Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 31, 2012

SEE & LISTEN, REFLECT and SHOUT OUT!

Kami belia - belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan
Pada 20 sehingga 22 Julai 2012, seramai 52 orang peserta SYD3 dari Katedral St Mary, St Mark - Peter, St Paul, Ulu Dusun, Our Lady of Fatima (OLOF), Beluran dan St Francis dari Asisi Sukang, Paitan telah menyertai program ini yang dianjurkan oleh Tim Kerasulan Belia Keuskupan Sandakan dengan kerjasama Kerasulan Belia Paroki Katedral St Mary, Sandakan.

Program ini telah pun dijalankan di St Peter Sungai Manila, Sandakan, St Jude Semporna, St Peter Kunak, St Joseph Nangoh dan kini di Our Lady of Fatima, Beluran. Bentuk program dan objektif adalah sama iaitu menjalin dan membina persahabatan dengan belia-belia luar stasi serta mengingatkan dan menyegarkan para belia mengenai intipati sebenar SYD3, Tambunan.

Kami, belia dari Katedral St Mary dan St Mark bertolak dari Gereja St Joseph pada jam 4.00 petang dengan menaiki kenderaan yang disediakan untuk ke Beluran. Kami tiba di Gereja Our Lady of Fatima, Beluran pada jam 7.00 malam. Kami disambut baik oleh belia OLOF. Setelah sampai, kami mendaftar nama kami dan berkumpul di dewan untuk meneruskan program kami dengan doa pembukaan dan praise and workship.

Belia -belia Katedral St Mary dan St Mark berdoa bersama sebelum berangkat ke Beluran
Sesi mendaftar
Sesi pengongsian singkat
Yeah mari kita makan malam!
Selepas itu, kami makan malam bersama-sama dengan belia OLOF yang dipimpin doa oleh kakak Anna. Selesai saja makan, kami terus kan aktiviti dengan mengongsikan perasaan kami setelah dapat berkumpul bersama-sama dan dan diikuti dengan Ice Breaking pimpinan Saudara Roynner dimana kami dapat mengeratkan lagi hubungan kami dengan belia-belia lain. 

Dalam sesi Ice Breaking saudara Roynner terlebih dahulu mengajak kami semua untuk menulis harapan kami disepanjang program ini dan meletakkan harapan itu diruangan 'Expectation Check'. Selain itu saudara Roynner juga mengajak kami untuk menulis luahan hati di ruangan 'freedom wall'. Kemudian kami diajak untuk bermain permainan 'Samson, Delilah dan Harimau'.

Saudara Roynner kemudian membawa kami untuk sesi kreatif iaitu 'Jesus' Mail'. Setiap belia secara kreatifnya akan membuat sampul surat masing-masing dan meletakkan nama mereka disampul tersebut. Jesus' Mail ini adalah untuk menggalakkan para belia untuk memberi motivasi kepada para belia yang lain dengan menulis surat atau kata-kata semangat dan memasukkan surat tersebut disampul teman-teman mereka. Sesi disebelah malam diakhiri dengan Doa malam pimpinan adik Amado Degullacion.



Ecpectation Check


Freedom Wall
Harimau vs Samson

Nah kami 'Delilah'

Ha ha ha ha kami pun 'Delilah'

Mari kita buat Jesus' Mail
 



Di pagi hari yang kedua, pada jam 7.00 pagi kami memulakan aktiviti kami iaitu Lectio Divina pimpinan adik Varellene Julian. Para belia diajak untuk mengongsikan pengalaman mereka berdasarkan pembacaan pada hari itu iaitu Matius 12 : 14 -21. Dalam sesi ini sekurang-kurangnya kami belajar untuk membuka, membaca alkitab dan pada masa yang sama belajar untuk berkongsi. Sesi Lectio Divina ini diakhiri dengan berdoa antara sesama dalam kumpulan masing-masing.

Selesai sahaja sesi Lectio Divina kami semua menikmati sarapan pagi bersama-sama. Inilah kebaikannya program ini dijalankan kami para belia dapat mengenal antara satu dengan yang lain dan memudahkan kami apabila berada di Tambunan. Persahabatan yang terjalin dapat membantu kami untuk menjaga diantara satu dengan yang lain dan dapat bersama-sama merayakan iman kami sebagai seorang Katolik dan belia di SYD3, Tambunan nanti.

Adik Varellene Julian menerangkan perjalanan Lectio Divina kepada para peserta

Mari kita dengar firman Tuhan

Sabda Tuhan dipetik dari Matius 12:14-21





Sesi kemudiannya diteruskan dengan Praise and Worship pimpinan adik Fradely Barandon serta adik-adiknya dan juga Ibunya Puan Catherine John. Time of Life adalah sesi persiapan secara rohani agar mereka dikuatkan dan disemangat dengan iman dan kepercayaan bahawa kehadiran Yesus itu nyata sekali hadir dalam setiap nafas kami dan melalui doa kami menyerahkan seluruh diri kami ditanganNya agar kami dapat menggunakan seluruh pancaindera kami untuk sesi-sesi yang seterusnya.

See and Listen, Reflect and Shout Out! - 1 disampaikan oleh Kakak Anna. Beliau telah memulakan sesinya dengan mengongsikan sedikit katekis buat kami iaitu ''Lumen Gentium" atau Light of The Nation. Kakak Anna mengongsikan bahawa setiap orang yang telah dibaptis mempunyai tanggungjawab untuk menghidupkan tiga perkara iaitu Imamat (Priestly), Kenabian (Prophetic) dan Raja (Kingly).


'Kita perlu menjadi terang kepada yang lain maka kita perlu menghidupkan keperibadian Yesus melalui perlakuan kita seperti seorang Imamat, mengongsikan dan mewartakan  khabar gembira Tuhan Yesus seperti nabi-nabi yang terdahulu dari kita dan memimpin teman-teman yang lain yang tidak mengenali Yesus menuju KerajaanNya seperti seorang yang Raja memimpin rakyatnya. Ini adalah tanggunjawab kita semua yang telah dibaptis atas namaNya, Yesus dan Roh Kudus.'

Selain itu kakak Anna juga mengongsikan kepada para belia agar lebih sensitif kepada keadaaan sekeliling agar tidak bertindak mengikut citarasa sendiri. Sesi kemudiannya diteruskan dengan tayangan video klip perjalanan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria di Diosis Sandakan. Ternyata video tersbut telah mengungkit kembali perasaan belia sewaktu kedatanganNya di Sandakan. Para belia kemudiannya diajak untuk merenung dan mengongsikan kepada para belia lain mengenai perasaan masing-masing.

Sesi See and Listen, Reflect and Shout Out! - 2 diteruskan oleh Saudari Sharon Tan. Dalam sesi ini para belia diajak untuk melihat cabaran-cabaran iman Katolik belia masa kini. Malah mereka diajak untuk 'zoom in' belia-belia yang ada di gereja.

Sharon Tan
Antara hasil dari perbincangan kumpulan didapati bahawa ada belia yang aktif dalam pelayanan namun semasa Misa Kudus mereka lebih dilihat diluar dari berada dalam misa. Malah ada juga belia yang menjadikan gereja sebagai tempat 'pelarian'. Melarikan diri dari leteran ibu-bapa, lari dari membuat kerja-kerja dirumah, melarikan diri dari kebosanan dan tempat untuk mencari 'Chicks' (gadis - gadis) dan mereka melarikan diri dari diri mereka sendiri. Setiap belia - belia yang datang ke gereja mahupun diluar gereja mempunyai cerita kehidupan mereka masing -masing. Kita tidak mungkin akan tahu keadaan sebenar para belia ini. Nah, inilah sebahagian dari realiti belia - belia tempatan.

Bagaimana kita boleh membantu mereka? Sering kali kita mendengar apabila terdapatnya silap yang dilakukan oleh para belia yang didapati hanya komplen 'Apalah belia ni, apalah belia itu?' Maka persoalannya siapakah belia ini? Biarlah persoalan itu kita renungkan bersama - sama.




Sesi saudari Sharon diteruskan dengan 'God's Love Letter to Me'. Dalam sesi ini para belia diajak unutk menulis surat yang mana datang dari Tuhan bagi mereka. Selesai sahaja membuat surat tersebut, belia secara berpasangan bertukar surat dan masing-masing membaca surat tersebut kepada kawan-kawan mereka. Sesi ini sangat menyayatkan hati kerana seolah-olah Tuhan benar-benar bersuara. Tuhan seorang yang sungguh mulia, tidak pernah meninggalkan kami sesaat pun walaupun kami jatuh mahupun gembira. Meskipun dosa kami tidak layak untuk dimaafkan oleh seorang manusia biasa, namun Tuhan tetap memaafkan semuanya dan tetap melihat kami sebagai yang berharga dimataNYa.

"DihatiMu terukir namaku, DimataMu terlukis wajahku, Bukan kerana kuat gagahku, namun hanya kerana kemurahanMu"








Saudara Elmer Adonis Jr
Selepas makan tengah hari, sesi dipetang itu diteruskan dengan Time of Life pimpinan adik Judith Liow Su Mie. Sejurus selepas itu sesi See and Listen, Reflect and Shout Out! - 3,  saudara Elmer Adonis mengambil tempatnya dan mengongsikan kepada para belia mengenai objektif-objektif SYD3. Tambunan. Sukar sekali sebenarnya untuk 'menanam' objektif-objektif SYD3 dihati para belia. Oleh itu seseorang itu perlu menjadi seperti guru tadika untuk mengingatkan berulang kali kepada murid-muridnya mengenai pembelajaran disekolah. Sekurang - kurangnya, para belia mengetahui tujuan utama Sabah Youth Day diadakan dan sama - sama berjalan seiring dengan para belia seluruh Sabah dalam menjayakan SYD3 dengan penuh keimanan.

Adik Michelle Cornelius
Diwaktu petang Adik Michelle Cornelius telah menyajikan para belia dengan permainan yang diekstrakkan dari pembacaan Markus 2:1-12, Si Lumpuh dan empat orang kawan-kawannya. Dalam pembacaan itu si Lumpuh telah disembuhkan oleh Tuhan Yesus kerana belas kasihan, iman, kesungguhan dan cinta kasih keempat-empat kawannya. Si Lumpuh telah diangkat dan diturunkan dari bumbung sehingga dia ditempatkan ditengah rumah tepat dihadapan Yesus. Dalam dunia yang nyata kita boleh dikategorikan sebagai si lumpuh dan juga keempat-empat kawannya. Kita memerlukan antara satu dengan yang lain tidak kira apa pelayanan yang kita ambil. Namun semuanya satu dan bersama paderi serta umat yang lain kita mampu mengerjakan misi Tuhan sama - sama dan membina gereja yang kukuh. Tiada yang mustahil bagi Tuhan yang memungkinkan semua perkara.

Seperti di dalam Firman Allah, orang ramai tidak putus - putus datang kepada Yesus

Jangan ko risau, ko pasti disembuhkan...



Yeah... Kami telah disembuhkan!

Selepas makan malam, para belia diajak untuk mengambil masa pada saat itu untuk benar-benar bersama Tuhan. Kesibukan duniawi telah mengambil banyak masa kami dan ada kalanya masa untuk berdoa langsung tiada ada. Sesi 'Kuserah ku' yang dikendalikan oleh Kakak Anna telah membawa kami berdialog dengan Yesus. Sesi dimulakan dengan doa dengan di iringi lagu puji - pujian. Kemudiannya kakak Anna mengedarkan surat dari Yesus. Dalam surat tersebut Yesus memulakan perbualan dan dalam perbualan itu kami menjawab mengikut keadaan kami masing-masing. Terasa sungguh seperti Yesus ada duduk disebelah kami sepanjang malam itu. Diakhir surat tersebut, Yesus mengajak kami untuk menulis semua dosa - dosa yang kami mahu lenyapkan dan memakukan dosa-dosa itu disalibNya kerana melalui salibNya itu kami memperolehi keselamatan, pengharapan dan kebebasan sepenuhnya. Sejurus selepas itu, setiap belia-belia dari sub - gereja masing-masing didoakan dan semua kami memberikan sokongan doa antara sesama. Sesi pada malam itu diakhiri dengan doa Bapa Kami dan salam damai.

Kami memakukan dosa - dosa kami di salibMu

Kuserahkan seluruhnya bagiMu



Kami percaya akan kuasa kasihMu Yesus




Pada hari yang terakhir, para belia diajak untuk berdoa pagi dalam bentuk doa Rosari pimpinan adik Raimo Kinted. Sejurus selepas itu kami bersarapan dan mengambil masa yang ada untuk bersantai dengan para belia yang lain. Kemudiannya kami berkumpul dirumah paderi untuk mengadakan evaluasi. Evaluasi ini penting dalam setiap program atau aktiviti yang dijalankan. Hasil daripada penilaian para belia dapat membantu para penganjur untuk membaiki program dimasa akan datang dan pada masa yang sama respon para belia terhadap sesi-sesi yang disampaikan. Sesi evaluasi ini diakhiri dengan doa dan diteruskan di Misa Kudus yang di selebrankan oleh Bishop Julius Dusin Gitom.


Saudara Raimo Kinted menerangkan perjalanan doa pagi
Dalam homilinya Bishop mengongsikan bahawa kepimpinan Yesus perlu ada pada semua yang bergelar pemimpin. Seperti dalam firman Allah ada mencerita bagaimana Yesus mengajak rasul-rasulnya untuk berehat ditempat sunyi oleh kerana pelayanan mereka yang tidak putus-putus. Namun ramai orang melihat mereka beredar dan telah pergi lebih dahulu dari Yesus dan rasul-rasulNya. Apabila Yesus tiba ditempat itu, Dia melihat begitu ramai orang berkumpul dan Yesus merasa kasihan kerana mereka seperti domba tanpa seorang gembala. Begitulah kehendaknya sifat belas kasihan Yesus lebih kuat berbanding dengan keperluan diri sendiri. Dia melihat dulu keperluan orang lain dan inilah yang dikatakan dengan kepimpinan Yesus Kristus. 


Bishop juga telah mengongsikan sebuah cerita mengenai kehadiran Tuhan. Kehadiran Tuhan tidak semestinya wujud dengan keadaan diriNya yang secara fizikal. Namun apabila kita berdoa, Tuhan menjawabnya dengan pelbagai cara dan salah satunya adalah menghantar seseorang kepada kita. Kita perlu peka terhadap kehadiran Tuhan dimana - mana sahaja. Homili Bishop pada ketika itu sangat mengena dengan program tiga hari kami dan ini semestinya kuasa Roh Kudus yang telah menyatukannya dalam perayaan Ekaristi pada masa itu.


Selesai sahaja Misa Kudus kami mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Bishop dan mengakhiri program  See and Listen, Reflect and Shout Out!  dengan ucapan terima kasih kepada belia OLOF kerana menjadi tuan rumah dan semua belia yang hadir. Semoga persahabatan dan pelayanan kami berterusan meskipun jarak menjadi halangan namun kami disatukan dalam namaNya yang kudus - YESUS!

ds/aa/Sam Edisius
Gambar disediakan oleh Sam Edisius, Zullian Tantabong dan Zulilian Tantabong


No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent