Dilaporkan oleh DaliusLL
Paitan: Seramai enam ahli Majlis Pastoral Paroki (PPC) telah bertandang ke St. Francis Assisi, Sukang Paitan pada 27 Jun 2017 untuk menghadiri mesyuarat bersama yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Misi Paitan (PMC) di gereja ini. Walaupun terletak hampir 200km daripada Katedral St. Mary, namun tidak menjadi halangan bagi dua badan pelayanan paroki St. Mary ini untuk mengadakan perjumpaan di pusat misi ini.
Paitan: Seramai enam ahli Majlis Pastoral Paroki (PPC) telah bertandang ke St. Francis Assisi, Sukang Paitan pada 27 Jun 2017 untuk menghadiri mesyuarat bersama yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Misi Paitan (PMC) di gereja ini. Walaupun terletak hampir 200km daripada Katedral St. Mary, namun tidak menjadi halangan bagi dua badan pelayanan paroki St. Mary ini untuk mengadakan perjumpaan di pusat misi ini.
Kedatangan ahli PPC yang diketuai oleh pengerusinya Pilis Malim
disambut oleh para Katekis, pemimpin umat katolik dan Paderi Misi Paitan, Rev. Fr. Thomas
Makajil di dewan terbuka gereja St. Francis Assisi. Manakala Ahli PMC seramai 15
orang yang dipimpin oleh Paul Lohuji yang telah datang sehari lebih awal untuk
meninjau beberapa Chapel di zon misi Paitan. Perjumpaan penting ini dimulakan
dengan fellowship jamuan makan tengahari bersama.
Fr. Thomas menjelaskan perjumpaan pada hari ini adalah atas usaha bersama
semua pihak dalam membincangkan pembangunan iman dan memberi cadangan
usaha-usaha mengatasi cabaran yang dihadapi dalam perjalanan pastoral di misi
ini.
Sesi pertama dimulakan dengan pengerusi PMC yang juga merupakan
pegawai Kanan di Jabatan Hutan, memberikan taklimat tentang kedudukan
chapel-chapel yang terletak di persekitaran misi Paitan. Taklimat ini bertujuan
untuk memberi kefahaman kawasan hutan simpan yang digazetkan kerajaan tidak
dicerobohi untuk sebarang pembangunan.
Sesi kedua menyediakan ruang kepada Katekis, Pemimpin komuniti umat
Katolik, Kerasulan wanita dan belia menyuarakan pandangan dan perkongsian cabaran
semasa pelayanan di kawasan mereka. Hasil maklumat yang didapati kemudiannya di
dokumentasikan untuk perbincangan lanjut daripada dua badan PPC dan PMC. Pada
pengakhiran sesi ini, pengerusi PMC mencadangkan satu kaji selidik akan
dirangka untuk pengumpulan data untuk memudahkan PMC membuat perancangan
terbaik untuk menyokong misi ini. Beliau memohon agar para Katekis dan pemimpin
komuniti Katolik dapat memberi kerjasama didalam pengumpulan data yang akan
dibuat masa terdekat.
Sesi ketiga adalah mesyuarat diantara dua badan pelayanan PPC dan PMC
melihat dan merangka cara terbaik mengatasi cabaran yang dihadapi didalam
perlaksanaan pastoral di misi ini. Tiga isu mendesak yang perlu diberi
perhatian ialah:
1. keperluan pengangkutan motosikal untuk Katekis menjangkau umatnya
2. keperluan pembaikan infrastruktur chapel
3. keperluan katekis misi Paitan
Dalam usaha membantu misi paitan, komiti PMC dengan kerjasama dan
sokongan PPC akan merancang aktiviti-aktiviti pastoral dan mencari sumber dana
untuk disalurkan kepada pembangunan kerohanian di misi ini. Disamping itu, Komiti
Misi Paitan juga mengalu-alukan sebarang sokongan dalam bentuk program pastoral
mahupun sumber material.
No comments:
Post a Comment