Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 1, 2012

KUNJUNGAN PASTORAL HUJUNG MINGGU KE PAITAN MISSION

PAITAN. 'Kumpulan Doa Kelompok Bahasa Malaysia' salah satu dari perkumpulan rohani Katedral St. Mary Sandakan telah mengadakan aktiviti Kunjungan Pastoral Hujung Minggu ke Kampung Sukang, Paitan minggu lepas, 28hb dan 29hb Julai 2012. Pelayanan ini bertujuan merapatkan hubungan persaudaraan kasih Kristus disamping mengadakan aktiviti kerohanian para belia dan kanak-kanak serta kerja pembinaan Grotto Santa Perawan Maria dari Lourdes. 

Pembinaan Grotto Kg. Sukang Paitan yang diusahakan oleh Kelompok Doa dan umat Katolik Sukang Paitan.
Kg. Sukang terletak di kawasan Sugut, Daerah Kecil Paitan,189KM dari pusat Bandar Sandakan mempunyai 63 buah keluarga Katolik. Kelompok Doa Bahasa Malaysia yang seramai 30 orang yang terdiri dari 6 orang ibu bapa dan 24 orang belia melakukan kunjungan Pastoral Hujung Minggu ke kawasan Misi Paitan. Bulan lepas mereka telah melawat Kg. Dalamas, Paitan. 


Misi mereka adalah membantu komuniti Kristian di kampung tersebut untuk membina sebuah Grotto disamping beramah mesra.
Fr. Thomas Makajil selaku Rektor Paroki Katedral St. Mary Sandakan turut hadir pada Malam Muhibbah tersebut. Beliau kelihatan sedang berdiri di sebelah kiri gambar di atas.. Beliau sedang menyampaikan ucapannya dengan memberi galakan dan motivasi kepada usaha-usaha pastoral hujung minggu yang dilakukan oleh keluarga kelompok doa St. Mary Sandakan.
"Harapan kita adalah supaya Paitan akan menjadi sebuah Paroki pada masa akan datang" kata Fr. Thomas Makajil. "Saya gembira kerana kamu sudah menjadi missionari". tambahnya "Kamu telah melakukan usaha murni dengan membantu membina Grotto. Tempat ini bakal menjadi pusat dan persinggahan bagi umat Katolik berdoa dan berehat sementara menunggu untuk meneruskan perjalanan." katanya lagi.
UNGGUN API.  Belia yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan telah menunjukkan bakat masing-masing seperti  berlakun, nyanyian dan sebagainya.

Fr. Thomas menyerahkan Alkitab kepada kanak-kanak Katolik St. Francis Assisi Kg. Sukang. Mereka mengadakan Liturgi Sabda Kanak-Kanak. Para belia dari Kelompok Doa sedang membimbing mereka.
Paderi Thomas sedang memberkati sebuah 'Tabernakel' chapel St. Francis of Assisi yang disumbangkan oleh sdr. Adaris Sintan selaku pemimpin kelompok doa bahasa Malaysia.
Peter Saimin selaku pemimpin Umat Katolik Kg. Sukang Paitan sedang menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kumpulan rohani kelompok doa dari Katedral St. Mary kerana sanggup berkorban masa dan tenaga melakukan pastoral hujung minggu ke Kg. Sukang Paitan.

Peter Saimin menunjukkan sebuah bangunan Rumah Mission yang sedang dalam pembinaan untuk penginapan kepada pelawat-pelawat. Kos pembinaan adalah sumbangan dari Komuniti Umat Katolik .
Beberapa buah kampung di kawasan Paitan masih lagi memerlukan bantuan terutamanya bahan-bahan binaan chapel, rumah penginapan dan pembinaan air graviti. Hubungi: Fr. Thomas Makajil. St. Mary's Cathedral Jalan Puncak. P.O.Box 2507. 90728. Sandakan. Telefon: 089- 212623 / 271331 Fax: 089-272025. E-mail: cathstmary@gmail.com

No comments:

Post a Comment

CATHOLIC APOLOGETICS

New Advent