyampaikan ceramah “Jadilah saksi Kristus: Refleksi perjalan misionaris Rasul Paulus dari perspektif kehidupan seorang belia”. Yang antara lain mendedahkan latar belakang Rasul Paulus dan peranannya di dalam menyebarkan injil dalam era kekristianan awal dengan mengambil contoh perjalanannya di Efesus.

Seminarian Richard Dennis telah menyampaikan katekesis sesi pertama mengenai sejarah penciptaan manusia, manusia jatuh ke dalam dosa, mengapa manusia perlu diselamatkan dan rencana penyelamatan Allah tehadap manusia melalui nabi-nabinya.

Dan disusuli pada sesi kedua mengenai kedatangan Yesus yang menghapuskan dosa-dosa manusia. Turut diselitkan dalam katekesis tersebut, peranan rasul Paulus dalam menyebarkan injil (menjadi saksi Kristus) kepada orang bukan Yahudi (Gentiles).

Sesi seterusnya yang bertajuk “Youth Mentoring Youth” di sampaikan melalui bengkel oleh pengerusi MPP, Albert Matusin. Dalam sesi ini, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan peserta diberi peluang untuk mengenal pasti pelbagai isu, mengemukakan harapan, dan tindakan yang akan diambil di setiap chapel.

Dalam kesimpulanya, pengerusi MPPT menekankan akan pentingnya untuk menetapkan visi dan mencabar belia dari setiap luar stasi untuk menetapkan visi mereka sendiri yang perlu dicapai dalam tempoh enam bulan bermula tahun hadapan.

Turut diadakan sesi dialog antara TPBP dengan wakil dari setiap luar stasi. Dalam sesi tersebut pelbagai cadangan dan komen yang telah diberikan untuk dijadikan panduan dalam melaksankan program belia yang seterusnya.

Pada masa tersebut juga, koordinator telah mengumumkan senarai nama 12 orang ahli TPBP yang baru dan lima orang ahli baru telah di pilih bagi menggantikan ahli yang sudah berkerja di tempat lain dan tidak dapat menyertai TPBP.

Koordinator mengharapkan, dengan kehadiran ahli baru ianya mampu memantapkan lagi pengurusan TPBP di peringkat paroki Telupid. Di akhir rumusannya, koordinator menyeruh kepada setiap wakil outstasi agar mengutamakan pembentukan iman belia dalam setiap program yang dijalankan di chapel masing-masing.

Laporan oleh: Hildy/Erik (SOCCOM)

Foto oleh: Mainsun Saat

1 comment:

  1. Belia SMC Telupid pasti boleh. Boleh kerana ikatan teguh berpusatkan Yesus Kristus. Teruskan kerja-kerja anda kalian demi Allah Bapa kami di Syurga. Amen!!

    ReplyDelete

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent