Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, July 12, 2017

Lawatan KWK Keuskupan Sandakan dan Penubuhan Rasmi KWK Di Misi Paitan

Oleh Cecelia D’Souza

SANDAKAN: Kerasulan Wanita Katolik (KWK) Keuskupan Sandakan telah mengadakan lawatan ke St. Francis of Asisi, Sukang, Paitan pada 9hb Julai 2017. Seramai 97 ahli telah mengikuti lawatan ini yang diwakili 5 paroki iaitu Sandakan, Tawau, Lahad datu, Telupid dan Beluran. Lawatan ini merupakan antara acara besar KWK yang diketuai oleh Ketua Penyelaras Keuskupan Sandakan, Puan Cecelia D’Souza. Turut menyertai lawatan ini ialah Sr. Appllonia Gumpu, fsic.
Dalam perjalanan ke St. Francis, Sukang, Paitan
Mengagihkan sumbangan berbentuk makanan ringan kepada kanak-kanak
Objektif utama lawatan ini ialah bersuai kenal dan beramah mesra antara satu sama lain. Selain itu juga bertujuan menubuhkan Kerasulan Wanita Katolik di St. Francis, Sukang.
Setibanya di St. Francis, Sukang, En. Willie selaku Pengerusi Komiti Umat Katolik Paitan telah mengalu-alukan kedatangan rombongan KWK dengan penuh sukacita. Misa kudus telah dijalankan pada jam 9.00 pagi yang diselebrankan oleh Rev. Fr. Thomas selaku paderi Misi Paitan. Diakhir misa kudus, Puan Cecelia diberi peluang untuk menyampaikan ucapan. Dalam ucapan, beliau mengucap syukur dan terima kasih kepada semua ahli KWK di St. Francis atas kesudian serta layanan mesra yang diberikan kepada semua ahli yang datang melawat.  Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Rev. Fr. Thomas kerana sudi menerima kedatangan ahli KWK yang begitu ramai ke St. Francis sehingga lawatan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Di dalam ucapan Fr. Thomas mengatakan “Lawatan ini telah membuka mata umat disini terutama sekali bagi kaum wanita. Saya percaya mereka terinspirasi untuk melayani sebaik yang mereka mampu.”
Gambar bersama KWK Misi Paitan
Penerangan Garis Panduan oleh Puan Cecelia
Selepas berakhirnya misa kudus, semua ahli kwk dijemput ke dewan untuk mendengarkan penerangan tentang garis panduan KWK yang diterangkan oleh Puan Cecelia. Pada masa yang sama, KWK induk Misi Paitan berjaya ditubuhkan dengan melantik Puan Suzie Paulus selaku Pengerusi KWK Paitan. Acara seterusnya disusuli dengan makan tengahari. Selepas itu, penyampaian cenderahati telah disampaikan kepada Rev. Fr. Thomas. Acara terakhir iaitu persembahan tarian tradisi dan semua ahli dipelawa untuk menari bersama. Lawatan berakhir pada jam 2.30 petang.
Penyampaian cenderahati kepada Rev. Fr. Thomas Makajil
Rombongan diajak untuk menari tarian tradisional

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent