Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, July 28, 2012

Misa Pelajar Di Gereja Holy Trinity, Tawau

CSA Holy Trinity, Tawau


TAWAU. Misa pelajar diadakan pada Ahad 8 Julai 2012 bertempat di Gereja Holy Trinity Tawau. Misa bermula pada jam 9.00 pagi dipimpin oleh Fr. David Garaman.    
Ramai pelajar katolik dari beberapa buah sekolah di Tawau telah menghadirkan diri dalam misa tersebut. Antaranya ialah SM Holy Trinity, SM Konven St. Ursula, MRSM, SMK Tawau, SMK Kuhara, SM St. Patrick dan beberapa sekolah swasta.



Misa ini turut memberi peluang kepada pelajar untuk melayani di dalam gereja seperti menjadi waden, kolektor, pewarta - Ariel Logujin Takom (SM Holy Trinity) dan Wanarulana (SMK Tawau), komentator - Brandon Lachius(SM Holy Trinity) serta koir.


Sebaik selesai misa ini, para pelajar berkesempatan mengambil gambar kenangan bersama Fr. David Garaman. Persiapan  yang disusun atur berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat dengan penyertaan umat dan pelajar yang amat menggalakkan.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent