“ Menebar Ke Tempat Yang Dalam (Lukas 5 : 4)“
Hari ketiga mengikuti program MCCSD 2 di Pulau Pinang dimulakan dengan ketibaan para peserta dari rumah keluarga angkat masing-masing, menikmati sarapan pagi dan seterusnya diikuti dengan doa pagi serta recap daripada program yang telah berlangsung selama dua hari MCCSD 2 dijalankan.
Seterusnya, keakraban para peserta yang berada di Gereja Risen Christ dapat dilihat dalam mini game yang telah dijalankan secara berkumpulan. Mini game tersebut telah melahirkan sikap saling bekerjasama, saling mempercayai serta meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan peserta. Diakhir mini game tersebut, peserta daripada Keuskupan Sandakan dan Keningau telah mengetuai sesi pujian dengan lagu Tsuga Tsuga.
Sesi Duc In Altum iaitu sesi tentang memperdalamkan iman (Lukas 5:4) telah disampaikan oleh Catholic Campus Outreach (CCO) yang berasal dari Kanada. CCO ialah sebuah organisasi di Kanada yang menjangkau para mahasiswa dan mahasiswi untuk lebih mendalami dan memahami serta berkongsi pengalaman kepada mereka yang belum mengalami kasih Yesus.
Minerva selaku penyampai sesi Duc In Altum |
Salah seorang ahli CCO yang menyampaikan pengongisiannya dengan Yesus |
Minerva selaku penyampai sesi dalam Duc In Altum ini turut menyatakan bahawa, untuk melayani dan menyebarkan kasih Tuhan Yesus kepada orang lain, kita memerlukan Yesus sebagai pembimbing serta hubungan yang sangat dekat denganNya sebagai sumber kekuatan kita dalam pelayanan. Sesi ini juga mengongsikan empat elemen penting dalam mengongsikan kasih Tuhan iaitu, Present Kerygma, Using the relationship diagram, asking question, invite and pray. Sebuah buku kecil “The Ultimate Relationship” telah diberikan kepada semua peserta untuk lebih memudahkan para peserta memahami inti perkongsian dalam sesi Duc In Altum. Selepas sesi Duc In Altum berakhir, semua peserta menikmati makanan tengah hari dan seterusnya mengikuti Sakramen Pengakuan Dosa bagi mereka yang memerlukan.
Misa dirayakan oleh Bapa Uskup Agung Julian Leow |
Sekitar jam 3.30 petang, semua peserta dari Gereja Risen Christ bersiap dan berangkat ke Gereja Our Lady Of Sorrow untuk menghadiri Misa Kudus. Dalam homili Misa Kudus yang telah diselebrankan oleh Uskup Agung Julian Leow, Bapa Uskup telah berpesan agar sentiasa mengandalkan kuasa Tuhan walaupun kita sering kali berasa tidak berharga, tidak berguna apatah lagi tidak dipedulikan. Bapa Uskup Julian Leow juga mengajak semua peserta dan umat yang hadir agar, sepanjang perarakan Sakramen Maha Kudus dari Gereja Our Lady Of Sorrow ke Gereja St. Francis Xavier supaya tekun berdoa agar sepanjang perjalanan diberkati dengan rahmat Tuhan.
Perarakan berakhir di Gereja St Francis Xavier |
Selepas perarakan Sakramen Maha Kudus, para peserta menikmati hidangan makan malam sebelum beredar ke lokasi masing-masing untuk berehat.
No comments:
Post a Comment