TELUPID. 133KM DARI BANDAR SANDAKAN – Dengan rahmat Tuhan, program persiapan rohani SYD3 untuk siri ke-3 akhirnya dilaksanakan dengan sempurna. Program tersebut mengambil masa selama sehari pada 7 Julai 2012 yang membawa tema “teguh dalam iman” bersesuiaan dengan Tema SYD-3 di Tambunan pada Ogos nanti.
Sesi pendaftaran peserta |
Para peserta tengah membuat Action Song Peserta yang mengendalikan Action songs |
(Warren, Mizy, dan Nellysia) |
Program persiapan rohani ini dimulakan dengan lagu pujian yang dipimpin oleh dua belia peserta SYD3 iaitu Mizy Zearly dan Nelysia Nandau. Sesi kemudiannya diteruskan dengan merenung firman Tuhan (Lectio Divina) yang dikendalikan oleh Warren Pierre Anun.
Di dalam sesi ini, para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberi masa sejam untuk merenung firman Tuhan tersebut. Pada mulanya peserta dijemput untuk membaca firman di dalam kumpulan, sekaligus memilih petikan yang menyentuh jiwa mereka. Kemudian peserta akan memberikan perkongsian berdasarkan petikan yang dipilih berdasarkan perjalanan dan pengalaman hidup mereka. Firman Tuhan yang diambil untuk renungan ini adalah dipetik dari Injil Markus 6: 1-6, yang bersesuaian dengan tema "Teguh dalam Iman" pada persiapan rohani SYD3 kali ini.

Kemudian Yesus berangkat dari situ dan tiba di tempat asal-Nya, sedang murid-muridNya mengikuti Dia. Pada hari Sabat Ia mulai mengajar di rumah ibadat dan jemaat yang besar takjub ketika mendengar Dia dan mereka berkata:
"Dari mana diperolehNya semuanya itu? Hikmat apa pulakah yang diberikan kepadaNya? Dan mujizat-mujizat yang demikian bagaimanakah dapat diadakan oleh tangan-Nya? Bukankah Ia ini tukang kayu, anak Maria, saudara Yakobus, Yoses, Yudas dan Simon? Dan bukankah saudara-saudaraNya yang perempuan ada bersama kita?"
Lalu mereka kecewa dan menolak Dia. Maka Yesus berkata kepada mereka:
"Seorang nabi dihormati di mana-mana kecuali di tempat asalnya sendiri, di antara kaum keluarganya dan di rumahnya."
Ia tidak dapat mengadakan satu mujizat pun di sana, kecuali menyembuhkan beberapa orang sakit dengan meletakkan tangan-Nya atas mereka. Ia merasa heran atas ketidakpercayaan mereka.
Sesi merenung firman Tuhan (Lectio Divina) |
Sejurus selepas itu, satu bengkel berkumpulan sekali lagi diadakan dan dikendalikan oleh Warren Pierre Anun. Setiap kumpulan diberi empat soalan yang berkaitan dengan tema “teguh dalam iman” iaitu;
(1) Apakah yang anda faham tentang iman?
(2) Apakah dasar kepada iman anda?
(3) Bagaimanakah cara anda dapat menunjukkan iman anda? dan
(4) Apakah anda faham/pengertian anda tentang menyertai SYD-3 di Tambunan? (secara umum).
Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk memberi pemahaman kepada peserta mengenai ‘iman’. Sesi ini berlangsung selama sejam dan setiap peserta memberi rentak jawapan yang pelbagai dan memberangsangkan berlandaskan pada soalan-soalan bengkel yang diberikan kepada setiap kumpulan.
Sebahagian kumpulan sedang berbengkel
Peserta kemudiannya disajikan dengan satu video klip bertajuk “Satan’s Meeting” di mana video tersebut menunjukkan bagaimana iblis mencobai iman manusia. Video ini sekaligus memberikan pendedahan kepada peserta agar menyedari betapa pentingnya iman itu terutamanya di kalangan umat Kristian Katolik.
Sesi terakhir iaitu perkongsian persiapan program yang kemudiannya disampaikan oleh Kordinator Kerasulan Belia Paroki St. Martin, Telupid iaitu saudara Hildy Albert. Dalam sesi ini, beliau menerangkan secara lebih mendalam apakah itu ‘iman’.
“Iman" merupakan pemberian dari Allah” (Ef 2:8) petikan ini merupakan antara sebahagian perkongsian yang diberikan oleh saudara Hildy. Melalui perkongsian ini, para peserta seterusnya menyedari betapa pentingnya iman kepada mereka dan secara tidak langsung akan memberi pemahaman penuh para perserta terhadap objektif Sabah Youth Day Ke-3 yang akan dijalankan pada bulan Ogos di Tambunan nanti.

Suasana sesi perkongsian mengenai ‘iman’ yang dikendalikan oleh saudara Hildy Albert. |
Program persiapan yang singkat ini diakhiri dengan doa kejayaan Sabah Youth Day ke-3 yang dipimpin oleh saudara Warren Pierre Anun.
No comments:
Post a Comment