Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, July 14, 2012

REKOLEKSI KOMITI LITURGI LAHAD DATU

Maria Lorna S. Lasay
Tim. Pengerusi Komiti Liturgi

LAHAD DATU. Rekoleksi Komiti Liturgi telah diadakan pada 7hb Julai, 2012, bertempat di Bilik Mesyuarat Dewan St. Dominic Lahad Datu, dihadiri oleh beberapa ahli dari Komiti Liturgi, Komiti Warden dan Liturgi Sabda Kanak-Kanak (LSKK). Tema Rekoleksi adalah “Ekaristi Sumber Kehidupan” dan telah dikendalikan sepenuhnya oleh Seminarian Marthin Stephen.

Seminarian Marthin Stephen sedang  memberi INPUT.
Rekoleksi kali ini sangat menarik kerana lebih banyak informasi yang dikongsikan oleh Sem. Marthin. Beliau juga telah menyediakan program perjalanan rekoleksi tersebut dengan sangat teratur. Aturcara bermula dengan pengenalan, doa pembukaan dan seterusnya peserta diajak untuk mengimbas kembali kesan pelayanan yang melibatkan pelayanan liturgi Gereja. Peserta diberi peluang untuk mengadakan perbincangan bersama tentang kelemahan masing-masing yang dihadapi semasa melaksanakan tatacara liturgi tersebut, terutamanya dalam upacara perayaan Ekaristi. 
Pelayan juga berpeluang mengenali semua peralatan dan lambang-lambang liturgi dalam upacara ibadat serta sikap-sikap liturgi melalui gambar-gambar yang ditayangkan. Meskipun masa yang singkat,  peserta mendapat kefahaman yang berkesan. Melalui perkongsian para peserta, mereka merasa diperbaharui dan kini bersemangat baru untuk taat setia dalam pelayanan liturgi.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent