Jadilah Garam dan Terang Dunia (Matius 5 : 13-15)
Tanggal 27 Jun 2017 merupakan hari kelima dan hari terakhir bagi MCCSD 2 yang telah berlangsung di Keuskupan Pulau Pinang. Hari terakhir itu telah dimulakan dengan doa pagi “Lauds” dan kemudiannya disusuli dengan sarapan pagi. Sejurus selepas itu, para peserta bersiap-siap dan bergerak ke Cathedral Of Holy Spirit bersama dengan kumpulan masing-masing untuk menghadiri Misa Penutupan MCCSD 2 2017.
Perarakan masuk lambang keuskupan masing - masing (Kuching, Sibu, Miri, Keningau. Kota Kinabalu, Sandakan, Kuala Lumpur, Melaka - Johor, Pulau Pinang) |
Perarakan masuk Bonda Maria |
Misa Penutup MCCSD 2 telah diselebrankan oleh, Bapa Uskup Sebastian Francis, Uskup Keuskupan Pulau Pinang. Dalam homilinya, Bapa Uskup Sebastian menegaskan bahawa, “Kamu (para peserta MCCSD 2) merupakan garam dan terang dunia. ( Mat 5: 13-15)”. Bapa Uskup mengingatkan bahawa, gereja memerlukan orang muda untuk melakukan dan melaksanakan misinya bukan kerana kamu (para peserta) layak tetapi kamu adalah seorang wounded healer. Bapa Uskup menyeru kepada semua peserta agar menyahut seruanNya dalam menjalankan misi kerana katanya "... You are the disciples of today, You are the prophets of today".
Semasa persembahan ke altar, setiap keuskupan telah mempersembahkan simbolik yang terdapat di keuskupan masing-masing. Keuskupan Sandakan telah memilih patung Urang Utan sebagai simbolik yang sungguh sinonim dengan flora dan fauna dan membawa makna bahawa semua orang dipanggil untuk menjaga dan memelihara alam sekitar yang telah diamanahkan oleh Tuhan kepada umatNya.
Diakhir Misa, Rev. Fr. Simon Anand selaku Kordinator Program MCCSD 2 ini sekali lagi menekankan kembali maksud tema MCCSD 2 dan aktiviti-aktiviti yang berlangsung selama 5 hari. Dalam kesempatan ini juga, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penganjuran MCCSD 2. Selepas ucapan daripada Rev. Fr. Simon Anand, setiap keuskupan diberikan ‘Statue Our Lady of the Jubilee’ iaitu sebagai tanda penghargaan dari pihak penganjur.
Fettwinda Sipaan selaku wakil Keuskupan Sandakan menerima Statue of Our Lady of Jubillee |
Sebelum berkat akhir, BapaUskup Agung Simon Poh mengumumkan tuan rumah bagi MCCSD 3 pada tahun 2019 ialah Negeri Sabah Dibawah Bayu. MCCSD 2 diakhiri dengan sesi bergambar dan makan tengah hari. Setelah itu, semua peserta bersiap-siap untuk balik ke tempat masing-masing.
Gambar kenangan semua peserta MCCSD 2 bersama para Uskup, para paderi dan religious
Peserta peserta dari Sabah |
Peserta - peserta dari Keuskupan Sandakan |
Perkongsian dari Maureen Joy P. Kinsung dari Paroki St. Dominic, Lahad Datu
It is an honor to represent Sandakan Diocese in this MCCSD2 since most of us are graduates. Yet our spirit and eagerness lives on like campus students, even if our energy is no longer that 'young'. Upon reaching the venue, all those memories of being a student constantly hit me. The feeling of "worry free" and enjoying every moment was there. Away from all the worldly responsibilities.
The most touching moment throughout the 5 days program have is the mission work. Our group's mission is to clean and to have a fellowship with the retired Infant Jesus’ Sisters at IJ Sisters Home, Balik Pulau. I am able to see the different side of my busy world, and able to feel their loneliness and at the same time experience how big their heart is. Their warm hugs during welcoming us make me feel like I wanted to spend more time with them, to listen to their inspiring stories about their journey in serving God.
One thing that I learned during MCCSD2 and I wanted to share in my parish is the joy of serving God. I can relate this with the IJ sisters. Fr. Stanley shared that we can see the religious’ smile and from there we would know how joyful they are. Then it strikes me, that I never saw a gloomy religious. All that I met are full with warm smiles that makes me wanted to know them more, especially the IJ sisters. From this I learned that if I really serve God with all my heart and without expecting anything in return, the joy will all show up in my face. With that, I wanted to share this with the youth at the parish I am serving. I wanted them to feel the joy and satisfaction in doing something for God.
Finally I feel so thankful that I’ve been given this opportunity to see new people, to gain new knowledge, to feel the presence of God in every one that I meet and to know that with God, all things are possible. I’ve learned so much from these 5 days and I still feel like there is more to explore.
Perkongsian dari Martinus Simon dari Paroki St. Dominic, Lahad Datu
Secara peribadi, saya rasa macam-macam perasaan yang menyerlah dalam hati saya semasa mengikuti Program MCCSD 2 ini. saya boleh gambarkannya seperti orang yang sedang menyusun bata untuk membuat rumah. Satu hari sedikit demi sedikit bata disusun dan makin bertambah setiap hari, begitu jugalah perasaan saya. Pada hari terakhir program perasaan saya dipenuhi dan saya berasa dimaafkan. Sudah tentu banyak perkara yang menyentuh, tetapi bagi saya secara peribadi saya tidak akan pernah lupa perasaan dimaafkan. Semasa pergi pengakuan, sesuatu terjadi kepada saya dan saya tidak akan lupa perkara itu. Ia sangat menyentuh saya.
Apabila saya kembali ke paroki, saya ingin mewartakan penginjilan. Saya sangat tertarik dengan pengisian bersama Catholic Campus Outreach (CCO). Pada masa itu, mereka berjaya menyedarkan saya bahawa setiap Katolik bertanggungjawab dalam menjalankan penginjilian. Mereka juga mengongsikan perkara utama untuk berkongsi iman atau ‘transmitting the faith’ yang saya rasa sangat-sangat berguna. Oleh itu, saya akan bawa ini ke paroki saya dan kongsikan kepada mereka bahawa identiti yang paling dalam sebagai seorang Katolik adalah penginjilan.
Saya rasa sangat bersyukur kerana sedikit sebanyak iman saya diteguhkan, ditambah dan diperbaharui. Saya bersyukur untuk semua orang yang saya temui di MCCSD2 kerana saya dapat melihat wajah-wajah mereka sebagai wajah Yesus dan itu juga membuat saya merasai KEGEMBIRAAN di dalam saya membuak-buak.
Saya juga ingin bersyukur kerana harapan yang saya bawa sebelum MCCSD 2 telah dipenuhi. Syukur Tuhan. Thank You Jesus!
No comments:
Post a Comment