Tawau: Pada 1 Julai 2017 yang lalu seramai 550 orang belia dan ibu bapa telah membanjiri dewan Katolik Holy Trinity untuk menyaksikan Konsert Move 1.0. Konsert yang pertama kali diadakan ini bertemakan “Bergerak! Dengarkan Suara-Ku” yang dipetik dari Injil (Yoh 10 : 16) dan telah berlangsung selama 2 jam setengah iaitu dari jam 7.30pm hingga 10.00pm.
Penganjuran konsert ini adalah daripada hasil tuaian buah perayaan SYD-4 yang diadakan di Tawau pada bulan Jun tahun lalu (2016). Suatu cetusan idea timbul di kalangan belia untuk menganjurkan konsert yang boleh menarik belia di paroki ini. Kemudian beberapa orang belia daripada Komiti Pastoral Indonesia (KPI) telah bersepakat untuk menjayakan konsert ini. Maka terbentuklah satu tim yang dipengerusikan oleh saudara Henry Roy dan dibantu oleh saudara Hermanus Yohanis. Kertas kerja penganjuran konsert telah dibentangkan kepada paderi paroki Monsignor Nicholas Ong dan Majlis Pastoral Paroki (MPP). Setelah mendapat kebenaran pihak gereja, maka tim penganjur telah berusaha keras selama beberapa bulan dengan kerjasama daripada Kerasulan Belia Paroki (KBP) untuk membuat persiapan konsert tersebut. Beberapa orang belia telah diserap masuk menjadi AJK ataupun Krew secara sukarela untuk membantu tim penganjur dalam penganjuran konsert tersebut. Sebagai contoh, terdapat krew yang membantu dalam tugasan bahagian promosi, pendaftaran, keselamatan, PA sistem, hiasan pentas, juruacara, urus setia, penyediaan tempat, kebersihan, soccom dan pencatit laporan.
Objektif bagi penganjuran konsert ini adalah agar para belia dapat disentuh dan dijangkau melalui lagu-lagu rohani. Program seperti ini juga boleh dijadikan satu platform kepada belia paroki untuk menonjolkan bakat mereka dalam bidang muzik, nyanyian dan tarian sebagai salah satu bentuk pelayanan di gereja. Oleh itu, secara tidak langsung, program ini dapat mencetus semula semangat pelayanan bagi belia yang telah lama meninggalkan pelayanan mereka.
Sehubungan dengan itu, tim penganjur berusaha keras untuk mengumpulkan dana penganjuran konsert MOVE dengan mengadakan aktiviti jualan minuman, jualan t-shirt dan jualan tiket-tiket konsert yang berharga RM15.00 sekeping. Promosi juga telah giat dijalankan di beberapa buah stasi luar untuk menjangkau para belia di stasi luar untuk mengambil bahagian dalam konsert ini.
|
Tim penganjur berusaha mencari dana sebelum Konsert |
Dalam persiapan menuju Konsert ini, para peserta yang terlibat dalam nyanyian, muzik dan kumpulan tarian juga telah menjalankan latihan secara intensif selama hampir 2 bulan untuk menjayakan persembahan konsert Move. Doa Triduum selama 3 hari telah diadakan oleh pihak tim penganjur dan semua krew yang terlibat sebagai persiapan rohani dan intensi kejayaan bagi konsert amal ini.
|
Latihan nyanyian, musik dan tarian |
Konsert Move ini turut dihadiri belia-belia daripada stasi luar antaranya Bombalai, St.Francis Bt.8, Ladang Pinang, dan St.Stephen Tass. Rakan-rakan belia dari Kunak, Lahad Datu, Sandakan dan Kota Kinabalu juga sanggup datang dari jauh untuk menghadiri konsert Move ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan belia daripada dominasi gereja lain yang turut hadir dan memberikan sokongan. Antaranya adalah gereja Anglican, Basel, Calvary dan Bethany. Semasa hari konsert, suasana meriah dan teruja menghiasi wajah semua peserta konsert yang hadir pada malam itu. Bukan itu sahaja, suasana konsert lebih meriah lagi dengan kehadiran Monsignor Nicholas Ong sebagai Rektor Paroki, Father Philip Muji sebagai Pembantu Rektor, Brother Raymond Lee, segelintir ahli Majlis Pastoral Paroki (MPP) dan ahli-ahli Komiti Pastoral Indonesia yang sentiasa membantu dan memberi sokongan dalam penganjuran konsert ini.
|
Penonton yang hadir |
Konsert dimulakan dengan persembahan secara acapella daripada belia komuniti Tukad. Alunan suara pujian
yang merdu dan harmoni telah memikat hati para penonton dalam suasana
keheningan malam. 10 minit kemudian, giliran belia-belia daripada Komiti
Pastoral Filipino mengambil bahagian dalam menyampaikan persembahan tarian
moden mereka yang bertemakan “Dance Revolution”. Kumpulan tarian ini disertai
oleh 20 orang belia Filipino dan dipimpin oleh saudari Stephanie Dian. Gabungan
tarian daripada beberapa buah lagu dari era 60-an sehingga kini telah berjaya
menghangatkan suasana di dalam dewan untuk para belia bergerak menonjolkan
bakat tarian yang terpendam selama ini.
|
Persembahan pembukaan daripada komiti Tukad |
|
Persembahan daripada komiti Filipino |
|
Adik-adik turut merasa terhibur dengan persembahan-persembahan yang disediakan |
Selepas kata-kata aluan daripada juruacara konsert iaitu saudara James Joseph dan Debit Leba, tim pemuzik gabungan daripada Koir BM dan Kumpulan Karismatik Katolik BM telah mendendangkan lagu tema konsert Move yang digubah khas oleh Saudara Djermias ataupun DJ. Beberapa buah lagu pujian turut dinyanyikan untuk mengajak para belia menghayati lagu-lagu pujian tersebut.
|
Pengacara pada malam tersebut Debit Leba (kiri) dan James Joseph (kanan) |
Sejurus selepas itu, timbalan koordinator konsert Move mengambil alih pentas untuk menyampaikan ucapan alu-aluan dan penghargaan daripada tim penganjur. Saudara Herman dengan rendah hati bersyukur dan berterima kasih atas campur tangan Tuhan Yesus sehingga konsert Move ini boleh terlaksana dengan jayanya.
|
Saudara Herman selaku timbalan koordinator |
Selepas itu, Monsignor Nicholas Ong turut tampil ke atas pentas untuk menyampaikan ucapan alu-aluan kepada semua yang hadir. Dalam ucapan Monsignor, beliau menegaskan bahawa belia-belia di paroki ini mempunyai bakat yang luar biasa. Beliau turut melahirkan perasaan kagum dan gembira atas perpaduan dan kesatuan dalam kalangan belia daripada 4 komuniti utama untuk bekerjasama menjayakan konsert tersebut. Beliau menambah lagi bahawa golongan dewasa harus mengambil iktibar daripada golongan muda yang dikatakan berjaya membentuk kesatuan berkomuniti di paroki Holy Trinity Tawau melalui penganjuran konsert sedemikian.
Dalam konsert ini, saudara DJ diberi kesempatan untuk mengetengahkan 3 buah lagu hasil gubahannya sendiri yang bertajuk “Haleluyah”, “Seumur Hidupku” dan “Semua yang Terindah”. Turut menyertai konsert ini adalah belia komuniti Cina (CPC) yang telah menyanyikan 2 buah lagu juga hasil daripada ciptaan belia mereka sendiri iaitu saudara Edward Koh. Lagu tersebut bertajuk “Rely On God” dan “Jesus Is With Me” yang telah dinyanyikan dalam bahasa Cina. Ternyata bahawa bahasa bukan satu penghalang bagi para belia lain untuk turut serta dalam memuji Tuhan sambil mengangkat tangan, meskipun persembahan tersebut dalam bahasa Cina. Sejurus selepas persembahan dari para belia komuniti Cina, sekali lagi gabungan tim pemuzik naik ke atas pentas untuk menyanyikan 5 buah lagu pujian sebagai persembahan penutup pada malam konsert tersebut.
|
Persembahan dari Saudara DJ |
|
Persembahan daripada komiti Cina |
|
Persembahan Gabungan |
Tepat jam 10.00 malam konsert berakhir dengan doa penutup yang dipimpin oleh Seminarian Raymond Lee dan diikuti dengan sesi bergambar, pembersihan dewan kerjasama daripada 120 orang krew yang bertugas sepanjang penganjuran konsert Move 1.0 ini. Sesungguhnya, program seumpama ini harus dijadikan acara tahunan di paroki Holy Trinity Tawau sebagai alat cinta kasih Tuhan untuk menyentuh lebih ramai lagi belia yang berbakat. Melalui cara ini, mereka akan lebih berani bersaksi antara sesama belia dan tidak akan mencari hiburan yang tidak sihat di luar gereja.
|
Doa penutup oleh Seminarian Raymond Lee |
|
Sesi bergambar semua tim Penganjur termasuk "Crew" |
No comments:
Post a Comment