Disediakan oleh Linus Sondungan
Gambar oleh Martin Celestine & Linus Sondungan
SUNGAI MANILA, SANDAKAN - Setiap gereja pasti mempunyai hasrat dan impian untuk
memiliki grotto Bonda Maria sendiri sebagai tempat untuk berdoa dan tanda
penghormatan kepada Bonda Maria. Pada awal tahun
2016, telah tercetusnya idea asal dari sdra Albert Majin, untuk membina sebuah
grotto bersaiz sederhana. Idea tersebut telah diajukan dan disuarakan kepada
umat yang lain dan telah mendapat respon yang positif.
Namun demikian, setelah melakukan
perbincangan, akhirnya kata sepakat sudah dimeterai. Ahli Jawatankuasa Pembinaan Grotto
juga sudah dibentuk bagi menguatkan lagi impian seluruh komuniti gereja ini.
AJK PEMBINAAN GROTTO GEREJA ST PETRUS
Pengerusi
: Sdra. Albert Majin
Setiausaha : Sdra. Linus Sondungan
Bendahari
: Sdri. Lidwina Vibis
AJK : Sdra. Celestine Sondungan
Sdra. Sius
Sdra. Yohanes
Sdra. Edward Jokirim
Sdra. Jood Gompin
Sdra. Janarius Majin
Sdra. Martin Celestine
Sebagai gambaran awal pembinaan grotto,
lakaran kasar grotto yang telah disiapkan oleh sdra Martin Celestine dan sdra
Emmanuel Ivan telah memberi gambaran awal akan bentuk grotto tersebut, bersaiz
sederhana dan menarik, jika ia dilihat dari pandangan atas, ia menyerupai
seperti Piala dan Roti.
Dana atau sumbangan telah diterima dari
individu-individu atau pungutan menjadi medium bagi penyediaan peralatan dan
keperluan. Bahan asas seperti simen, batu bata dan pasir dibeli sebagai langkah
permulaan. Anggaran harga keseluruhannya berjumlah RM1500. Bersesuaian dengan
saiznya yang sederhana, pembinaan telah dibuat sepenuhnya hasil dari kerjasama
dan gotong-royong dari umat Gereja St Petrus sendiri tanpa mengupah mana-mana
kontraktor dari luar.
Kedua-dua gambar diatas menunjukkan kerjasama umat dalam proses
pembinaan grotto.
|
Proses pembinaan grotto telah mengambil masa
kurang daripada 2 bulan untuk disiapkan di mana pembinaan secara gotong-royong
dijalankan pada setiap hari Sabtu yang diketuai oleh sdra Albert Majin dan
dibantu oleh sdra Celestine Sondungan dan umat lain yang turut hadir membantu.
Hasil grotto yang sudah
siap dibina
|
Akhirnya,
grotto tersebut telah siap sekitar bulan Mei yang lalu, namun tidaklah lengkap
tanpa adanya pemberkatan. Sebagai persediaan untuk pemberkatan grotto, umat
Gereja St Petrus telah mengadakan Doa triduum
selama 3 malam demi kelancaran pemberkatan grotto.
Perasmian
dan pemberkatan Grotto Bonda Maria Gereja St Petrus telah dilaksanakan pada 25
Jun 2017 yang lalu dan telah diberkati oleh Rev Fr Christopher Ireneus sebaik
sahaja selepas Misa Kudus. Hari yang bersejarah selama 40 tahun gereja ini
berdiri teguh akhirnya telah dilengkapi dengan adanya grotto.
Antara gambar-gambar
perjalanan perasmian dan pemberkatan grotto baru Gereja St Petrus oleh Rev. Fr
Christopher.
|
Hasil grotto baru Gereja
St Petrus setelah diberkati
|
Melalui
pembinaan grotto baru tersebut, diharapkan dapat digunakan sebagai satu
anugerah Tuhan untuk umat St Petrus Sungai Manila untuk lebih mendekati Bonda Maria melalui doa-doa novena, devosi mahupun doa dalam bentuk apa jua pun. Semoga Allah yang
Maha Pengasih, berkenan menerima doa umat setempat, memberikan mereka kasih yang
menyelamatkan, pengharapan yang tidak mengecewakan dan iman yang memindahkan
gunung melalui perantaraan Bonda Maria. Sekalung penghargaan dan ribuan terima
kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam pembinaan grotto baru
ini terutamanya Bapa Uskup Datuk Julius Dusin Gitom yang telah memberi
kebenaran dan meluluskan pembinaan grotto ini dan Rev Fr Christopher Ireneus
yang telah sudi memberkati grotto. Puji Tuhan! Semoga Tuhan memberkati kita
semua.
Terima kasih atas kerjasama semua.
ReplyDeleteTerima kasih atas kerjasama semua.
ReplyDelete