Oleh DS/sj
TELUPID: Sekali lagi Paroki St. Martin, Telupid telah dikunjungi oleh Tim Penganjur bagi Program Kesedaran dan Pembentukan dari Komisi Pembangunan Insan Keuskupan Sandakan pada 24 Jun 2012. Kunjungan ini merupakan satu program susulan bagi bahagian pertama yang telah dijalankan pada 3 Mac 2012 lalu. Susulan ini bertujuan ke arah pembentukan Komiti Pembangunan Insan Paroki di Paroki Telupid.
TELUPID: Sekali lagi Paroki St. Martin, Telupid telah dikunjungi oleh Tim Penganjur bagi Program Kesedaran dan Pembentukan dari Komisi Pembangunan Insan Keuskupan Sandakan pada 24 Jun 2012. Kunjungan ini merupakan satu program susulan bagi bahagian pertama yang telah dijalankan pada 3 Mac 2012 lalu. Susulan ini bertujuan ke arah pembentukan Komiti Pembangunan Insan Paroki di Paroki Telupid.
Paroki Telupid telah menjadi tempat pertama bagi program susulan atau bahagian kedua ini. Kira-kira 40 umat dari pelbagai kumpulan pelayanan telah hadir.
Suai kenal membuatkan para peserta rasa selesa sepanjang sesi dan memudahkan proses pencalonan. |
Sr Maria Dipal dari Religius Gembala Baik yang telah dilantik oleh Bapa Uskup Julius Dusin Gitom untuk mempengerusikan Komisi Pembangunan Insan di Keuskupan Sandakan, telah mengendalikan program ini dibantu oleh Shirley Joseph, Lucas Loli dan Patricia James.
Para peserta yang hadir lebih banyak membuat perbincangan kumpulan di bahagian kedua ini di mana mereka telah didedahkan dengan perkara-perkara seperti berikut:-
· Hasil Program Kesedaran-Bahagian 1 (Realiti Sosial Gereja Tempatan dan; Respon Cadangan dari empat Paroki – Sandakan, Telupid, Tawau dan Lahad Datu). Mereka diminta untuk membuat penilaian dan refleksi.
· "Melihat, Menilai dan Bertindak". Ini merupakan satu perkongsian refleksi teologi dalam kumpulan masing-masing sebagai aktiviti pendalaman. Mereka diminta menyenaraikan tiga isu yang perlu diberi perhatian atau keutamaan di Paroki Telupid. Setiap kumpulan membentangkan hasil perkongsian mereka. Antara isu yang telah diketengahkan ialah:- 1) Agama 2) Remaja 3) Migran 4) Alam sekitar dan 5) Tanah
Sesi perbincangan dan pembentangan. |
· Cadangan Struktur dan Fungsi untuk Komiti Pembangunan Insan Paroki (KPIP). Selain mengetahui apakah maksud dan keperluan pembangunan insan yang menyeluruh, mereka berkesempatan bersoaljawab dengan Sr Maria mengenai pelbagai persoalan yang timbul semasa sesi ini.
Selepas itu, sesi Pembentukan Komiti Pembangunan Insan Paroki St Martin, Telupid dijalankan. Sebelum sesi pemilihan dijalankan, Sr. Maria, melalui bantuan Richard Lobinjang, ahli Majlis Pastoral Paroki, menyenaraikan kumpulan pelayanan yang sedia ada di Paroki Telupid. Ini bertujuan agar fungsi Komiti Pembangunan Insan itu nanti tidak bertindih dengan kumpulan-kumpulan yang sedia ada. Sr Maria turut menegaskan bahawa umat yang dicalonkan adalah yang tidak terlalu banyak komitmen dengan kumpulan pelayanan lain agar mereka yang terpilih nanti dapat memberi sepenuh perhatian dan tanggungjawab terhadap Komiti Pembangunan Insan.
Hasil undian daripada para peserta yang hadir, berikut merupakan individu yang terpilih untuk menduduki komiti yang pertama kalinya terbentuk:-
1- Saudara Christianus Antit - Pengerusi
2- Saudara Nicholas Panilau - Timbalan Pengerusi
3- Saudari Mullin Yadim - Ahli Komiti
4- Saudari Rosena kudus - Ahli Komiti
5- Saudara Martinus Hera - Ahli Komiti
6- Saudara Silverius Francis - Ahli Komiti
7- Saudari Terry Tapaling - Ahli Komiti
Dari kiri ke kanan: Nicholas Panilau, Martinus Hera, Christianus Antit, Silverius Francis, Rosena Kudus, Mullin Yadim dan Terry Tapaling. |
Pembentukan komiti ini telah mendapat sokongan dan persetujuan dari Paderi Paroki, Fr Jasery Gabuk. Selepas ini, komiti ini akan menjalankan mesyuarat pertamanya untuk melengkapi perlantikan jawatankuasa lain.
Kemudian, doa pengutusan dijalankan dengan pimpinan Sr Maria sendiri. Semua yang hadir bersama-sama mendoakan para pemegang jawatan yang baru dilantik agar mereka dapat menjalankan tugasan pelayanan yang kini dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Penyerahan Laporan Program Pembangunan Insan Bahagian 1 di Paroki Telupid kepada saudara Christianus Antit, Pengerusi yang baru sahaja dilantik. |
Program susulan seterusnya akan dijalankan di Paroki St. Dominic, Lahad Datu pada 8 Julai 2012.
No comments:
Post a Comment