Sandakan - Pada 7 Julai 2017 yang lalu, pelayan belia sepenuh masa Keuskupan Sandakan dengan kerjasama beberapa ahli Kerasulan Belia Paroki dari Katedral St Mary Sandakan telah meluangkan masa bersama pelajar - pelajar Kristian di SMK Elopura. Seramai 60 orang pelajar kristian dari berlainan dominasi yang menetap di asrama telah mengikuti pertemuan
ini.
Mari berkenalan antara satu dengan yang lain |
Pertemuan
selama 2 jam ini dimulakan dengan pembahagian peserta kepada 10 kumpulan. Games
capture the moment merupakan aktiviti pertama. Permainan ini bertujuan untuk mengasah kreativiti para
pelajar dan kerjasama antara mereka terserlah melalui aktiviti ini. Para pelajar kemudiannya diajak bersama dalam menyanyikan beberapa lagu dan berdoa.
Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk mengalami sukacita Tuhan. Maka dengan itu, para pelajar diajak untuk berkongsi dalam kumpulan masing-masing mengenai sukacita yang perolehi sepanjang pertemuan dan mengekpreskannya dalam satu perkataan atau ayat. Ada yang
mengatakan “Alleluia”, “Amen”, “Harapan” dan banyak lagi. Semuanya berdasarkan kepada pengalaman yang mereka alami pada masa itu.
Perkongsian antara sesama |
Gambar kenangan bersama |
No comments:
Post a Comment