Laporan oleh Stephanie Ak Bunyau dan Daniel Hendricus
Gambar oleh Betram Lansing dan Sharon Tan
Gambar oleh Betram Lansing dan Sharon Tan
Yeah ...... |
TELUPID – Seramai 56 belia sekitar Paroki St Martin, Telupid termasuk beberapa belia mewakili Keuskupan Sandakan telah mengunjungi gereja St. Joseph Nangoh tidak jauh dari pekan Telupid bermula pada 29hb Jun sehingga 1hb Julai. Tujuan jangkauan ini adalah untuk melaksanakan program yang bertemakan 'See and Listen, Reflect & Shout Out.'
Objektif utama program tersebut adalah untuk menjalinkan hubungan persahabatan antara semua belia dan mengingatkan serta menyegarkan para belia mengenai intipati sebenar Sabah Youth Day.
Program ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran tim Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) Sandakan iaitu Anna Peter Amandus dan Sharon Tan serta Kerasulan Belia Paroki (KBP) Telupid, Hildy Boy Albert yang telah memberi komitmen mereka untuk menjayakan program ini.
Objektif utama program tersebut adalah untuk menjalinkan hubungan persahabatan antara semua belia dan mengingatkan serta menyegarkan para belia mengenai intipati sebenar Sabah Youth Day.
Program ini berjalan dengan lancar dengan kehadiran tim Kerasulan Belia Keuskupan (KBK) Sandakan iaitu Anna Peter Amandus dan Sharon Tan serta Kerasulan Belia Paroki (KBP) Telupid, Hildy Boy Albert yang telah memberi komitmen mereka untuk menjayakan program ini.
Para belia sedang bersedia untuk memulakan program |
Games "Samson, Delilah dan Harimau" |
Ba.... Sedia kita... |
Program ini bermula pada 8.00 malam Jumaat, 29hb Jun dengan sesi 'Bersantai dulu kita jo!!' yang dikendalikan oleh Tim KBK yang turut dibantu oleh beberapa rakan belia dari Sandakan dan St Martin, Telupid. Program malam tersebut diakhiri dengan doa penutup dan lagu 'Selamat Malam Bapa.
Tsuga - Tsuga ... |
Doa pagi - Lectio Divina |
Mari kita lihat apakah cabaran - cabaran iman kita sebagai seorang Katolik... |
Membentangkan cabaran-cabaran yang di hadapi oleh belia di gereja masing-masing. |
Menjelang keesokan hari, Sabtu 30hb Jun, para peserta disegarkan dengan doa pagi pada 7.00 pagi yang disusuli dengan 'Lectio Divina' ~ merenung firman Tuhan yang mengambil masa selama sejam. Sesi ini dikendalikan oleh tim KBK dan tim KBP. Sesi renungan firman Tuhan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan semua ahli digalakkan membuat perkongsian antara sesama dan disusuli dengan doa peribadi. Selesai sesi ini, aktiviti 'Time of Life' yang dikendalikan oleh tim KBP diadakan untuk menyegarkan semangat para peserta dan agar sentiasa memberikan tumpuan pada sesi akan seterusnya.
Sesi yang pertama memberi fokus kepada salib belia telah disampaikan oleh saudari Anna. Dalam sesi ini para belia disajikan dengan video klip perjalanan Salib Belia dan Ikon Bonda Maria di Diosis Sandakan. Sejurus tayangan tersebut para belia diajak untuk merenung bagaimana Salib Belia ini telah memberi impak kepada belia-belia yang pernah bersama salib ini sejak kewujudannya pada tahun 1997 sehinggalah ke hari ini. Para belia kemudiannya diberi ruangan untuk berkongsi antara sesama mengenai pengalaman - pengalaman mereka melihat salib ini. Walaupun ada diantara belia -belia yang hadir tidak menyertai SYD pada tahun ini, namun pengalaman yang dikongsi serta video klip telah menyemarakkan hati mereka.
Sesi seterusnya telah disampaikan oleh saudari Sharon Tan. Melalui sesi ini kami menjadi lebih sensitif dengan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh belia di gereja masing-masing. Pembentangan yang dilakukan oleh setiap kumpulan telah menyedarkan para belia bahawa cabaran iman belia sebagai seorang Katolik ada dimana - mana. Oleh itu wajarlah dikatakan dan diingatkan bahawa belia harus berpaut teguh pada Yesus. Agar iman menjadi teguh terutama sekali apabila berhadapan dengan cabaran - cabaran negatif dunia.
Sesi ini diteruskan dengan menulis surat. Namun kali ini, surat tersebut ditulis oleh peserta akan mengandaikan Tuhan yang menulisnya kepada para belia. Sesi ini telah menyentuh para belia apabila surat tersebut dibaca oleh teman mereka semasa perkongsian. Seolah - olah Tuhan yang bercakap kepada mereka. Perkongsian tersebut diakhiri dengan mendoakan teman perkongsian mereka.
Time of life... "Hineh Mah Tov" |
Aktiviti di teruskan lagi pada jam 2.00 petang iaitu Time of Life yang sangat menyoronokkan untuk menyegarkan semangat para peserta selepas sahaja mengisi perut yang kosong. 'See and Listen, reflect n Shout Out' sesi 3 telah disampaikan oleh Hildy Boy Albert bagi mengimbas kembali objektif sebenar SYD 3 kepada belia.
Dalam sesi ini juga saudara Hildy menyelitkan persiapan rohani ke-3 yang bertemakan “Teguh Dalam Iman“ kepada belia bagi Zon jalan Nangoh. Sesi yang disampaikan oleh saudara Hildy sememangnya sesuatu yang amat berguna dan dapat diserapkan kepada para belia masa kini untuk lebih teguh dalam iman sebagai menjadi pelayan Tuhan. Saudara Hildy juga telah mengongsikan 7 peringkat iman:
1. Iman Kanak-kanak
2. Iman Ikut - Ikutan
3. Iman berdasar pada komuniti
4. Iman yang mendalam dan personal
5. Iman para murid
6. Iman para rasul
7. Iman para matir
Program diteruskan dengan games yang dipetik dari Markus 2: 1 - 12, "Si Lumpuh dan Empat sahabatnya." Dalam petikan ini empat sahabat ini tidak pernah dikenal nama mereka atau dipuji. Namun Yesus melihat belas kasihan, iman, kesungguhan dan cinta kasih mereka terhadap si Lumpuh maka Si Lumpuh disembuhkan dengan mengatakan "....bangunlah, angkatlah tempat tidurmu dan pulanglah ke rumahmu!" Mk 2:11
Selepas itu, pada jam 7.00 malam merupakan sesi kemuncak bagi program ini iaitu sesi “Ku Serahkan Ku”. Kehidupan seharian kita sering kali di penuhi dengan kesibukan dan kebisingan dunia sehingga terlupa untuk mengambil masa untuk berdoa. Maka dalam sesi ini para belia dan umat diajak untuk mengambil peluang ini untuk berdiam dan bercerita dengan Yesus. Seterusnya semua ibu - bapa yang ada pada saat itu turut diundang menghadiri sesi pada malam itu bersama-sama dengan belia agar sesi ini dapat dirasai oleh semua umat di St. Joseph Nangoh kerana melalui sesi ini semua anak-anak Tuhan dapat mangambil peluang untuk berbicara kepada Tuhan melalui saat hening yang berlangsung selama 2 jam.
“Ku Serahkan Ku” dimulakan dengan doa dan diiringi lagu-lagu pujian dan penyembahan. Para belia dan umat kemudiannya dijemput untuk memanjatkan doa atau bercerita dengan Yesus dihadapan salib. Sesi ini membawa kedamaian dalam setiap hati peserta kerana mereka dapat berbicara dengan Tuhan melalui doa mereka. Semasa sesi ini berjalan, semua peserta saling mendoakan antara belia dan tidak ketinggalan juga sesi ini turut mendoakan semua ibu - bapa yang ada pada masa itu. Selepas sesi ini selesai, ianya diakhiri dengan doa bapa kami dan lagu perdamaian dalam persaudaraan kerana semua belia merupakan teman, saudara dan keluarga didalam kasih Tuhan Yesus Kristus.
Doa pagi pada hari terakhir |
EM Ronny Elis |
Pada hari ahad, program dimulakan seawal jam 7.00 pagi dengan doa pendek dan selepas itu ibadat sabda yang dijalankan pada jam 9.00 pagi. “Tuhan Yesus merupakan pelabuhan terakhir kita. Dan sememangnya hanya Tuhan Yesus saja yang mampu membantu kita dalam segala hal.” Ini merupakan perkongsian Katekis Ronny Elis dalam ibadat sabda, kepada semua yang hadir pada masa itu.
Beliau juga mengajak semua belia agar sentiasa bersandar dan percaya kepada Tuhan Yesus kerana dialah satu-satunya harapan disaat kita benar-benar memerlukan bantuan. Seorang ibu kepada salah seorang peserta juga memberilkan perkongsiannya kepada semua belia agar tidak takut dengan cabaran. “Kalau bukan belia siapa lagi?” kata-kata ini sememangnya mampu membuka minda dan hati para belia untuk menjadi pelayan Tuhan yang sentiasa bersandar kepadanya dan menjadikan semua cabaran masa kini sebagai meneraju untuk lebih berani dan matang menghadapi cabaran.
Bergambar bersama keluarga angkat kami. |
Tuntasnya, walaupun terdapat pelbagai cabaran dan halangan dalam menjayakan misi program ini namun para belia masih mempunyai semangat dan komitmen untuk menghadiri setiap sesi yang dijalankan. Program ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan persahabatan antara belia, tetapi dapat memberikan satu pengalaman dan satu pengetahuan yang baru dalam setiap peribadi para belia yang mana ia sangat penting untuk dijadikan sebagai pedoman hidup sehari-hari.
Inilah kuasa Tuhan yang sentiasa bekerja dalam setiap kehidupan kita sama ada kita sedari ataupun tidak, Tuhan sentiasa melakukan sesuatu yang bermakna kepada kita untuk menjadi kita yang lebih baik lagi.
No comments:
Post a Comment