Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 30, 2012

Liturgi Sabda Kanak-Kanak (LSKK) Di SDC Lahad Datu


Maria Lorna S. Lasay
Tim. Pengerusi Komiti Liturgi

Lahad Datu : Liturgi Sabda Kanak-Kanak, (LSKK) Bahasa Malaysia di Gereja St. Dominic, Lahad Datu dimulakan kembali pada 8hb Julai 2012 sejak ianya diberhentikan 6 bulan yang lalu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Ramai kanak-kanak yang menglibatkan diri dalam LSKK setiap minggu Misa Bahasa Malaysia jam 9:00 pagi. Sub-Komiti Liturgi LSKK dikendalikan oleh beberapa orang ahli yang juga aktif di dalam pelayanan seperti Kelas Inisiasi Kristian Kanak-Kanak, Belia, Koir dan lain-lain lagi. Seorang wakil dari ahli Komiti Liturgi ditugaskan untuk memantau dan membantu para pembimbing LSKK setiap minggu. Ahli yang bertugas menyusun atur tempat upacara LSKK di Dewan Gereja. 
Seperti biasa, setiap minggu setelah semua kanak-kanak berkumpul di Dewan dan mendengar Sabda Tuhan, renungan akan dikongsikan mengikut tahap kanak-kanak oleh seorang pemimpin yang buat masa ini terdiri daripada seorang wakil dari Komiti Liturgi.
Pada 29hb Julai baru-baru ini, ahli Sub-Komiti Liturgi LSKK telah mempersembahkan sebuah drama dan mengadakan pertandingan mewarna berkaitan dengan bacaan Injil minggu tersebut. Tajuk lukisan serta petikan bacaan Injil telah diberikan kepada kanak-kanak 2 minggu terlebih awal agar kanak-kanak dapat lebih bersedia dan memahami bacaan Injil pada hari minggu tersebut. 

Ramai kanak-kanak telah memberi kerjasama dalam pertandingan mewarna ini dan peserta 3 hasil lukisan terbaik telah diberikan hadiah. Aktiviti ini telah dikendalikan oleh Sdri. Maria Gorrety P. Amit. Kanak-Kanak juga telah diajar menyanyi sebuah lagu yang berkaitan dengan bacaan Injil berjudul 5 roti dan 2 ikan. Kanak-kanak merasa sangat seronok dan mereka memberi respon yang baik.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent