Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 7, 2017

MALAYSIAN CATHOLIC CAMPUS STUDENTS' DAY (MCCSD) 2 2017 - Hari Pertama

PULAU PINANG - Malaysian Catholic Campus Students' Day atau lebih dikenali sebagai MCCSD merupakan satu program khusus bagi pelajar - pelajar Kampus Katolik yang sedang belajar di Universiti, Institusi dan Kolej di seluruh negara Malaysia. Program ini merupakan penganjuran Komiti Pelayanan Belia Katolik Malaysia atau lebih dikenali sebagai MCYMC (Malaysian Catholic Youth Ministry Committee). Program khusus bagi pelajar kampus Katolik yang dianjurkan sekali dalam dua tahun ini merupakan hasil daripada pertemuan pertama perwakilan pelajar - pelajar kampus seluruh Malaysia di Pace Bene Papar pada tahun 2013. 

MCCSD yang pertama telah diadakan di Keuskupan Agung Kuching pada 14 sehingga 20 Julai 2015 dan telah disertai seramai 162 pelajar kampus Katolik yang menuntut di 37 kampus di seluruh Malaysia. Tema pada masa itu adalah "Menjadi Saksi Kristus Dalam Kehidupan Kampus - Dipanggil, Dipilih, Diutus".  

MCCSD kali ke 2 kini telah dianjurkan pada 23 sehingga 27 Jun 2017 di Keuskupan Pulau Pinang dengan bertemakan "Agar semua menjadi Satu" (Yohanes 17:21). Seramai 775 Pelajar kampus Katolik yang menuntut di 145 kampus seluruh Malaysia telah menyertai MCCSD ini. Turut serta dalam penganjuran MCCSD pada kali ini adalah 18 orang pelayan belia sepenuh masa dari setiap Keuskupan, 8 Religus, 16 Paderi dan Dikon, 4 Bishop dan Cardinal Anthony Soter Fernandez.

Gambar Kenangan beramai - ramai
Hari pertama merupakan hari pendaftaran bagi peserta - peserta dari sembilan keuskupan di Malaysia. Peserta - peserta ini telah dibahagikan dan ditempatkan di tiga tempat utama di Keuskupan Pulau Pinang. Bagi tiga Keuskupan dari Sarawak (Miri, Sibu. Kuching)  dan tiga Keuskupan dari Sabah (Keningau, Sandakan, Kota Kinabalu), mereka telah ditempatkan di Church of the Risen Christ, Ayer Itam. Manakala bagi peserta - peserta dari Keuskupan Agung Kuala Lumpur dan Keuskupan Melaka-Johor telah ditempatkan di Cathedral of the Holy Spirit, Georgetown. Bagi peserta - peserta tuan rumah (Keuskupan Pulau Pinang), mereka telah ditempatkan di College General, Tanjung Bungah.  Selain daripada menginap 
di dewan, sebahagian peserta juga ditempatkan bersama keluarga angkat.

Bagi peserta - peserta yang berada di Church of the Risen Christ, hari pertama dimulakan dengan Praise and Worship yang dikendalikan oleh Keuskupan Keningau dan Keuskupan Sandakan. Sesi kemudiannya diteruskan dengan briefing oleh pihak penganjur berkenaan dengan keseluruhan program.





Briefing dari pihak penganjur MCCSD 2
Sejurus selepas briefing, peserta dibawa dalam persiapan untuk Mission Work yang akan dijalankan pada hari kedua. Para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan masing - masing telah dipimpin oleh sekumpulan fasilitator.





Selesai sahaja penjelasan berkenaan Mission Work, peserta - peserta kemudianya menuju ke Catheral of the Holy Spirit untuk Misa Pembukaan yang dirayakan oleh Bapa Uskup Agung Simon Poh dari Keuskupan Agung Kuching, Sarawak yang juga merupakan Uskup yang bertanggungjawab keatas Pelayanan Belia dan Pelajar Kampus dibawah naungan Konferensi Para Bishop Malaysia, Singapura dan Brunei. Turut serta merayakan misa pembukaan ini adalah Bapa Uskup Sebastian Francis, Uskup Keuskupan Pulau Pinang.




Bapa Uskup Agung Simon Poh
Pada awal misa pembukaan ini kedua - dua Bapa Uskup Agung Simon Poh dan Bapa Uskup Sebastian Francis telah mengalu - alukan semua peserta ke MCCSD 2 dan berharap agar peserta - peserta dapat mengalami Yesus di sepanjang program ini dijalankan.

Selepas misa, para peserta dijemput untuk menjamu makan malam di dewan diikuti dengan Konsert Muda - Mudi sebagai pembuka acara bagi program MCCSD kali ke 2 ini. Pihak penganjur turut mengongsikan serta mengingatkan kepada para peserta berkenaan tema dan objektif bagi penganjuran ini. Agar dapat dihidupi disepanjang 5 hari program ini dijalankan.


Konsert Pembukaan Muda - Mudi 
Hari pertama program MCCSD ke 2 diakhiri dengan doa malam ditempat masing - masing sebelum berangkat ke rumah keluarga angkat masing - masing.





Perkongsian dari Gregory Michael Harumal dari Paroki Holy Trinity, Tawau



Saya berasa gembira dan dipenuhi dengan sukacita kerana berpeluang untuk menyertai program yang melibatkan semua belia kampus di seluruh keuskupan di Malaysia. Apa yang paling menyentuh bagi saya disepanjang program ini diadakan adalah saat saya mengikuti perarakan Blessed Sacrament dari Gereja Our Lady of Sorrow ke Gereja St Francis Xavier yang berjarak 2 kilometer. Saya dapat merasakan satu kedamaian melalui Ekaristi itu. Terima Kasih Yesus! Satu perkara yang ingin saya kongsikan kepada para belia di paroki saya adalah berkenaan dengan "The Pope's Letter on Three Marian Themes" yang berkaitan dengan keimanan, discernment dan panggilan. Perkara ini sangat penting bagi para belia mengetahuinya terutama sekali tentang iman Katolik dan bagaimana menghidupi Iman Katolik. Perkara yang amat saya syukuri adalah dapat mengikuti semua program sepanjang MCCSD 2 ini dengan kesihatan yang baik kerana saya hampir mengundur diri dari penyertaan ini kerana kurang sihat sebelum MCCSD ini bermula. Puji Tuhan!

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent