Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 7, 2017

MALAYSIAN CATHOLIC CAMPUS STUDENTS' DAY (MCCSD) 2 2017 - Hari Kedua


Peserta - peserta yang berada di Church of the Risen Christ, Ayer Itam. 
Hari kedua MCCSD2 dimulakan dengan misa pagi yang dirayakan oleh Bapa Uskup Agung Julian Leow, Uskup bagi Keuskupan Agung Kuala Lumpur. Misa pagi ini telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu misa jam 7.00 pagi dan 9.00 pagi. Selepas misa pagi selesai, kesemua peserta diminta berkumpul mengikut kumpulan Mission Work masing - masing yang telah ditetapkan dan bergerak menuju ke destinasi dengan menaiki bas yang disediakan.

Secara keseluruhannya, sebanyak 33 buah tempat telah dipilih oleh pihak penganjur dalam melaksanakan Mission Work pada hari tersebut. Tempat-tempat tersebut adalah seperti Infant Jesus Sisters Home, Crystal Home, Little Sister of the Poor dan sebagainya. Sebelum bertolak ke destinasi masing-masing, para fasilitator telah mengedarkan nota sebagai garis panduan kepada para peserta sepanjang melaksanakan mission work di tempat masing-masing.



Peserta - peserta yang mengadakan Mission Work di The Little Sisters of the Poor sedang mengongsikan pengalaman mereka bersama orang - orang tua antara sesama

Mission Work di The Little Sister of the Poor


Pelbagai tugasan telah dilakukan oleh peserta sepanjang Mission Work ini dijalankan. Ada peserta yang membantu membersihkan kawasan sekeliling bangunan, menghiburkan orang-orang tua dan pesakit, membantu menghidangkan makanan, mendengar ceramah dan lain-lain.

Pada jam 6.00 petang, kesemua kumpulan telah kembali daripada mission work. Setelah selesai makan malam dan berehat, para peserta berkumpul semula di dewan gereja untuk sesi yang seterusnya. Untuk sesi yang seterusnya, para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan secara rawak. Sesi pada masa ini telah dikendalikan oleh Dr. Prema Devaraj dan tim.

Dr. Prema Devaraj
Berdasarkan nota garis panduan See, Judge and Act, para peserta diminta untuk membuat perkongsian singkat dan menulis hasil dapatan pada kertas mahjung. Sesi pada malam itu dipanjangkan lagi dengan perbincangan mengenai isu-isu semasa yang dikemukakan oleh para peserta. Contoh isu-isu yang diketengahkan adalah penderaan kanak-kanak, hak perlindungan haiwan, hak bersuara, pembuangan bayi, penggunaan telefon pintar, isu migran, pendidikan dan sebagainya. Rombakan kumpulan dibuat berdasarkan isu-isu tersebut dan para peserta diminta untuk membincangkan tindakan konkrit yang akan dilakukan dalam masa 6 bulan.

Sesi tersebut tamat kira-kira jam 10.00 malam. Sebelum pulang, para peserta mendengar taklimat ringkas mengenai perjalanan program untuk hari yang seterusnya diikuti dengan doa malam. Para peserta pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing.



Perkongsian dari Marianne Janice P. Kinsung dari Paroki St. Dominic, 
Lahad Datu



I felt so happy and blessed to be part of MCCSD2. The love and joy of God are so overwhelming! God works in so many ways in my life and He did it again during this 5 days program! His merciful love had touched me during the Eucharistic Mass and Confession. 

But most of all, I can see Him during our Mission Work. We are assigned at the Infant Jesus Sisters where generally, the elderly and retired nuns live there. All the chores such as cooking and cleaning are done by them alone.

After we are done with cleaning up the place and spent some time to talk with the nuns (I'm having a conversation with Sister Stan), I have some thoughts that concerned me. 1st, what will happen to the place, the congregation for the next 10 years? And 2nd why there's no helper to watch over them as well as to cook and help them to clean the compound? I wish and pray that someday I’ll see the answer of these thoughts. Amen!

Sister Stan's life journey had inspired me and it makes me realize the need to discern more on my vocation because I know that I am (we are) called to serve the Lord in different ways and thru this program, I can see more clearly what I am called for. So yeayyy, my goal for joining this program have been accomplished!

The joy of serving and evangelizing! It amazed me by how the campus students especially the youths from Sabah and Sarawak were very alive and joyful throughout the program. If I have the joy in me, I can easily connect with other people around me and it will help me to evangelize and spread His love more and more! Plus, the CCO session had given me a little sight on how to start evangelizing with the starter kit book. I will use it very well. Thank you CCO!

Saya bersyukur sebab dapat melihat pelbagai sisi kehidupan yang berbeza – from the youths themselves, my foster families, the volunteers, the people around me (directly and indirectly involved in this program). It helps me to be more grateful for what I have and appreciate this greatest gift that Daddy God had given me which is my life.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent