Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 27, 2012

Persiapan Rohani Menuju SYD3

Shirley Yong, SOCCOM, SDC Lahad Datu
  

Lahad Datu - Persiapan kerohanian bagi para peserta Sabah Youth Day 3 bagi peringkat paroki telah dijalankan oleh Tim Kerasulan Belia Paroki St Dominic pada 14 dan 15 July 2012 bertempat di Dewan Gereja Paroki. Persiapan ini dihadiri oleh para peserta SYD 3 termasuklah dari outstasi-outstasi Madai, Tungku, Felda, Silam dan Tampinau.

Pada hari pertama, persiapan ini dimulakan dengan sesi 'IceBreaker' yang dikendalikan oleh saudara Rikkie Teneros. Seterusnya para peserta diajak untuk merenung tentang keistimewaan Tambunan yang merupakan lokasi SYD3 akan berlangsung pada bulan Ogos nanti dan sebab-sebab mereka mengikuti SYD3 ini. 
Kemudian sesi pentakhtaan alkitab yang dipimpin oleh Seminarian Marthin Steven. Persiapan ini diteruskan dengan sesi pertama yang bertajuk "Saya dan SYD" yang dikendalikan oleh saudara Nowel Fernandez. Dalam sesi ini, para peserta diajak untuk merenung apakah yang mereka harapkan dari SYD3 dan apakah sumbangan mereka untuk menjayakan SYD3 dan seterusnya mendoakan agar harapan dan sumbangan mereka ini dapat dikecapi.
Selesai sesi pertama, para peserta bersiap sedia untuk mengikuti Misa yang dipimpin oleh Rev Fr Marcellinus Pongking. Saat adorasi dijalankan setelah selesai makan malam, dipimpin oleh Sr Marysia fsic. Pada saat inilah para peserta diajak untuk berdiam dan mendengar bisikan Tuhan. Penumpangan tangan dan saling mendoakan kepada para peserta mengikut outstasi-outstasi turut dilakukan.
Pada hari kedua, para peserta memulakan hari dengan melakukan tarian Jamilah bersama-sama sebagai senaman pagi. Sesi kedua iaitu "Saya dan Misi Yesus" disampaikan oleh saudari Shirley Yong. Dalam sesi ini, para belia diajak untuk merenung dan memperkongsikan tentang isu-isu semasa belia yang sering berlaku pada masa kini dan dengan kreativiti para peserta, mereka slogan misi sesuai dengan isu-isu yang telah dibincangkan serta mendoakan kepada para belia yang terlibat dengan isu-isu tersebut. Seterusnya saudari Shirley menerangkan lebih terperinci mengenai objektif-objektif SYD3.
Sesi terakhir iaitu "Saya dan Yesus" disampaikan oleh saudara Fernandes Siprianus. Dalam sesi ini, para peserta dibagi-bagi kumpulan untuk membuat perkongsian dan renungan mengenai siapa Yesus bagi diri mereka masing-masing. Sebelum persiapan rohani ini berakhir, saudara Fernandes turut menerangkan aturacara dan peraturan-peraturan yang harus diambil oleh para peserta ketika berada di Tambunan nanti. 
Persiapan ini diakhiri dengan mendoakan doa kejayaan SYD3 dan nyanyian lagu SYD3.

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent