Dikumpul/susun oleh Maxwell Elity Sulaiman
Gambar oleh Adrian John Sebastian
KUCHING : Pada hari kelima, 18hb Julai, program dimulakan dengan Misa Kudus yang dirayakan
oleh Fr. Sunny. Beliau mengundang para peserta MCCSD untuk memiliki semangat seperti
Yesus, pembawa harapan bagi sahabat dan keluarga serta sesama seperti dalam
bacaan Injil, "Buluh yang patah terkulai tidak akan diputuskan-Nya. Sumbu yang
pudar nyalanya tidak akan dipadamkannya." (Matius 12: 14-21)
Selepas sarapan pagi, para peserta MCCSD diberi taklimat ringkas oleh pihak penganjur mengenai misi yang akan dilakukan sepanjang pagi. Para peserta telah dibahagikan kepada enam kumpulan besar berdasarkan kawasan-kawasan misi yang telah ditentukan.
1) Home of Peace - Rumah orang-orang tua.
2) Kampung Serantau
3) Sekolah St. Andrew
4) Hospital Sentosa
5) Cheshire Home
Selepas sarapan pagi, para peserta MCCSD diberi taklimat ringkas oleh pihak penganjur mengenai misi yang akan dilakukan sepanjang pagi. Para peserta telah dibahagikan kepada enam kumpulan besar berdasarkan kawasan-kawasan misi yang telah ditentukan.
1) Home of Peace - Rumah orang-orang tua.
2) Kampung Serantau
3) Sekolah St. Andrew
4) Hospital Sentosa
5) Cheshire Home
Home of Peace
Seramai 16 peserta MCCSD
yang memilih Home of Peace sebagai pusat misi. Home of Peace adalah sebuah
kediaman orang-orang tua. Setibanya, para perserta melakukan kerja-kerja amal seperti membersihkan kawasan
longkang dan tingkap-tingkap bangunan. Setelah itu, mereka mengambil
kesempatan yang ada untuk beramah mesra dengan penghuni Home of Peace.
Orang-orang tua di kediaman tersebut terdiri daripada pelbagai bangsa; Cina, Bidayuh, Iban dan sebagainya. Para peserta juga berpeluang untuk
berdialog dengan penjaga kediaman orang-orang tua. Sumber kewangan Home of
Peace disumbangkan oleh individu-individu dan dermawan di sekitar bandar
Kuching. Tambahan lagi, aktiviti seperti Pemujian dan Penyembahan juga diadakan
bagi tujuan mengembirakan dan menghiburkan orang-orang tua di kediaman
tersebut.
Kampung Serantau
Perjalanan ke Kg. Serantau
mengambil masa selama 40 minit. Kampung tersebut merupakan kawasaan yang
mempunyai penduduk berbangsa Bidayuh. Ketibaan para peserta MCCSD disambut
meriah sekali dengan tarian-tarian tempatan dan palungan gong. Pengenalan dan
serba sedikit maklumat mengenai Kg. Serantai disampaikan oleh Ketua Kampung.
Pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh penduduk kampung untuk mengeratkan
hubungan antara para peserta dan masyarakat setempat seperti
permainan-permainan dan Pemujian dan Penyembahan. Menurut para peserta,
penduduk kampung juga menyediakan juadah tengah hari dengan hidangan makanan
tempatan bagi memberi peluang kepada para peserta merasai makanan kampung
bangsa Bidayuh. Secara ringkasnya, lawatan ke Kg. Serantau merupakan pengalaman
yang bermakna kepada para peserta MCCSD.
Hospital Umum
Para peserta MCCSD yang
memilih Hospital Umum sebagai tempat melakukan misi berpeluang untuk melawat
pesakit-pesakit cancer. Mereka melaksanakan misi dengan berdialog dan berdoa
bersama bagi pesakit-pesakit yang dilawati. Pengalaman tersebut telah menyentuh
hati para peserta untuk senantiasa peka dan prihatin terhadap orang-orang
yang memerlukan seperti pesakit-pesakit cancer.
SK. St Andrew
Sekolah kebangsaan Saint
Andrew merupakan salah satu kawasan misi bagi program pendedahan. Seramai 40
orang telah memilih untuk menjalankan misi mereka di sekolah tersebut.
Tugasan yang telah dikhaskan bagi peserta yang memilih sekolah ini ialah
mengecat kawasan-kawasan sekolah. Sebelum memulakan tugas, para peserta telah
dibahagikan kepala tiga kumpulan. Kumpulan yang pertama bertugas untuk mengecat
kawasan tempat letak kereta manakala kumpulan kedua dan ketiga bertugas untuk
mengecat banteng yang digunakan sebagai tempat menanam bunga di dua kawasan
yang berlainan.
Proses mengecat tersebut mengambil masa selama dua jam setengah. Meskipun matahari amat terik, para peserta bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan tugasan kerana cuaca tersebut amat sesuai dengan tugasan yang dijalankan. Di antara para peserta MCCSD ada yang pernah menuntut ilmu di sekolah tersebut. Mereka mengongsikan tentang infrastruktur yang ada di sekolah tersebut. Hal ini menimbulkan sedikit kebimbangan kerana infrastruktur tersebut mungkin tidak selamat lagi untuk digunakan.
Tugasan mengecat berakhir pada 12.30 tengahari. Para peserta berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Sekurang-kurangnya mereka telah menyumbangkan tenaga untuk mempertingkatkan keceriaan sekolah tersebut. Tambahan lagi, para peserta sempat menulis akronim MCCSD sebagai tanda kenangan bahawa mereka pernah berada di sekolah tersebut.
Proses mengecat tersebut mengambil masa selama dua jam setengah. Meskipun matahari amat terik, para peserta bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan tugasan kerana cuaca tersebut amat sesuai dengan tugasan yang dijalankan. Di antara para peserta MCCSD ada yang pernah menuntut ilmu di sekolah tersebut. Mereka mengongsikan tentang infrastruktur yang ada di sekolah tersebut. Hal ini menimbulkan sedikit kebimbangan kerana infrastruktur tersebut mungkin tidak selamat lagi untuk digunakan.
Tugasan mengecat berakhir pada 12.30 tengahari. Para peserta berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Sekurang-kurangnya mereka telah menyumbangkan tenaga untuk mempertingkatkan keceriaan sekolah tersebut. Tambahan lagi, para peserta sempat menulis akronim MCCSD sebagai tanda kenangan bahawa mereka pernah berada di sekolah tersebut.
Cheshire Home
Pengalaman saya mengunjungi Cheshire Home amat menyeronokkan dan telah mengajar saya erti kehidupan sebagai makhluk ciptaan Tuhan yang sempurna. Chesire Home merupakan sebuah pusat yang menempatkan golongan orang kurang upaya yang terpinggir. Menurut penjaga tempat tersebut, kebanyakan golongan orang kurang upaya tersebut telah diserahkan oleh keluarga masing-masing kerana keluarga mereka tidak mampu lagi menjaga mereka. Setibanya kami di sana, kami disambut baik, yang membuat saya tersentuh apabila melihat mereka tersenyum dan berasa gembira melihat kedatangan kami. Kami dibawa meninjau sekitar kawasan tersebut dan apa yang membuat kami rasa terharu apabila kami melihat hasil kerja tangan mereka sendiri yang begitu unik. Tidak tersangka mereka mampu membuat kerja kraf tangan yang indah dengan ketidaksempurnaan anggota badan mereka.
Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan, bagi kumpulan saya, kami ditugaskan untuk membersihkan wad asrama lelaki. Kami membersihkan tingkap, menyapu lantai dan mengemas persekitaran wad. Setelah itu, kami berkumpul di dewan bersama dengan golongan orang kurang upaya di mana kami bernyanyi bersama-sama demi menghiburkan hati mereka. Walaupun kami berasa penat, namun segala penat lelah kami hilang setelah melihat senyuman yang terukir di setiap wajah mereka. Setelah itu, kami menemani mereka ke dewan makan untuk makan tengahari. Di sana, saya amat bersyukur telah diberi peluang untuk meluangkan masa bersama mereka walaupun hanya sekejap. Saya mulai sedar kita yang diciptakan dengan sempurna haruslah bersyukur dengan apa yang ada dan jangan pernah sia-siakannya sebelum Tuhan mengambilnya semula.
Sekembalinya para peserta
ke ACCPC, para peserta telah diminta untuk membuat refleksi kendiri selama 15
minit. Soalan-soalan yang digunakan semasa refleksi ialah (i). Apa yang sedang
berlaku? (ii). Mengapa perkara tersebut berlaku? (iii). apakah maksud perkara tersebut?
Setelah
membuat refleksi selama 15 minit, peserta diminta untuk mengongsikan pengalaman
mereka dalam kumpulan seramai 3 orang. Ternyata
program seumpama ini merupakan program yang mendapat sambutan kerana para
peserta dapat merasai sendiri pengalaman diutus oleh Tuhan. Program seumpama ini
juga membantu dalam menyediakan peserta untuk menghadapi pelbagai situasi yang
akan datang sekaligus memimpin peserta untuk menjadi salah satu pengerusi
program pada satu hari kelak.
Fr Terry Burke
Pada sebelah malam, sesi keenam, "Federal Constitution, Related Challenges and Christian Social Responsibility" telah di sampaikan oleh peguam-peguam Katolik dan Fr. Terry Burke. Pada malam itu juga, kaunter untuk mendaftar mengundi juga telah dibuka. Sesi ini bukan sahaja untuk peserta, tetapi umat Gereja St. Joseph juga dijemput hadir. Ia menerangkan tentang hak sebagai seorang manusia, isu-isu semasa dan kesan-kesan terhadap seseorang apabila mereka bertukar ke agama yang lain. Sesi ini sangat berguna dan sangat informatif kepada semua yang hadir pada malam itu.