Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 10, 2017

MALAYSIAN CATHOLIC CAMPUS STUDENTS' DAY (MCCSD) 2 2017 - Hari Keempat

MCCSD 2 hari ke empat ini telah bermula seawal jam 7 pagi, semua peserta berkumpul di dewan The Risen Christ untuk bersarapan bersama. Pada hari yang ke empat ini semua peserta membawa barang mereka masing-masing kerana mereka tidak lagi akan kembali ke rumah keluarga angkat. 

Setelah selesai sarapan, program diteruskan dengan Praise and Worship yang dipimpin oleh peserta dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu. Sesi Formasi pertama pada hari itu adalah sesi yang disampaikan oleh Sr. Terry Loukang, fsic berkenaan dengan isi surat Bapa Suci Paus Francis berkenaan 3 tema Marian untuk World Youth Day bagi tempoh 3 tahun (2017, 2018, 2019).


Sr. Terry Loukang, fsic sedang menyampaikan sesinya berkenaan 3 Tema World Youth Day
Untuk Sesi Formasi 2, Bapa Uskup Agung Simon Poh dari keuskpan Agung Kuching berkongsi mengenai halangan dan cabaran belia masa kini. Sebelum memulakan sesi, Bapa Uskup Agung Simon Poh mengingatkan para peserta untuk terlebih dahulu jatuh cinta pada Yesus. Beliau kemudiannya menjemput para peserta untuk menyenaraikan cabaran-cabaran yang menghalang belia untuk bergiat aktif dan hidup sebagai seorang Katolik sejati. Cabaran - cabaran ini telah diambil Bapa Uskup untuk dibawa ke Sinod Para Bishop yang turut membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh para belia masa kini di Roma pada tahun hadapan.

Bapa Uskup Agung Simon Poh sedang menyampaikan sesi beliau

Sesi yang seterusnya disampaikan oleh Fr Stanley untuk Sesi Pembentukan 3 iaitu mengenai iman para belia. Fr Stanley menunjukkan jenis-jenis keimanan dan menerangkan apakah itu iman Katolik melalui mata seorang manusia. Fr Stanley banyak mengongsikan pengalaman beliau sendiri termasuklah bagaimana beliau terpanggil untuk menjadi seorang paderi. Fr Stanley menekankan bagaimana belia kurang menghayati cinta kasih dalam kehidupan seharian dan banyak berlaku ketidakadilan dalam kehidupan. Perkongsian Fr Stanley banyak menyentuh realiti gaya hidup belia yang sering terlibat dalam masalah sosial. 

Rev. Fr. Stanley Antoni, merupakan Rektor bagi College General, Pulau Pinang
Selepas selesai, para peserta bersedia untuk makan tengahari dan berehat. Bagi peserta yang tidak berkesempatan untuk membuat pengakuan dosa pada hari sebelumnya, mereka masih berpeluang untuk melakukannya sebelum bergerak ke Gereja St Francis Xavier. Selepas makan tengahari, peserta mengambil gambar dan membersihkan kawasan gereja dan dewan yang digunakan sepanjang sesi dan aktiviti sebelum meninggalkan Gereja Risen Christ.


Setelah tiba di St. Francis Xavier Church, peserta Sabah dan Sarawak berkumpul bersama dengan peserta dari Keuskupan Semenanjung Malaysia untuk merayakan Vigil Mass. 


Misa Vigil ini telah dirayakan oleh Bapa Uskup Bernard Paul, Uskup Keuskupan Melaka - Johor


Sejurus selepas misa, sesi penyembuhan diadakan bagi semua peserta - peserta yang hadir.
Setelah selesai sahaja makan malam para peserta bersiap sedia untuk adorasi yang diadakan di kawasan pentas dihadapan Gereja St. Francis Xavier selama satu jam. Adorasi ini telah dipimpin oleh Rev. Fr. Joshua Liew. Berakhir sahaja Adorasi, para peserta menyertai Youth Festival yang dikendalikan oleh Keuskupan Agung Kuala Lumpur. Para peserta akan bersama - sama dalam konsert sehingga tengah malam dan diikuti dengan aktiviti Doa Taize,  perkongsian dari peserta dan bertukar - tukar hadiah antara sesama peserta. Sesi vigil ini berterusan sehingga doa pagi pada jam 5.00 pagi.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent